KERANA KASIH 13

5.2K 174 0
                                    

"Kenapa awak diam pula? jawaplah pertanyaan saya ni...", kata shafiq. "baiklah... tapi masalahnya sekarang saya belum lagi membeli pakaian untuk pergi ke party tu...", balas ziana. "oh... itu cuma masalah kecil aje. jom kita pergi ke shopping mall sekarang juga untuk membeli pakaian awak...", kata shafiq sambil bangun dari atas kerusinya. "hah?... sekarang juga?", soal ziana. "ya lah.... kenapa pula awak macam terkejut ni?", giliran shafiq pula yang menyoal gadis itu. "er... macamana saya nak beli pakaian tu sedangkan saya tak ada duit...", jawap ziana. "oh.... tentang hal itu, awak jangan bimbang... saya mampu belikan pakaian untuk awak...", kata shafiq sambil tersenyum.

"Tapi...", kata kata ziana di potong pantas oleh shafiq. "tak de tapi tapi lagi, ziana... saya ikhlas nak tolong awak. jadi saya harap awak jangan banyak cakap lagi, ok? jom!....", shafiq bangun dari atas kerusinya. dia menarik tangan gadis itu. mahu tidak mahu ziana pun terpaksa mengikuti kehendak majikannya itu. mereka pergi dengan menaiki kereta mercedez benz milik papanya itu. pak mat lah yang menghantarkan mereka ke shopping mall supersave. sampai saja di sana mereka pun mula mencari kedai pakaian. ziana melangkah masuk ke dalam kedai pakaian yang harga pakaiannya murah tapi shafiq menarik tangannya menuju ke sebuah butik pakaian yang terletak tidak jauh dari situ.

"eh... di kedai pakaian tadi tu kan ke bagus. kainnya murah lagi...", kata ziana. "oh... pakaian dalam butik ni lagi bagus... kualitinya terjamin...", kata shafiq. "tapi pakaian dalam butik ni sangat mahal lah...", kata ziana pula sambil memerhatikan harga pakaian di situ. "mahal atau tidak, itu tidak penting. yang penting sekarang awak dapat memakai pakaian yang cantik...", balas shafiq. ziana terdiam selepas itu. shafiq memilih baju gaun malam yang berwarna pink untuk gadis itu. harganya ialah RM300. terbeliak biji mata ziana bila mlihat tag harga pakaian itu tapi shafiq buat buat tak tahu saja. selepas membeli pakaian untuk ziana, shafiq membeli kasut tumit tinggi untuk gadis itu. harganya dalam sekitar RM200. setelah berpuas hati dengan kasut yang di pilih mereka pun pergi ke kaunter pembayaran. sebaik saja mereka sampai di kaunter pembayaran shafiq pun terus mengeluarkan kad kreditnya. gaun malam dan kasut yang siap di bungkus itu di serahkannya pada ziana. perlahan lahan ziana mengambil bungkusan tersebut.

Ketika mereka melangkah keluar dari dalam butik itu tiba tiba, "shafiq?... shafiq ke tu?", tegur suatu suara. shafiq dan ziana terus memandang ke arah datangnya suara itu. kelihatan putri maya sedang berdiri tidak jauh dari situ.di sebelahnya ada seorang pemuda mat saleh. putri maya seperti terkejut apabila melihat mereka berada di situ. "oh... kau putri... aku ingatkan siapa yang panggil aku tadi. apasal kau panggil aku lagi, hah?", soal shafiq dengan wajah yang masam mencuka. "eh!.... awak dah dapat berjalan semula?", soal putri maya. "ya lah... kenapa kau terkejut ke bila tengok orang cacat dan lumpuh macam saya ni boleh berjalan semula?", soal shafiq dengan geram. "memanglah saya rasa terkejut... saya ingatkan awak....", kata kata putri maya di potong pantas oleh shafiq.

"cacat dan lumpuh buat selama lamanya, bukan? well for your information cik putri maya, kaki aku dah pulih dah.... aku boleh berdiri dan berjalan semula. Malah aku boleh berlari seperti orang normal yang lainnya. so, thats mean aku bukannya cacat dan lumpuh sepertimana yang kau katakan tu. by the way, siapa lelaki mat saleh ni, hah?",soal shafiq. "er... er.... dia...", kata kata putri maya di potong pantas oleh shafiq. "oh... let me guess... dia boyfriend baru kau, bukan?... oh... patutlah kau tiba tiba nak putuskan pertunangan kita. Rupa rupanya kau dah ada sparepart yang baru. hm... tak apalah. aku tak kisah pun kalau kau dah ada boyfriend baru. buat pengetahuan kau, aku pun dah ada girlfriend baru. Orangnya jauh lebih baik daripada kau...", kata shafiq. "sapa dia shafiq?", soal putri maya ingin tahu. "Dia nilah kekasih baru aku....", kata shafiq sambil memeluk erat pinggang ziana. Terkejut betul ziana bila mendengar perkataan majikannya itu. Namun dia tahu shafiq cuma bersandiwara saja di depan mata gadis itu. Jadi dia terpaksa berwajah selamba ketika itu. "Awak bercinta dengan gadis tu?...", soal putri maya macam tidak percaya. "Yalah... so what?", soal shafiq dengan wajah yang serius. "Bukan ke dia tu orang gaji awak?", soal putri maya. "Memang betul dia orang gaji aku tapi aku anggap dia seperti kekasih baru aku!... lagi pun tak ada salahnya aku bercinta dengannya. Buat pengetahuan kau, dia jauh lebih baik dari kau... huh!... ziana, mari kita pergi dari sini.malas aku layan perempuan tak guna ni...", kata shafiq sambil menarik tangan ziana. mereka pun terus beredar dari situ. tinggal lah putri maya di situ dalam keadaan yang terpinga pinga.

ketika mereka melangkah masuk ke dalam kereta, ziana memandang wajah shafiq. "Awak berbohong pada putri kan?", soal ziana. "Bohong apa pula?....", shafiq menyoal gadis itu. "Tadi awak cakap awak anggap saya seperti kekasih awak... sebenarnya awak cuma bersandiwara di depan putri, kan?...", soal ziana perlahan lahan. "Apa salahnya jika saya anggap awak seperti kekasih saya?.... tak ada salahnya kan?...", soal shafiq sambil melirikkan matanya pada gadis itu. "eh...apalah awak ni, fiq... awak asyik merepek yang bukan bukan saja...", kata ziana. dia jadi tidak keruan. Wajahnya kemerahan bagaikan udang yang di goreng garing. "Malulah tu....hahahaha....", shafiq hanya ketawa saja di sebelahnya.

*** *** ***

Malam isnin yang di nantikan pun tiba. Pada malam itu ziana nampak cantik dengan memakai gaun malam berwarna pink yang di belikan oleh shafiq pagi tadi. laila tak habis habis memuji kecantikan rakannya itu. "uiiiii... cantiknya pakaian awak ni. pandai betul shafiq memilih pakaian untuk awak... awak tak ubah macam cinderella pula... cantik giler...", puji laila tak henti henti. ziana hanya tersipu sipu malu bila di puji seperti itu. ketika mereka sedang berbual bual tiba tiba saja loceng pintu rumah mereka berbunyi nyaring. "hah.... putera charming awak dah sampai tu. biar saya yang pergi bukakan pintu tu...", kata laila sambil tersenyum penuh bererti.

dia bangun lalu melangkah menuju ke arah pintu rumah tersebut. pintu rumah itu di bukanya perlahan lahan. Kelihatan shafiq sedang berdiri di ambang pintu sambil tersenyum. ziana terkejut apabila melihat penampilan baru pemuda itu. shafiq kini begitu bergaya dengan berambut pendek. rambutnya yang panjang sudah tidak ada lagi. kumisnya yang lebat pun sudah tidak ada. baju kemeja berwarna purple di padankan dengan seluar panjang berwarna hitam memang sesuai untuknya. pendek kata shafiq kelihatan sangat tampan pada malam itu. "oh...handsome nya dia...", bisik hati kecilnya. dalam waktu yang sama shafiq pun merasa terkejut apabila melihat penampilan ziana pada malam itu. gadis tersebut kelihatan sangat cantik dalam gaun malam pink yang di belikannya tempohari. "oh...cantiknya dia...", bisik hati kecilnya. masing masing berdiri terpaku di situ macam patung cendana. lidah pun terasa kelu. Tidak tahu nak cakap apa lagi...

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now