KERANA KASIH 15 (TERAKHIR)

8.1K 203 66
                                    

Julia dan teman lelakinya menyanyikan lagu 'sandarkan pada kenangan' yang di popularkan oleh jamal abdillah dan siti sarah. suara mereka berdua agak sumbang sedikit tapi mereka tetap menyanyikan lagu itu bersama sama. ramai yang terhibur dengan nyanyian mereka itu. manakala ziana pula tidak senang duduk. dia merenung wajah shafiq. "awak nak nyanyikan lagu apa nanti?", soal ziana. "adalah.... awak cuma tunggu dan lihat aje...", jawap shafiq sambil tersenyum.

"Sekarang giliran cik ziana dengan teman lelakinya pula yang menyanyikan lagu untuk kita semua. di persilakan...", kata rozita. semua orang bertepuk tangan. Perlahan lahan shafiq bangun. dia menarik tangan ziana. ziana pun terpaksa mengekorinya dari belakang. "selamat malam semua!... lagu lama dari kumpulan boyzone ni saya tujukan khas untuk cik ziana yang tersayang. tajuk lagu ini ialah 'everyday i love you'...", kata shafiq sambil memegang gitar di tangan. dia mula menyanyi sambil memetik gitar...

"I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you
cause I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you more
Everyday I love you
cause I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you...."

Sebaik saja shafiq selesai menyanyikan lagu itu semua orang berdiri sambil bertepuk tangan. "wah.... sungguh merdu sekali suara encik shafiq tu, ya... sungguh bertuah cik ziana kita ni sebab ada boyfriend yang handsome dan pandai menyanyi lagi tu.... tepuk tangan untuk mereka sekali lagi...", kata rozita sambil tersenyum. semua hadirin bertepuk tangan. ziana tersenyum tersipu sipu malu. perlahan lahan shafiq memegang tangannya lalu beredar dari situ. selesai saja acara pada malam itu mereka pun bersiap untuk pulang ke rumah.

Ketika mereka keluar dari dalam banglo milik rozita, kelihatan sekumpulan anak muda sedang lalu di situ dengan motorsikal masing masing. tiba tiba, "hey.... shafiq!...", jerit suatu suara. shafiq pun terus memandang ke arah datangnya suara itu. kelihatan kawan lamanya jefri sedang melangkah turun dari atas motorsikalnya itu. "hey bro!.... whats up man? eh.... kaki awak dah sembuh ke?...", soal jefri ingin tahu. Mereka bersalaman seketika. "yep... dulu ramai orang kata yang kaki saya ni takkan sembuh tapi syukurlah kaki saya dah sembuh sekarang...", balas shafiq.

"Oh baguslah kalau macam tu... awak boleh join racing dengan kitorang malam ni... kitorang dah lama tak tengok awak racing.... kitorang rindu pula dengan awak...", kata jefri sambil mengunyah chewing gum di dalam mulutnya. "oh sorrylah kawan... saya dah tak minat nak racing lagi... pengalaman yang lalu telah banyak mengajar saya.... kaki saya hampir saja menjadi cacat gara gara menyertai racing haram ni. so saya tak nak libatkan diri dalam aktiviti ini lagi. Saya harap awak akan faham kenapa saya tak nak join racing dengan korang lagi... okay, kami pergi dulu. Bye...", balas shafiq panjang lebar. belum pun sempat jefri bersuara shafiq terus bredar dari situ lalu masuk ke dalam keretanya. tinggallah jefri terpinga pinga seorang diri di situ...

"Siapa tu shafiq?", soal ziana sebaik saja shafiq duduk di sebelahnya. ketika itu mereka sedang berada di dalam kereta milik dato adnan. "oh.... itu kawan lama saya, jefri...", jawap shafiq. "apa yang dia bualkan dengan awak?", soal ziana. "dia nak ajak saya racing motor dengan mereka malam ni tapi saya tak nak. saya dah taubat dah. malas nak buat kerja yang tak berfaedah macam tu lagi. daripada saya pergi racing motor tak tentu hala, lebih baik saya luangkan masa dengan awak... lagi bagus kan?...kan?....kan?...", kata shafiq separuh mengusik. "hish.... awak ni... ada ada sajalah....", kata ziana. shafiq hanya tersenyum saja padanya

Tidak lama kemudian, "urm... pak mat boleh awak berhenti kat tepi pantai depan sana tu?", soal shafiq secara tiba tiba. "boleh...", balas pak mat sepatah. dia memberhentikan kereta tersebut di tepi pantai yang indah itu. "eh... shafiq, kenapa kita berhenti kat sini pula?", soal ziana kehairanan. "jangan banyak tanya. awak ikut aje ke mana saya pergi....", balas shafiq. dia menarik tangan ziana supaya keluar dari dalam kereta itu. "er.... shafiq, kita nak pergi ke mana ni?", soal ziana ingin tahu. "shhhh... awak diam dulu... sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya luahkan pada awak....", kata shafiq. ketika itu mereka sedang berdiri di tepi pantai. "apa dia?", soal ziana.

perlahan lahan shafiq memegang tangannya. berdebar debar jantung ziana di buatnya. "i love you!....", kata shafiq. ziana terkejut apabila mendengar kata kata pemuda itu. dia macam tidak percaya dengan apa yang di dengarnya saat itu. "apa?... apa awak cakap tadi? Suara awak tak berapa jelaslah...", kata ziana pura pura tidak dapat mendengarnya. "saya cakap I love you, ziana idham!....", jerit shafiq. "hish.... apalah awak ni terjerit jerit pula...", kata ziana sambil ketawa kecil. "Habis tu... awak cakap suara saya tak berapa jelas jadi saya menjeritlah...", balas shafiq. "Yelah tu...hahaha...", ziana ketawa tapi tawanya hilang bila shafiq memegang tangannya dengan lebih erat lagi. "ziana.... saya nak tanya awak ni... apakah awak menyintai saya juga?", soal shafiq ingin tahu. "hmm... nak jawap apa ya?...", ziana bersuara sambil tersenyum. "cakaplah i love you too!....", balas shafiq. "tapi kalau saya cakap no... i dont love you, macamana?"soal ziana sambil ketawa kecil.

"alah.... cubalah awak serius sikit... saya tanya awak betul betul ni.... awak main main pula....", rungut shafiq separuh geram. "oklah, my prince charming.... i love you too!...", balas ziana perlahan lahan."oh.... betul ke ni?", soal shafiq dengan riang. "yalah..."balas ziana. "yahoo!....", jerit shafiq sambil melompat dengan riang. dia terus memeluk ziana dengan gembira. "terima kasih sayang sebab awak sudi menerima cinta saya.... saya bersyukur pada ilahi sebab Dia telah mempertemukan kita berdua. Saya berharap cinta kita akan berkekalan buat selama lamanya....", kata shafiq dengan lembut. "saya pun berharap macam tu juga...", balas ziana dengan senyuman terukir di bibirnya. mereka merasa sungguh bahagia pada malam itu. bulan dan bintang menjadi saksi termeterai sudah ikatan cinta mereka berdua....

--- tamat ---

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now