Pagi berikutnya kelihatan ziana sedang menyapu lantai bilik tidur shafiq dengan penuh teliti. Sesekali dia tertunduk mengutip kain baju pemuda tersebut dari atas lantai. Dia merasa hairan kenapa pemuda itu selalu saja membuang pakaian kotornya di atas lantai padahal dia ada letak bakul laundry di situ. Perlahan lahan Ziana kembali menyapu ruang bilik tidur itu dengan penyapu di tangan. Dia berhenti menyapu apabila matanya terpandang akan sesuatu. Dia nampak sebuah buku sketch yang tergeletak di atas katil tidak jauh dari situ.
Timbul di hatinya hendak melihat apakah isi kandungan buku sketch tersebut. Perlahan lahan dia memandang ke kiri dan ke kanan. Tak ada orang pun di situ. Hanya dia seorang saja yang berada di dalam bilik tidur tersebut. Dia tahu shafiq sedang menonton TV di ruang tamu. Jadi dia mengambil kesempatan itu untuk melihat apakah isi kandungan buku sketch tersebut. Perlahan lahan dia membuka buku sketch di tangan. Di dalamnya ada lukisan wajah seorang gadis yang sangat cantik. Lukisan itu sangat realistik sekali. Terpegun ziana ketika melihat hasil seni tersebut. Tiba-tiba, "apa yang kau tengok tu, hah?", tegur suatu suara. Terkejut betul ziana apabila dia melihat shafiq sedang memerhatikannya tidak jauh dari situ. Buku sketch di tangannya terjatuh di atas lantai.
"Oh... er... saya... saya cuma tengok lukisan tuan ni... itu saja...", kata ziana separuh gugup. "Kenapa kau tengok lukisan aku pula?.... aku tak suruh pun kau tengok lukisan aku tu...", shafiq bersuara separuh geram. Dia menggerakkan kerusi rodanya ke arah gadis itu. Dia tunduk lalu mengambil buku sketch tersebut. "Lain kali kalau kau kemas dalam bilik tidur aku, tolong jangan usik buku sketch aku... sebab aku tak suka orang lain sentuh barang peribadi aku...", marah shafiq. "maafkan saya tuan...", ziana bersuara perlahan lahan. "Ok, aku maafkan kau tapi lain kali kalau kau masih buat macam tu lagi, jaga kau....", kata shafiq. "Baiklah tuan... er, boleh saya tanya sesuatu pada tuan?", soal ziana perlahan lahan "tanyalah...", balas shafiq sepatah. "Cantik betul lukisan wajah gadis yang tuan lukis tu.... siapakah gadis cantik itu, tuan?"soal ziana ingin tahu.
"Its none of ur business... you better get out now...", shafiq bersuara dengan kasar. Ziana pun terus melangkah keluar dari situ. Kebetulan mak cik rita sedang lalu di situ. Dia yang dari tadi telah menyaksikan kejadian tersebut segera menghampiri ziana. "Awak kena marah oleh tuan shafiq tu lagi, eh?", soal mak cik rita. "Hm... Nampaknya macam tulah...", jawap ziana separuh mengeluh. "Kasihan awak... itulah lain kali kalau awak masuk ke dalam biliknya jangan sesekali sentuh barang peribadinya. Terutama sekali buku sketchnya tu sebab di dalam buku sketch itu dia banyak melukis wajah tunangnya....", mak cik rita bersuara perlahan lahan.
"Oh... jadi lukisan wajah gadis yang saya tengok dalam buku sketchnya tu ialah tunangnya?", soal ziana dengan penuh minat. "Ya.... dia tunang shafiq... namanya putri maya bin dato sanusi. dia sekarang sedang menuntut di negara orang putih. Mak cik tak ingat pula nama negara tu... maklumlah mak cik ni kan dah tua.... hehehe...", mak cik rita bersuara sambil ketawa kecil. "Oh begitu... tapi kenapa shafiq begitu marah bila saya tengok lukisan wajah tunangnya tu pula?", soal ziana kehairanan. "Entahlah... mungkin dia tak suka awak tengok lukisannya tu kot...", jawap mak cik rita. Ziana pun terdiam selepas itu.
Petang itu kelihatan shafiq sedang menikmati bayu petang di taman. Tangannya ligat melukis wajah tunangnya yang masih lagi di ingatannya. Hanya itu saja caranya untuk melepaskan rasa rindu di hati. Bila dia rindukan putri maya dia akan melukis wajah gadis tersebut di dalam buku sketchnya tanpa jemu. Tiba-tiba, "cantik betul lukisan tuan...", puji suatu suara. Terkejut betul shafiq ketika itu. Buku sketch di tangannya terjatuh di atas tanah. Ziana sgera mengambil buku sketch tersebut lalu menyerahkannya pada pemuda itu. "Kenapa kau datang ke sini pula?", soal shafiq separuh jengkel. Dengan marah dia mengambil buku sketch itu dari tangan ziana. "Maafkan saya tuan... saya cuma datang nak hidangkan minuman petang untuk tuan. Itu saja....", balas ziana perlahan lahan. Perlahan lahan dia meletakkan milo panas dan sepiring roti sandwich di atas meja kayu yang ada di situ. "Kenapa kau tercegat kat situ pula?.... kau pergilah buat kerja kau...", shafiq bersuara separuh dingin. Tanpa banyak bicara lagi ziana pun terus melangkah pergi meninggalkannya di situ.
*** *** ***
Pagi berikutnya ziana pergi kerja seperti biasa. Dia lihat mood shafiq pagi tu agak lain dari yang biasa. Dia nampak resah tidak menentu. Keresahannya itu jelas terbayang di wajahnya. Dia langsung tidak banyak complaint macam yang selalu dia buat setiap hari. Malah dia agak pendiam dan tidak banyak bercakap. "Tuan kenapa tuan nampak resah ni... tuan ada masalah, eh?",soal ziana dengan dahi yang berkerut. Shafiq hanya diam membisu. Dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkan masalahnya. Padahal selama ini dia langsung tidak begitu mesra dengan gadis tersebut. Takkanlah dia mengadu masalahnya pada gadis itu pula.
"Boleh tak kau pergi buat kerja kau tu dulu...", shafiq bersuara separuh dingin. Dia berpura pura membaca suratkhabar di tangan tapi sebenarnya dia langsung tidak membaca isi berita dalam suratkhabar tersebut. Dia saja berbuat begitu supaya ziana tidak mengganggunya. Sebenarnya fikirannya tidak tenang pagi itu. Dia di landa masalah yang berat. Semalam dia mendapat berita bahawa tunangnya putri maya akan balik ke Malaysia pada petang itu. Dia tidak tahu apakah dia perlu ke KLIA untuk menyambut kedatangan tunangnya atau pun tidak. Sebenarnya dia malu hendak berjumpa dengan putri maya dalam keadaannya yang hanya duduk di kerusi roda. Dia takut gadis tersebut tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya sudah tidak dapat berjalan seperti orang lain. Yang lebih teruk lagi dia langsung tidak memberitahu tunangnya tentang kemalangan jalanraya yang di alaminya sebulan yang lalu. Dia sebenarnya tidak tahu apakah putri maya masih dapat menerimanya dalam keadaan begitu atau pun tidak.
Ziana meninggalkan shafiq seorang diri di ruang tamu. Dia kelihatan sedang khusyuk membaca suratkhabar di tangan sehinggakan kehadirannya di situ tidak di alu alukan. Perlahan lahan ziana mengambil sebatang penyapu. Dia berkira kira hendak menyapu bilik tidur tuannya itu. Ketika dia sedang menyapu bilik tidur shafiq tiba-tiba saja dia ternampak sebuah buku diari kecil di atas meja. Perlahan lahan dia mengambilnya. Terlintas di fikirannya hendak membaca isi kandungan diari tersebut tapi dia fikir jika dia membaca buku diari itu sudah tentu tuannya akan marah. Namun dia betul-betul hendak membaca diari tersebut. Setelah berfikir buat beberapa ketika dia pun terus mengambil buku diari itu lalu membacanya.
24hb october 2013
Aku mendapat panggilan telefon dari putri maya. Dia kata dia akan balik ke malaysia petang esok. Aku tidak tahu apakah aku perlu menyambut kepulangannya ataupun tidak. Aku takut dia tidak mampu menerima kenyataan yang tunangnya ini sudah menjadi cacat....Barulah ziana faham mengapa tuannya itu nampak resah macam kucing hendak beranak pula. Belum pun sempat ziana menghabiskan bacaannya tiba-tiba, "ziana... ooooh... ziana...", panggil suatu suara. Dia tahu shafiq memanggilnya dari ruang tamu tidak jauh dari situ. Jadi dia pun terpaksa meletakkan kembali buku diari tersebut di atas meja. Kemudian dia bergegas keluar dari situ.
YOU ARE READING
KERANA KASIH (U)
RomanceSinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seor...