KERANA KASIH 6

5.5K 179 4
                                    

Keesokan harinya ziana pergi ke villa dato adnan. dia melakukan pekerjaannya seperti biasa. menurut senarai tugasan yang di berikan oleh dato adnan, dia di tugaskan untuk membawa shafiq ke hospital untuk menjalani fisioterapinya. dia melangkah masuk ke dalam bilik majikannya itu. kelihatan shafiq masih tertidur lena di atas katilnya. ziana membuka tirai jendela yang menutupi jendela bilik tidur tersebut.

"tuan.... bangunlah tuan... tuan perlu bersiap untuk pergi ke hospital pagi ni. Hari ni tuan akan menjalani rawatan fisioterapi tu...", kata ziana sambil mengejutkan shafiq dari tidonya. shafiq bangun dengan malas. dia merenung wajah ziana. "tak payahlah kita pergi ke hospital hari ni...", kata shafiq dengan malas. "kenapa pula tuan?", soal ziana. "sebab aku tidak suka menjalani rawatan itu... setiap kali aku buat rawatan itu pasti kaki ku akan merasa sakit...", kata shafiq. "jangan begitu tuan... kalau tuan nak kaki tuan cepat sembuh, tuan mesti rajin pergi ke hospital untuk membuat rawatan fisioterapi tu. kalau tidak kaki tuan akan mnjadi lumpuh buat selama lamanya... sudah tentu tuan tidak mahu kaki tuan lumpuh bukan?...", soal ziana. "ya... memang aku tidak mahu kaki aku jadi lumpuh tapi aku tidak tahanlah kalau kaki aku asyik sakit aje apabila menjalani rawatan tu.... kau bukannya tahu betapa sakitnya kaki ini bila di paksa berjalan semula...", kata shafiq dengan wajah yang serius.

"sakit tu memanglah sakit tapi tuan mesti ingat kaki tuan perlu di latih terus supaya kaki tuan dapat bergerak semula kalau tidak kaki tuan pasti akan lumpuh jika tidak di gerakkan selalu...", kata ziana. "Mulalah bersyarah panjang...", Shafiq mengeluh. "Kalau tuan tak nak dengar syarahan saya lebih baik tuan bersiap untuk pergi ke hospital kalau tidak saya akan...", belum pun sempat ziana menghabiskan perkataannya shafiq mengangkat tangannya. "Ok... alright... stop it... lets go to the hospital..."akhirnya shafiq mengalah. Sebenarnya dia malas mendengar syarahan gadis itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa bersiap untuk pergi ke hospital

Setelah siap semuanya mereka pun pergi ke hospital dengan menaiki kereta mercedez benz milik dato adnan. dato adnan kelihatan sangat gembira apabila melihat anak lelakinya bersiap untuk pergi menjalani rawatan fisioterapi di hospital. biasanya shafiq langsung tidak mahu pergi menjalani rawatan itu tapi hari ini dia mahu pergi ke hospital. ini satu petanda yang sangat baik. "ziana, awakkah yang berjaya memujuk shafiq supaya dia pergi menjalani rawatan kat hospital tu?", soal dato adnan. "ya dato... saya yang menasihatinya supaya dia pergi menjalani rawatan tu...", balas ziana. "baguslah kalau macam tu. nampak gayanya shafiq lebih suka mendengar kata kata awak. itu satu petanda yang sangat baik...", kata dato adnan sambil tersenyum riang.

beberapa minit kemudian, mereka pun sampai di hospital tunku aman. mereka segera masuk ke dalam bilik rawatan fisioterapi yang terletak tidak jauh dari bangunan hospital tersebut. Sebaik saja mereka masuk, jururawat yang bertugas segera menjalankan tugasnya. dia menyuruh shafiq berdiri dekat kerusi rodanya dalam beberapa minit. shafiq buat apa yang di suruh oleh jururawat tersebut. Ketika shafiq cuba untuk bangun, kakinya terasa sakit sekali. tiba tiba saja dia terjatuh di atas lantai.ziana terus memegang lengannya. shafiq menumbuk lantai kayu bilik rawatan fisioterapi itu. dia marah sebab tidak dapat berdiri dengan kedua belah kakinya.

"aku tidak dapat melakukannya... aku tidak dapat melakukannya...", kata shafiq sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "Tidak... jangan cakap macam tu... tuan mesti tabahkan hati tuan... tuan cubalah lagi. saya yakin kali ini tuan pasti boleh melakukannya...", pujuk ziana. shafiq merenung wajah ziana. "Cakap memanglah senang... kau tau tak kaki aku ni sakit...", shafiq bersuara separuh geram. "Ya... saya tahu kaki tuan sakit tapi cubalah berdiri sekejap. Berdiri selama 8 saat pun dah kira okay dah...", kata ziana. "Ya... betul kata cik ziana tu... tuan mesti berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri. Bila dah dapat berdiri lama sikit barulah tuan belajar berjalan seperti orang lain...", giliran jururawat tu pula yang bersuara. "Ok... alright!... i will try it once again...", akhirnya shafiq mengalah

perlahan lahan dia cuba untuk bangun semula. kali ini dia tidak mahu di pegang atau di bantu. dia bangun dengan susah payah. Tidak lama kemudian dia berjaya berdiri dengan kedua belah kakinya sendiri. walaupun kakinya terasa sakit tapi shafiq terus berdiri. Namun dia hanya dapat berdiri selama 5 saat saja. Selepas itu dia terduduk di atas kerusi rodanya. Jururawat yang ada di situ bertepuk tangan apabila dia berjaya berdiri dengan kedua belah kakinya biarpun ianya cuma seketika saja. Itu tandanya kaki shafiq masih ada harapan untuk di sembuhkan. Itu kata jururawat yang merawatnya tapi shafiq tidak berfikir macam tu. Dia fikir tentu jururawat tersebut hanya bercakap begitu supaya menyenangkan hatinya yang kacau bilau saat itu...

Ketika mereka di dalam perjalanan balik ke rumah, dato adnan tidak henti henti menyuarakan rasa gembiranya kerana shafiq dapat berdiri walaupun hanya beberapa saat saja. Dia begitu yakin yang kaki anaknya akan sembuh tapi shafiq langsung tidak merasa gembira saat itu. "Tapi aku tak rasa pun yang kaki aku ni akan sembuh...", kata shafiq cuba memotong percakapan papanya. "Kenapa pula afiq cakap macam tu?", soal dato adnan ingin tahu. "Sebab aku tahu kaki aku takkan sembuh buat selama lamanya...", kata shafiq. "Janganlah cakap macam tu... tuan ni terlalu pesimislah....", kata ziana pula. "Whatever...", shafiq bersuara separuh geram. Dato adnan dan ziana terdiam selepas itu

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now