KERANA KASIH 10

5.2K 166 0
                                    

"Hai... zi, apa yang awak lamunkan tu?... jauh betul lamunan awak sehinggakan saya sampai kat sini pun awak tak sedar...", sapa suatu suara. Ziana lihat rakannya laila baru balik dari tempat kerjanya. Gadis itu terus duduk di sebelahnya. "Saya tengah fikirkan tentang shafiq...", balas ziana perlahan lahan. "Ahha!... awak rindukan dia eh?...", usik laila pula. "Eh... tidaklah... sebenarnya saya tengah fikirkan nasibnya yang malang tu...", ziana bersuara dengan pantas. "Apa pula nasib malang yang awak maksudkan ni?... anak orang kaya macam si shafiq tu pun ada nasib malang juga ke?", soal laila masih dalam nada suara yang mengusik.

"Jangan fikir orang kaya takkan dapat nasib malang, eh... kadangkala diorang pun terima nasib malang juga tau...", bidas ziana. "Yelah tu... anyway, apa nasib malang yang menimpa si shafiq tu ar?...", soal laila ingin tahu. "Macam ni si shafiq tu dah bertunang... tunangnya ada datang berjumpa dengannya petang tadi", ziana berhenti bersuara. "So??....", laila memandang wajah rakannya itu. "So, tunangnya tu nak putus tunang dengannya sebab kakinya tidak berjalan lagi... dia cakap dia tak nak berkahwin dengan lelaki cacat seperti shafiq. Shafiq pun marah. Begitu juga dengan saya yang mendengarnya. Sempat juga kami bergaduh petang tadi...", kata ziana perlahan lahan. "Oh begitu... Eh... teruk juga tunang si shafiq tu kan... kalau saya ada tunang macam tu saya pasti dah hentam dia sampai lumat...", laila bersuara separuh geram. "Tu lah... saya merasa kasihan pada shafiq. Saya tahu dia masih cintakan gadis tu tapi gadis tu pula memutuskan tali pertunangan mereka...", kata ziana. "Hm... tak apalah... maybe itu bukan jodoh dia kot... maybe jodoh shafiq ada dengan awak... hehehe....", usik laila pula. "Hish... ke situ pula dia... awak nak saya pukul awak dengan cushion ni, eh?...", marah ziana sambil mengangkat sebiji cushion dari tempat duduknya itu. "Kalau awak berani pukul lah saya...", Laila terus bangun lalu berlari mengelilingi ruang tamu itu. Dia di kejar oleh ziana dari belakang. Mereka berlari sambil ketawa.

*** *** ***

Pagi itu ziana pergi kerja seperti biasa. sebaik saja dia sampai di villa mewah dato adnan dia pun terus melangkah menuju ke bilik tidur shafiq. Perlahan lahan dia memusing tombol pintu bilik tidur majikannya itu tapi daun pintu itu di kunci dari dalam. Ziana merasa pelik seketika. biasanya shafiq tidur dengan tidak menguncikan bilik tidurnya tapi pagi ini lain pula jadinya. "tuk....tuk...tuk....", ziana mengetuk daun pintu itu namun tiada jawapan. "tuan.... buka pintu ni...", kata ziana sambil mengetuk daun pintu tersebut. setelah dia lama mengetuk daun pintu itu ziana mula merasa bimbang. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena. dia pun terus memanggil mak cik rita yang kebetulan sedang lalu di situ. "Er... mak cik.... mari sini sekejap...", panggil ziana. "ada apa ziana?", soal mak cik rita. "mak cik, pintu bilik tidur tuan shafiq ni berkunci lah pula. biasanya dia akan membiarkan pintunya ini tidak berkunci sebab dia tahu saya akan datang ke sini pada awal pagi setiap hari tapi pagi ni lain pula jadinya. berkali kali saya panggil dia bukakan pintu ni tapi dia tidak menjawap panggilan saya. saya bimbang lah mak cik. Tentu ada sesuatu yang terjadi pada tuan shafiq. er.... mak cik ada simpan spare key bilik tidur tuan shafiq ni tak?", soal ziana."ada... nanti dulu.... saya pergi ambilkannya....", kata mak cik rita lalu beredar dari situ

Tidak lama kemudian mak cik rita muncul di situ dengan membawa beberapa anak kunci di tangannya. Ziana pun segera mengambilnya. dia memasukkan anak kunci yang pertama di dalam tombol pintu tersebut. "klik....", kedengaran pintu itu berjaya di bukakannya. dia pun terus membuka pintu tersebut lalu melangkah masuk ke dalamnya. dia lihat shafiq masih lagi berbaring di atas katilnya.

"tuan.... bangun tuan... ini dah pagi dah ni....", kata ziana sambil menggoncangkan lengan kiri tuannya itu berulang kali namun shafiq masih juga tidak sedarkan dirinya. ketika ziana sedang berdiri di situ tiba tiba matanya terpandang akan sebotol pil ubat tidur di atas katil majikannya itu. Dia pun terus mengambilnya. Dia lihat botol itu kosong. "jangan jangan shafiq dah telan semua pil ubat tidur ni...."bisik hati kecilnya separuh cemas. "tuan.... bangun tuan!.... bangun....", sekali lagi ziana cuba mnyedarkan shafiq dari tidurnya tapi pemuda itu langsung tidak bergerak.

"Mak cik, saya rasa dia dah telan semua pil ubat tidur ni... kalau tidak masakan botol ini kosong.... saya fikir lebih baik kita hantarkannya ke hospital sekarang juga....", kata ziana pada mak cik rita yang masih berdiri di ambang pintu bilik tidur tersebut. tanpa berlengah lagi, mereka pun memanggil pak mat driver dato adnan supaya membawa shafiq ke hospital dengan secepat mungkin. dalam perjalanan ke hospital, sempat juga ziana menghubungi dato adnan di pejabatnya. dato adnan terkejut apabila mendengar berita itu. dia pun segera pergi ke hospital.

Sampai saja di hospital tubuh shafiq segera di masukkan ke dalam bilik rawatan kecemasan. mereka terpaksa menunggu di luar pintu bilik rawatan kecemasan tersebut. mereka menunggu dengan penuh debaran. mereka tidak tahu apakah shafiq dapat di selamatkan ataupun tidak...

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now