Ziana melangkah dengan langkah kaki yang pantas sekali. Ketika dia berjalan di ruang tamu yang sepi itu, kelihatan mak cik yang membukakan pintu villa untuknya sebentar tadi sedang menyapu lantai tidak jauh dari situ. Dia tersenyum pada ziana. "Er... awak sekarang dah jadi pembantu peribadi tuan shafiq yang baru, bukan?", tegur wanita itu dengan ramah sekali. dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan ziana.
Perlahan lahan ziana menyambut huluran tangannya itu. "ya... mak cik... nama sy ziana idham....", balas ziana sambil tersenyum. "cantik betul nama tu. macam orangnya juga...", puji mak cik rita. "Ahh... taklah cantik sangat... saya...", belum pun sempat ziana menghabiskan perkataannya tiba-tiba, "ziana, cepat sikit.... aku nak breakfast ni...", laung suatu suara dari tingkat atas. "Oh... baiklah tuan... tunggu sekejap....", balas ziana dengan pantas. "Er.... mak cik, mana kitchen?... saya nak buat sarapan pagi untuk tuan shafiq ni...", kata ziana dengan pantas. "Oh... kitchen ada kat sana tu.... apa apa pun lebih baik awak cepat buat sarapan pagi untuk tuan shafiq tu... kalau awak lambat buat sarapan pagi untuk dia nanti dia akan marah pula...", kata mak cik rita. "hm... baiklah mak cik...", cepat-cepat ziana beredar dari situ.
Sampai di ruang dapur dia mula menyediakan minuman susu panas untuk tuannya itu. Kemudian dia menggoreng telur goreng pula. Setelah siap semuanya dia pun membawa sarapan pagi tersebut ke bilik tidur tuannya itu. Kelihatan shafiq sedang menunggunya dengan wajah yang masam mencuka. "Kenapa kau lambat sangat, hah?... buat sarapan pagi pun ambil masa yang lama. Tak guna betul...", marah shafiq. Ziana hanya mendiamkan dirinya. Dia meletakkan dulang makanan itu di atas meja yang ada di situ. Dengan muka masamnya shafiq mula minum susu di dalam gelasnya. Kemudian dia memakan telur goreng itu pula. "Puiii.... telur goreng apa pula yang kau buat ni?... rasanya tak sedap langsung... pergi buat sepiring telur goreng yang sedap untuk aku... kali ini kau kena buat telur goreng yang ada bawang goreng di dalamnya...", kata shafiq sambil menyerahkan pinggan di tangannya pada ziana.
"baiklah tuan...", balas ziana. Dia beredar dari situ. Shafiq tersenyum sinis. Sebenarnya rasa telur goreng yang di buat oleh ziana itu tidaklah teruk sangat. Dia saja nak kenakan gadis itu. Sementara itu kelihatan Ziana sedang mencuba sedikit telur goreng yang di hidangkannya pada shafiq sebentar tadi. Setelah dia merasanya, "hm... Rasanya okay aje. Taklah teruk sangat. Tapi kenapa pula dia cakap telur goreng yang aku buat tak sedap?... hm... memang dasar cerewet... hm...", getus hati kecil ziana. Dia mula menggoreng telur goreng untuk tuannya itu tapi kali ini dia menambah bawang goreng di dalam telurnya itu. Ziana harap shafiq tidak akan complaint lagi cara dia memasak telur goreng tersebut. setelah selesai dia kembali semula ke bilik tidur shafiq. kali ini shafiq tidak complaint lagi sebab dia memang suka telur goreng yang ada bawang goreng di dalamnya. dia memakan sarapan paginya sehingga habis.
"ziana... siapkan air dalam bathtub untukku mandi....", perintah shafiq. "Er.... tuan, mana bilik mandi tuan?...", soal ziana ingin tahu. "Kat sana tu lah...", shafiq bersuara sambil menjuihkan bibirnya ke arah yang di maksudkannya. Ziana hanya diam membisu. Dia buat semua kerjanya tanpa banyak bicara. "semuanya dah siap tuan.... tuan mandi dulu, ya.... nah!... ini tuala mandi tuan...", kata ziana sambil menyerahkan sehelai tuala pada tuannya itu. Dia ingin menolak kerusi roda shafiq ke dalam bilik mandi tersebut tapi shafiq melarangnya. "Tak payahlah kau menghantar aku masuk ke dalam bilik mandi tu... aku boleh masuk ke dalam bilik mandi tu seorang dirilah...", kata shafiq dengan tegas. "Ok... fine...", ziana pun membiarkannya pergi ke arah bilik mandi itu. Perlahan lahan shafiq mula memusing kerusi rodanya lalu masuk ke dalam bilik mandi tersebut.
Beberapa minit kemudian, "bupppp!...", kedengaran suatu benda terjatuh di atas lantai bilik mandi itu. "Ouwhhh!.....", jerit suatu suara dari dalam bilik mandi tersebut. ziana pun terus berlari menuju ke arah bilik mandi itu. "ada apa tuan? tuan terjatuh ke?", soal ziana dengan cemas. dia segera membuka pintu bilik mandi tersebut. kelihatan shafiq sedang terbaring di atas lantai berjubin dalam keadaan tidak berbaju. hanya tuala mandi saja yang terikat di pinggangnya saat itu. Tubuh shafiq yang sasa itu membuatkan ulu hati ziana bergetar seketika. Shafiq cuba bangun tapi dia gagal berbuat demikian. Amat sukar untuknya bangun dalam keadaan kaki yang langsung tidak bergerak.
Apabila ziana melihat shafiq mengalami kesukaran untuk berdiri dia pun terus memapah tuannya itu. "Tak payahlah kau papah aku...", shafiq cuba menolak pertolongan gadis itu kerana dia rasa malu bila di papah orang macam tu tapi oleh kerana ziana berkeras juga hendak menolongnya mahu tidak mahu dia pun terpaksa membiarkan ziana memapahnya sehingga dia masuk ke dalam bathtub tersebut. Setelah shafiq berada di dalam bathtub itu dia pun menyuruh ziana keluar dari situ. ziana cepat cepat beredar dari situ.
sementara menunggu tuannya itu mandi ziana mula mengemas dan membersihkan bilik tidur shafiq yang tak ubah macam sarang tikus. Sementara itu kelihatan shafiq sedang duduk sambil berendam dalam bathtub tersebut. Dia berfikir bagaimana caranya supaya ziana berhenti dari menjadi 'nanny'nya. Sejujurnya dia tidak memerlukan orang lain untuk menjaganya sebab itu hanya akan membuatkannya merasa tidak selesa. Maklumlah di usianya yang ke 24 tahun dia di jaga oleh seorang 'nanny'. Macamlah dia tu budak kecik pula, perlukan 'nanny' segala. Shafiq mengeluh panjang. Tiba-tiba, "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu bilik mandi tersebut di ketuk orang dari luar. "tuan... tuan dah siap mandi ke tu?", soal suatu suara di sebalik daun pintu bilik mandi itu. "Dah...", jawap shafiq sepatah.
Perlahan lahan pintu bilik mandi tersebut di buka oleh ziana. "Eh... Kenapa kau tercegat kat situ pula?... kau pergilah ambil tuala yang lain untuk aku. Tuala yang satu ni dah basah dah...", perintah shafiq separuh geram. "Baiklah tuan....", ziana pun terus mengambil tuala untuk tuannya itu. Kemudian dia kembali semula dengan tuala di tangan. Shafiq segera mengambil tuala itu dari tangannya. Selepas mengenakannya di pinggangnya ziana pun terus memapah tuannya itu sehingga dia dapat keluar dari dalam bathtub tersebut. Setelah shafiq duduk di atas kerusi rodanya, ziana mula menyorong kerusi roda tuannya itu tapi.... "Tak payahlah kau menyorong kerusi rodaku ini.... aku masih boleh menggerakkannya...", tegah shafiq. "Ok fine...", balas ziana.
Perlahan lahan shafiq menggerakkan kerusi rodanya ke dalam bilik tidur yang berdekatan. Ziana hanya mengekorinya dari belakang. Cepat cepat ziana membukakan almari pakaian milik shafiq. "tuan nak pakai apa hari ini?"soal ziana ingin tahu. shafiq menunjukkan baju t'shirt polo berwarna hijau tua dengan seluar bermuda berwarna hitam. ziana pun terus mengambil t'shirt dan seluar bermuda tersebut untuknya. shafiq mula memakai pakaiannya itu. "er... tuan nak saya bantu tuan ke?", soal ziana teragak agak. "tak payahlah... saya boleh pakai baju sendiri... kau pergilah cuci semua kain baju aku yang kotor tu...", perintah shafiq. "baiklah tuan...", balas ziana perlahan lahan.
ziana mula mengutip semua pakaian kotor milik shafiq dari atas lantai bilik tidur tersebut. dia melangkah keluar dari situ. Sebaik saja dia sampai di dapur kelihatan mak cik rita sedang sibuk memasak. Ziana segera menghampirinya. "Er... mak cik... mana bilik laundry?", soal ziana. "Oh... bilik laundry ada kat hujung bilik mandi sana tu...", kata mak cik rita. "Terima kasih mak cik...", ucap ziana. "Ya... sama-sama.... er... nanti dulu....", langkah kaki ziana terhenti di situ apabila mak cik rita menahannya. "Ada apa mak cik?", soal ziana ingin tahu. "Mak cik nak bagitahu awak sesuatu... kalau awak bekerja dengan anak dato tu awak haruslah berhati hati...", kata mak cik rita. "knapa mak cik cakap macam tu pula?", soal ziana. "sebab anak dato tu kuat marah dan cerewet lagi tu... kalau awak buat salah sikit sudah tentu dia akan marah. ramai sudah orang gaji yang bekerja dengannya tapi mereka berhenti kerja sebab tak tahan dengan sikap si shafiq yang teruk tu...", kata mak cik rita panjang lebar.
"oh... saya dah tahu tentang perkara itu mak cik... dato sendiri yang bagitahu saya pagi tadi...", balas ziana. "baguslah kalau dia ada bagitahu awak tentang perkara tu... oh saya terlupa pula nak bagitahu kau... ada satu perkara yang awak tidak tahu tentang shafiq tu...", kata mak cik rita secara berbisik. "apa dia mak cik?", soal ziana ingin tahu. "buat pengetahuan awak dulu si shafiq tu suka sangat keluar malam tau... dia selalu pergi mrempit dengan budak budak jalanan. Pada satu malam ketika dia pergi merempit tu tiba tiba saja dia kemalangan di jalanraya akibatnya kedua belah kakinya tidak bergerak lagi selepas kemalangan itu...", terang mak cik rita secara berbisik. "oh... macam tu...", kata ziana sambil mengangguk anggukkan kepalanya. Tiba tiba, "ehem... korang tengah mengumpat aku, ya?...", soal suatu suara. ziana dan mak cik rita terus terdiam. Mereka mengalihkan perhatian mereka ke arah datangnya suara itu. kelihatan shafiq sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil merenung mereka dengan renungan mata yang tajam sekali.
YOU ARE READING
KERANA KASIH (U)
RomanceSinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seor...