- beberapa minggu kemudian -
Pagi itu seperti biasa ziana menemani shafiq untuk pergi ke hospital tunku aman. sebaik saja dia sampai di sana dia mula menjalani rawatan fisioterapinya. ziana menunggunya di luar bilik rawatan tersebut. beberapa minit kemudian, "ziana...", panggil suatu suara. ziana segera memandang ke arah datangnya suara itu. kelihatan shafiq sedang berdiri sambil berjalan selangkah demi selangkah menuju ke arahnya. langkah kaki shafiq tak ubah macam seorang kanak kanak kecil yang baru belajar berjalan. ziana memegang tangan shafiq sebaik saja dia sampai dekat dengannya. "saya dah dapat jalan, ziana!.... saya dah dapat jalan!...", jerit shafiq dengan penuh gembira. ziana hanya tersenyum padanya. shafiq pun terus memeluk gadis itu. terpinga pinga ziana di buatnya.
"terima kasih ziana sebab awak selalu bagi semangat dan perangsang untuk saya sehingga saya dapat berjalan semula. ini semua hasil usaha awak menolong saya selama ini... tanpa awak mungkin saya tak dapat berjalan sehinggalah ke hari ni...", kata shafiq sambil memeluk gadis itu. "sebenarnya ini bukan hasil usaha saya saja... tapi itu hasil usaha awak juga...", kata ziana. shafiq memandang wajah gadis itu. "Ya... memang betul itu hasil usaha saya tapi awaklah yang banyak membantu saya selama ini... awak selalu memberikan kata kata perangsang dan dorongan untuk saya sebab itulah saya dapat berjalan sekarang...", kata shafiq dengan riangnya. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukannya. begitu juga dengan ziana. "Ya... apa apa pun saya tumpang gembira apabila melihat awak dapat berjalan semula...", balas ziana. shafiq tersenyum pada gadis itu. "er.... excuse me... er... encik perlu masuk ke bilik rawatan sekarang...", panggil jururawat yang bertugas. "oh... baiklah...", balas shafiq. perlahan lahan dia berjalan selangkah demi selangkah menuju ke dalam bilik rawatan tersebut. "Awak nak saya bantu awak tak?...", soal ziana. "tak payahlah.... saya rasa saya boleh berjalan sendiri...", jawap shafiq dengan gembira. ziana tersenyum saja pada majikannya itu. shafiq membalas senyumannya lalu beredar dari situ.
*** *** ***
Malam itu ziana pulang ke rumah sewanya. kelihatan laila rakan serumahnya sedang duduk menonton TV. "hai laila... rancangan apa yang awak tengok tu?...", sapa ziana. "oh.... rancangan dokumentari tentang ular aje ni....", jawap laila dengan wajah selamba. "oh... ingatkan rancangan apa tadi...", kata ziana lalu duduk di sebelah rakannya itu. "zi.... ada surat untuk awak...", kata laila. dia pun terus menyerahkan surat tersebut. Perlahan lahan ziana mengambil surat itu dari rakannya laila. dia pun membuka sampul surat tersebut. dia lihat ada kad jemputan di dalam sampul surat itu. dia segera membaca isi kandungan kad jemputan tersebut. setelah membaca kad itu dia meletakkan kad tersebut di dalam sampulnya semula. "apa isi kad itu, zi?", soal laila ingin tahu. "kawan lama saya nak buat party reunion di rumahnya hari isnin minggu depan. macamana ni? saya tidak ada persiapan untuk menghadiri party reunion tu...", kata ziana.
"persiapan?... maksud awak?", soal laila. "maksud saya ialah saya belum beli pakaian lagi. tambahan pula saya baru saja putus cinta dengan boyfriend saya. macamana saya nak pergi ke party tu kalau saya tak ada teman lelaki? sudah tentu si anita, si julia dan si mira akan mentertawakan saya sebab saya masih lagi keseorangan tidak berteman... sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa saya ni andartu yang tak laku....", kata ziana dengan sedih. laila terdiam seketika. "hah!... saya ada satu idea...", kata laila secara tiba tiba pula.
terkejut betul ziana di buatnya. "kus semangat.... awak ni kan selalu saja buat orang terkejut...", kata ziana sambil mengurut urut dadanya."hehehe....", laila ketawa di sebelahnya. "awak kata awak ada idea... apa idea awak tu?", soal ziana ingin tahu. "apa kata kalau awak ajak si shafiq pergi ke party tu... sudah tentu dia akan pergi ke party tu dengan awak...", kata laila. ziana menggeleng gelengkan kepalanya. "dia mungkin takkan pergi ke party tu...", kata ziana perlahan lahan. "kenapa pula?", soal laila. "sebab dalam firasat saya dia memang tak akan pergi ke party keramaian seperti itu...", jawap ziana. "hm... itu cuma dalam firasat awak aje. awak cubalah ajak dia dulu. manalah tahu dia nak pergi ke party tu...", kata laila. ziana terdiam tidak tahu nak cakap apa lagi.
Keesokan harinya ziana pergi kerja seperti biasa. sampai saja di villa mewah itu dia lihat shafiq awal awal pagi sudah duduk bersarapan pagi di meja makan tapi kali ini dia tidak duduk di atas kerusi rodanya lagi. "hai... shafiq selamat pagi... mana kerusi roda awak tu?", soal ziana ingin tahu. "oh... hai... ziana... selamat pagi. er... kerusi roda tu saya dah buang...", jawap shafiq. "apasal pula di buang?", soal ziana. "saya tak perlukan kerusi roda tu lagi... mulai dari hari ni saya nak jalan dengan kaki saya sendiri...", balas shafiq sambil tersenyum. "oh baguslah kalau macam tu...", ziana bersuara sambil tersenyum. dia hendak beredar dari situ tapi shafiq memanggil namanya. "ziana...", panggil pemuda itu. "ada apa, fiq?", soal ziana. "duduklah... saya nak awak bersarapan pagi dengan saya...", kata shafiq perlahan lahan. "baiklah....", ziana pun menarik kerusi yang ada di situ lalu duduk di atas kerusi tersebut
Ketika ziana hendak duduk, tiba tiba ada sepucuk surat terjatuh dari dalam poket seluarnya. shafiq segera mengambilnya. dia terlihat kad jemputan yang ada di dalam sampul surat itu. "apa ni? kad jemputan ke?", soal shafiq sambil menarik keluar kad jemputan itu. ziana ingin merampas kad tersebut dari tangan shafiq tapi dia gagal berbuat demikian. shafiq sudah pun membaca isi kandungan kad itu. "oh... kad jemputan untuk menghadiri party reunion.... ingatkan kad jemputan apa tadi.... by the way, awak pergi tak ke party reunion tu?", soal shafiq.
"Entahlah... saya rasa saya tak nak pergilah....", balas ziana. "kenapa pula?", soal shafiq lagi. "sebab saya malas berjumpa dengan tiga orang classmates lama saya yang penyibuk tu. nanti tak pasal pasal pula saya di jadikan bahan tawa mereka sebab saya masih belum ada kekasih seperti mereka. maklumlah selama ini mereka menganggap saya ni macam andartu yang tidak laku...", kata ziana dengan wajah sedih. "owhhhh... janganlah bersedih.... ok.... ok.... kali ini biar saya yang tolong awak....", kata shafiq. "tolong?... maksud awak?", soal ziana sedikit kebingungan.
"maksud saya macam ni... biar saya temankan awak pergi ke party tu. Awak cakaplah pada mereka yang saya ni boyfriend baru awak. sudah tentu selepas ni mereka pasti tidak akan mentertawakan awak lagi... amacam?... awak setuju tak dengan rancangan saya ini?", soal shafiq. "tapi macamana dengan kaki awak? kaki awak tahan ke bila berjalan lama lama nanti?", soal ziana. "jangan risau... saya tahu bagaimana nak atasi masalah tu. kalau kaki saya lenguh saya boleh berehat dan duduk di atas kerusi aje... macamana? awak setuju tak dengan rancangan saya ni?", soal shafiq. ziana terdiam. Tidak tahu nak cakap apa lagi.
YOU ARE READING
KERANA KASIH (U)
RomanceSinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seor...