"Ehem!.... kenapa korang berdiam diri macam patung cendana ni pula? cepatlah korang bersiap... korang dah lambat pergi ke party tu!...", tegur laila. shafiq terkejut dari lamunannya. begitu juga dengan ziana. "eh... ya tak ya juga.... jom ziana, kita pergi ke party tu sekarang juga...", ujar shafiq. tanpa segan silu dia menarik tangan gadis itu. mereka pun beredar dari situ. malam itu pak mat yang menghantarkan mereka ke rumah kawan ziana yang terletak tidak jauh dari pusat bandar. di sepanjang perjalanan shafiq asyik memandang ziana yang duduk di sebelahnya saat itu. ziana jadi tidak keruan.
"er.... fiq...", ziana bersuara perlahan lahan. "ya.... ada apa?", sahut shafiq. "kenapa awak dari tadi asyik pandang saya aje? ada yang tak betul ke dengan make up dan dandanan saya ni?", soal ziana ingin tahu. "make up dan dandanan awak okay aje.... saya cuma nak menghayati kecantikan awak... maksud saya, awak kelihatan begitu cantik sekali malam ini...", puji shafiq sambil tersenyum. ziana tersipu sipu malu bila di puji oleh majikannya itu. wajahnya merah seperti udang yang di goreng. "ah!.... awak ni tipu saya ajelah... saya tak rasa pun yang diri saya ni cantik sangat...", ziana bersuara merendahkan diri. "eh.... saya tak tipu awaklah. Saya cakap yang betul ni. ada masanya nanti, saya akan melakarkan kecantikan awak dalam sebuah lukisan...", ujar shafiq sambil tersenyum simpul. ziana membalas senyuman pemuda itu.
Tidak lama kemudian mereka pun sampai di tempat yang di tuju. suasana di rumah kawan ziana begitu meriah sekali. ramai orang datang ke party tersebut. kedatangan mereka di sambut dengan baik oleh rozita rakan baik ziana sendiri. "eh.... ziana ke ni?.... wah.... cantiknya awak... eh.... siapa pula jejaka yang handsome di sebelah awak ni?.... boyfriend baru awak ke?", soal rozita sambil tersenyum meleret. "er...", belum pun sempat ziana bersuara shafiq terus menghulurkan tangannya pada rozita untuk bersalaman. "ya.... saya ni boyfriend baru dia.... nama saya mohd shafiq bin dato adnan...", ujar shafiq dengan pantas. "oh.... nice to meet you shafiq.... nama saya rozita binti hisham. Saya kawan baik ziana semasa menuntut di sekolah menengah sri perdana beberapa tahun yang lalu...", ucap rozita dengan lembut. "oh begitu....", shafiq bersuara sambil tersenyum. "eh.... mari kita masuk ke dalam rumah....", pelawa rozita dengan ramah. "baiklah...", balas shafiq dan ziana hampir serentak. mereka pun masuk ke dalam banglo milik rozita.
Ketika mereka sedang berbual bual di ruang tamu itu kelihatan mira, julia dan anita sedang berdiri di ambang pintu rumah tersebut. masing masing membawa teman lelaki kecuali anita seorang saja yang tidak membawa teman lelaki pada malam itu. mungkin teman lelakinya tidak dapat datang sebab sibuk bekerja ataupun tidak sihat. begitulah tekaan ziana. "hey... mira.... julia... anita... masuklah!..", pelawa rozita dengan riangnya. mereka pun mula mengorak langkah menuju ke arah rozita. ketika mereka sampai di situ mereka twrkejut bila melihat ziana ada di situ. "eh... ziana ke ni?!...", teka mira. "ya!.... tak sangka awak masih ingat pada saya lagi, mira...", balas ziana sambil tersenyum.
"eh... mestilah saya masih teringatkan awak.... awak kan classmate lama saya... jadi tak ada sbabnya saya lupakan awak...", kata mira sambil tersenyum. "eh... siapa pemuda yang handsome ni? perkenalkanlah dia pada kami...", bisik mira di telinga ziana. ziana tersenyum padanya. "er...kawan kawan... dia ni ialah teman...", kata kata ziana terus di potong pantas oleh pemuda itu. "teman lelaki ziana yang baru...", shafiq bersuara sambil tersenyum. dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan 3 orang gadis itu. mereka saling bersalaman seketika."oh... yakah? uiiiii.... tak sangka ya, zi.... awak dah ada teman lelaki yang baru... bila lagi korang nak berkahwin ni?", soal julia pula. "er... berkahwin? oh...belum tiba....", sekali lagi kata kata ziana di potong pantas oleh shafiq. "oh... tak lama lagi kami akan berkahwin. Korang tunggulah kad jemputan perkawinan kami tu nanti, ya...", kata shafiq dengan wajah yang selamba. ziana terus mencubit lengan kiri shafiq tapi pemuda itu buat buat tak tahu pula. "eh!... betul ke ni?... baguslah kalau macam tu. dapat juga kami melihat awak berkahwin nanti zi...", ujar julia sambil tersenyum. slepas itu julia memperkenalkan teman lelakinya pada ziana, rozita dan shafiq. begitu juga dengan mira. masing masing mempunyai rencana untuk berkawin tidak lama lagi. mereka kelihatan sangat gembira pada malam itu. kecuali anita seorang saja yang tidak merasa gembira. wajahnya kelihatan sedih sekali. "hm... nampak gayanya saya seorang saja yang jadi andartu tak laku di antara korang semua...", keluh anita secara tiba tiba pula. "kenapa awak cakap macam tu?", soal ziana. "Yalah korang semua dah berpunya tapi saya masih belum berpunya. Maklumlah saya baru saja di tinggalkan oleh teman lelaki saya... so saya rasa sedih tau...", kata anita dengan wajah yang sedih.
"owwhhh... jangan lah bersedih. pasti di suatu hari nanti awak akan bertemu dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik dari bekas teman lelaki awak tu...", pujuk ziana dengan penuh simpati. "terima kasih zi di atas sikap keprihatinan awak terhadap saya. saya minta maaf pada awak sebab dulu saya selalu mentertawakan awak dan mengatakan awak anak dara yang tak laku hanya kerana awak belum ada teman lelaki tapi sekarang saya pula yang tak ada teman lelaki. maafkan saya zi...", kata anita dengan sedih."it's ok.... saya dah maafkan awak....", kata ziana dengan lembut. "oh... terima kasih zi...", anita bersuara sambil memeluk rakannya itu.
Selepas itu mereka mula berbual dengan rancaknya. shafiq duduk di atas kerusi setelah kakinya terasa lenguh berdiri. ziana segera menghampirinya. "kenapa? kaki awak sakit ke?", soal ziana. "taklah sakit.... cuma kaki saya terasa lenguh sikit sebab itulah saya duduk....", balas shafiq dengan wajah selamba. "oh begitu....", ziana bersuara sambil duduk di sebelahnya. "eh.... shafiq kenapa awak cakap yang kita ini akan berkahwin tidak lama lagi? jangan lah berbohong pada mereka. Saya tak suka....", kata ziana separuh brbisik. "apa salahnya jika saya bercakap bgitu? Bukankah bagus kalau kita betul betul berkahwin. tentu kita akan hidup bahagia bersama,kan?...kan?...kan?....", bisik shafiq ke telinga ziana. "Ishhh... apa yang awak merepek ni??... awk ni kan selalu saja merepek yang bukan bukan...", balas ziana separuh berbisik. belum pun sempat shafiq bersuara tiba tiba... "ehem!.... apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal julia yang duduk tidak jauh dari situ. "er... tidak ada apa apa ju...", balas ziana sambil tersenyum kambing. selepas itu julia dan ziana berbual tentang topik yang lain pula. shafiq hanya tumpang mendengar saja perbualan mereka.
beberapa minit kemudian, "er....perhatian kawan semua!.... malam ini merupakan malam pertemuan bagi bekas pelajar pelajar tingkatan 6 B sekolah menengah sri perdana tahun 1980... saya merasa sungguh gembira kerana dapat berjumpa semula dengan semua classmates saya yang ada di sini. tujuan saya membuat reunion ini ialah saya ingin kita berkumpul sekali lagi untuk beramah mesra. oleh kerana malam ini ramai yang datang membawa pasangan mereka ke party ini maka saya minta setiap pasangan yang ada di sini menyanyikan sebuah lagu utk pasangan masing2.tak kira lagu bahasa english atau melayu... pilihan tajuk lagu adalah bebas. yang penting setiap pasangan itu mestilah ada persembahan yang menarik untuk di tonton bersama pada malam ini... baiklah, untuk memulakan acara nyanyian kita ni, saya minta cik julia binti iqbal dengan pasangannya membuat persembahan sekarang juga.... selepas ini barulah giliran cik ziana binti idham dengan pasangannya pula....", kata rozita sambil tersenyum. tepukan gemuruh kedengaran memenuhi ruang dalam banglo tersebut.
Ziana terkejut apabila mendengar pengumuman itu. "hah?!.... kita di suruh untuk membuat persembahan nyanyian? macamana ni? saya bukannya pandai menyanyi pun... habislah saya kali ini...", kata ziana kegelisahan. "rileks lah ziana.... awak jangan bimbang atau gelisah. kalau awak tak pandai menyanyi, biar saya seorang saja yang menyanyikan sebuah lagu untuk awak....", kata shafiq sambil melirikkan matanya pada gadis itu. "awak pandai menyanyi ke shafiq?", soal ziana ingin tahu. "yalah... kali ini biar saya yang nyanyikan lagu yang istimewa untuk awak... awak jangan bimbang, ok? everything is gonna be alright...", kata shafiq sambil tersenyum. "gulp....", ziana menelan air liurnya.
YOU ARE READING
KERANA KASIH (U)
RomanceSinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seor...