"Ada apa tuan?...", soal ziana ingin tahu. "Kau dah siap ke sapu dalam bilik tidur aku tu?", soal shafiq ingin tahu. "Belum siap tuan...", balas ziana. "Kenapa belum siap lagi?... aku nak berehat dalam bilik tidur akulah...", marah shafiq. "Sabar tuan... sekejap lagi saya akan siapkan kerja saya...", balas ziana. Belum pun sempat shafiq bersuara tiba-tiba, "tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran handfonnya berbunyi nyaring.
"Hello...", shafiq bersuara perlahan lahan. Dia diam mendengar suara si pemanggil. "Oh... hello putri... er... awak dah sampai di airport ke?...", dia terdiam seketika. "oh... maafkan saya, putri... saya tidak dapat datang menjemput awak petang ni sebab saya tak rasa sihatlah... Apa apa pun saya harap awak akan faham...", shafiq bersuara perlahan lahan. Dia kembali diam mendengar perkataan tunangnya itu. "Apa?... awak nak datang ke sini?... eh... tak payahlah awak datang ke sini...", shafiq bersuara dengan pantas. Kemudian dia senyap lagi. "Bukan... bukan maksudnya saya tak mengalu alukan kedatangan awak di sini. saya cuma tak nak menyusahkan awak. Itu aje. Maklumlah awak kan baru sampai... tentulah awak rasa penat.... jadi awak perlu berehat dulu... lain kali kita boleh berjumpa lagi ya...", shafiq bersuara dengan pantas. Dia diam sejenak. "Apa?... awak sudah berada di depan rumah saya?... biar betul awak ni...", shafiq bersuara dengan nada suara yang terkejut. Wajahnya nampak bertambah resah. Dia tidak menyangka pula yang gadis itu sudah datang ke rumahnya. "Oh baiklah... tunggu sekejap, saya akan keluar menemui awak setelah saya memakai baju... ok, bye...", shafiq mematikan talian handphonenya. Dia cepat cepat menggerakkan kerusi rodanya ke arah bilik tidurnya.
"Ziana... tolong aku... tolong carikan baju yang sesuai untuk aku... aku nak berjumpa dengan seseorang...", kata shafiq dengan tergesa gesa. Tanpa banyak bicara ziana pun terus mencari pakaian yang di fikirkannya sesuai untuk di pakai oleh pemuda tersebut. Yang peliknya kali ini shafiq tidak complaint pakaian yang di pilih oleh ziana. Malahan dia terus saja memakainya tanpa banyak karenah. Ini membuatkan ziana merasa hairan. "Mungkin ini di sebabkan dia terlalu kelam kabut kot itu sebabnya dia tak ada masa nak complaint itu dan ini pada aku... hm... whateverlah...", begitulah andaian ziana saat itu. Dengan tergesa gesa shafiq memakai bajunya dengan di bantu oleh ziana.
Setelah siap semuanya dia pun menggerakkan kerusi rodanya supaya beredar dari situ. Sayup-sayup kedengaran perbualan di antara papanya dengan putri maya di ruang tamu. Rupa-rupanya gadis itu sudah pun masuk ke dalam rumahnya ketika dia sedang sibuk bersiap tadi. Tentu papanya yang menyuruh gadis tersebut masuk ke dalam rumah itu. "selamat petang uncle....", sapa putri maya dengan lembut. "oh... selamat petang... putri....macamana dengan pengajian awak kat universiti di UK tu, ok tak?", soal dato adnan ingin tahu. "ok, uncle... er...mana shafiq, uncle?", soal putri maya sambil mencari bayang kelibat tunangnya di situ. "oh... dia ada...", belum pun sempat dato adnan bersuara, kelihatan shafiq muncul di situ dengan kerusi rodanya. ziana menyorong kerusi rodanya perlahan lahan. "er... korang berbual bual dulu ya.... uncle nak pergi berehat di bilik sekejap...", kata dato adnan. perlahan lahan dia beredar dari situ. "baiklah uncle...", balas putri maya. "ehemm!....awak cari saya ke putri?", soal shafiq sambil cuba tersenyum. putri maya merasa sungguh terkejut apabila dia melihat shafiq duduk di atas kerusi roda.
"Eh... sejak bila pula awak duduk di atas kerusi roda ni?", soal putri maya dengan hairan sekali. "sebenarnya saya telah mengalami kemalangan di jalanraya sebulan yang lalu. So, saya jadi macam ni lah...", jawap shafiq. "kemalangan jalanraya? kenapa awak tidak beritahu saya perkara ini?", soal putri maya dengan marah sekali. "Maafkan saya putri... sebenarnya saya tidak mahu awak susah hati apabila mendengar berita buruk tu. Lagi pun saya tak mahu tumpuan awak terhadap pelajaran terganggu di sebabkan berita buruk tu sebab itulah saya tidak berani memberitahu awak tentang perkara ini. Saya harap awak akan paham...", kata shafiq. putri maya berdiri membelakanginya. "oh.... begitu... jadi,kaki awak lumpuhlah?", soal putri maya dengan jengkel sekali. "eh... tidaklah.... kaki saya akan sembuh jika saya rajin menjalani rawatan fisioterapi di hospital....", balas shafiq.
"Oh yakah?!... ingatkan awak dah lumpuh tadi...", kata putri maya. "kalau sekiranya saya lumpuh, kenapa pula?"soal shafiq mula geram dengan cara gadis itu bercakap. "kalau awak lumpuh saya tidak sanggup hidup dengan awak. yelah kan siapa yang sanggup bersuamikan lelaki yang cacat?...", kata putri maya. berdesing telinga shafiq mendengarnya. "saya belum cacat atau lumpuh lagilah... kenapa dengan awak ni?... awak macam nak sakitkan hati saya aje....", marah shafiq. "taklah... saya cuma nak bagitahu awak apa yang terbuku dalam hati ini... sebenarnya saya datang ni cuma nak serahkan balik cincin pertunangan ini pada awak...", kata putri maya sambil mencabut cincin emas bertatahkan berlian dari jari manisnya itu. dia menyerahkan cincin pertunangan itu pada shafiq.
"kenapa pula awak tiba tiba menyerahkan cincin pertunangan ini pada saya?", soal shafiq mula gusar. "sebenarnya saya datang ni cuma nak putuskan tali pertunangan kita...."kata putri maya perlahan lahan. "Kenapa pula awak tiba tiba nak putuskan tali pertunangan kita? apa salah saya sehinggakan awak sanggup buat saya macam ni?", soal shafiq ingin tahu. "masalahnya kaki awak tu tak boleh bergerak langsung. saya takut bila kita berkahwin nanti kaki awak akan terus lumpuh dan tidak bergerak. macamana saya nak terangkan perkara ini pada kawan kawan saya yang lain? nanti tak pasal pasal pula mereka akan mentertawakan saya sebab bersuamikan lelaki cacat. eiiii....tak naklah saya...", kata putri maya dengan wajah yang serius. terkedu shafiq mendengarnya.
ziana yang dari tadi berdiam diri mula merasa sakit hati. "Excuse me... buat pengetahuan kau cik putri, tuan shafiq ni bukannya cacat ataupun lumpuh sepertimana yang kau katakan tu!.... kakinya masih boleh bergerak lagi tau...", kata ziana seperti membela majikannya itu. putri maya segera merenung wajah gadis itu. "oh yakah?.... kalau kakinya masih boleh bergerak, kenapa pula dia duduk di atas kerusi roda ni?", soal putri maya dengan geram. ziana menggetapkan bibirnya. "sebab kakinya masih belum pulih lagilah... kalau kakinya sudah pulih sepenuhnya dia pasti akan berjalan seperti biasa", balas ziana. "ahhh!.... sudahlah aku malas nak bertekak dengan orang gaji yang tak guna macam kau ni....", bentak putri maya dengan wajah marah sekali. "apa kau cakap? Kau cakap aku orang gaji yang tak guna.... celupar betul mulut kau ni kan... kau sengaja nak...", belum pun sempat ziana menghabiskan perkataannya tiba-tiba, "sudah!... sudah!... jangan bergaduh lagi... putri, jika awak tidak lagi menyintai saya hanya kerana kaki saya cacat dan lumpuh, saya tidak akan paksa awak lagi untuk menyintai saya. Jadi, saya minta awak keluar dari sini... saya tidak mahu tengok muka awak lagi...", kata shafiq dengan marah. tanpa banyak bicara putri maya pun beredar dari situ.
Setelah putri maya hilang dari pandangannya shafiq terus memusing roda kerusinya lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. ziana mengekorinya dari belakang tapi shafiq tidak mahu dia berada di situ. "er...ziana, boleh tak kau tinggalkan aku seorang diri di sini?... aku nak duduk bersendirian di sini dulu....", kata shafiq dengan wajah yang sedih. "baiklah tuan...", sahut ziana. dia pun terus beredar dari situ.
YOU ARE READING
KERANA KASIH (U)
RomanceSinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seor...