"eh ... tidaklah... kami berbual kosong aje tadi tu, kan?... ziana kan?...", kata mak cik rita cuba berdalih. "Aha... kami berbual kosong aje...", balas ziana. "hm.... dalam rumah ni korang tidak di benarkan berbual semasa membuat kerja sebab aku tak suka pekerja yang hanya tahu berbual saja tapi tidak membuat sebarang pekerjaan... so, aku harap lepas ni korang jangan berbual lagi ketika membuat pekerjaan ok?... kalau aku nampak korang berbual lagi jaga korang!...", kata shafiq dengan tegas. kecut perut ziana mendengarnya. "urm... baiklah, tuan...", balas ziana. "kalau macam tu korang buatlah kerja korang... jangan terhegeh hegeh lagi kat situ...", perintah shafiq. mereka pun mula membuat pekerjaan masing-masing.
tengahari itu ziana memasak masakan kampung untuk tuannya itu. Dia menyangka yang tuannya suka makan makanan kampung seperti itu. "Sayur apa ni?...", soal shafiq sebaik saja dia sampai di meja makan. "Er... sayur kangkung tuan...", balas ziana sambil tersenyum. "Eh... aku tak suka makan sayur sayuran macam ni... aku bukannya vegetarian lorh...", marah shafiq. "Oh... maafkan saya tuan... saya fikir tuan sukakannya. Apa apa pun saya akan hidangkan makanan lain untuk tuan...", kata ziana. "jangan hidangkan sayur sayuran untuk aku lagi... kalau kau hidangkan sayur sayuran untuk aku pasti aku akan buangkannya ke dalam tong sampah...", kata shafiq dengan wajah yang serius. "Oh... Baiklah tuan saya janji tidak akan menghidangkan sayur sayuran untuk tuan lagi.... tuan nak makan apa sebenarnya ni?...", soal ziana ingin tahu. "Kau masak sup ayam aje untuk aku... itu lebih mudah dan cepat...", kata shafiq. "Hm... baiklah...", ziana terus beredar dari situ. Shafiq duduk di kerusi rodanya sambil tersenyum sinis. Sebenarnya dia tidak kisah pun jika dia makan sayur sayuran. Dia saja nak kenakan gadis itu. Fikirnya jika dia terus bersikap cerewet dan marah marah pada gadis tersebut sudah tentu gadis itu akan berhenti kerja dan dia dapat meneruskan kehidupannya tanpa di jaga oleh seseorang yang bergelar 'nanny'...
Ziana mengeluh berat. Dia tidak sangka pula yang tuannya itu terlalu cerewet sehinggakan dalam soal makanan pun dia marah marah jika ianya tidak menepati citarasanya. Mahu tidak mahu ziana pun terpaksa memasak sup ayam untuk tuannya itu. Selepas siap memasak sup ayam dia kembali ke ruang makan itu. Dia segera menghidangkannya untuk shafiq. Kali ini shafiq makan dengan berselera sekali. Dia tidak peduli ziana memerhatikannya. Setelah makan tengahari shafiq menyuruh ziana membersihkan bilik tidurnya. Mahu tidak mahu ziana akur dengan perintah tuannya itu. Pada waktu petang pula ziana menyiapkan minuman petang untuk tuannya itu. Dia meletakkan segelas susu di atas meja shafiq. "Kenapa kau bagi aku susu... aku bukannya budak kecik lagi tau...", marah shafiq. "Tapi dato yang menyuruh saya menghidangkan susu untuk tuan pagi tadi...", kata ziana.
"Jadi siapa yang minum susu ni? Aku ke atau papa aku?", soal shafiq separuh geram. Ziana terdiam apabila mendengar perkataan pemuda itu. "Kenapa kau diam?", soal shafiq dengan kening kiri yang terangkat ke atas. "Saya tak tahu nak cakap apa...", ziana bersuara dalam nada suara yang serbasalah. "Buat pengetahuan kau aku tak suka minum susu... susu ni hanya untuk budak budak kecik aje... kau fikir aku ni budak kecik lagi ke, hah?...", marah shafiq. " tak... saya tak fikir macam tu tapi susu ni sangat baik untuk kesihatan. Susu memberikan zat kalsium untuk tulang kita... jika kita selalu minum susu tulang kita akan menjadi kuat... manalah tau kalau tuan selalu minum susu ni kaki tuan akan menjadi kuat dan tuan boleh berjalan lagi...", kata ziana panjang lebar.
Shafiq menggetapkan bibirnya. "Tak payahlah kau bersyarah depan akulah.... aku tak suka dengar orang bersyarah ni... nah!... kau ambik susu kau ni... kau tukarkannya dengan minuman lain... buatkan milo panas untuk aku....", perintah shafiq dengan tegas. Ziana pun terpaksa akur dengan kehendak tuannya itu. Dia kembali ke dapur dengan membawa segelas susu di tangan. Dia buatkan air milo panas untuk tuannya itu. Setelah siap dia menyerahkan segelas milo panas tersebut pada pemuda tersebut.
Malam itu ziana buatkan makan malam untuk tuannya. Selepas menyiapkan makan malam dan buat apa yang patut dia pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya. "Tuan saya nak balik ke rumah...", ucapnya pada shafiq. Pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya. Ketika itu dia sudah pun berada di atas katilnya. Perlahan lahan ziana beredar dari situ tapi langkahnya terhenti apabila shafiq menahannya. "ada apa tuan?....", soal ziana sambil memandang wajah pemuda tersebut. "Aku rasa lebih baik kau berhenti saja dari bekerja di sini...", shafiq bersuara dengan suara yang perlahan. "Kenapa tuan?", soal ziana ingin tahu. "Sebab aku tak suka di jaga oleh seorang nanny... aku rasa tak selesa bila ada orang buat itu dan ini untuk aku sedangkan aku masih belum cacat sepenuhnya...", kata shafiq tanpa memandang wajah gadis itu.
"Tuan tidak boleh menyuruh saya berhenti kerja macam tu aje....", balas ziana dengan tegas. "Kenapa pula kau cakap macam tu?", soal shafiq sambil memandang wajah gadis itu. "Sebab orang yang ambil saya bekerja ialah dato bukannya tuan... jadi saya tak boleh berhenti kerja jika dato tidak mengarahkan saya untuk berhenti kerja. Saya harap tuan akan faham... okay, thats all for now. I've gotta go now... bye...", cepat-cepat ziana beredar dari situ. Terpinga pinga shafiq di buatnya.
*** *** ***
"Macamana pekerjaan baru awak tu zi?.... semuanya ok ke?...", soal lila sebaik saja ziana melabuhkan punggungnya di atas kerusi sofa yang ada di situ. "Hm.... taklah ok sangat...", balas ziana sambil menyandarkan tubuhnya di atas kerusi sofa tersebut. "Maksud awak?", lila memandang wajah ziana. "Saya sangka saya akan menjaga seorang budak kecik. Tapi bila saya sampai kat sana saya di suruh menjaga seorang pemuda yang tidak dapat berjalan pula...", balas ziana. "Oh jadi awak menjaga seorang lelaki cacat?", soal lila. "Ya.... namanya shafiq. dia seorang lelaki yang cerewet dan suka marah marah. Apa yang saya lakukan dia tak suka... by the way, dia ada suruh saya berhenti kerja...", ziana bersuara perlahan lahan. "kalau macam tu awak berhenti kerjalah..." kata lila. "Saya takkan berhenti kerja sebab dia telah mencabar saya...", kata ziana. "Maksud awak?", soal lila sambil memandang wajah rakannya itu
"Dia ada tanya pada saya apakah saya ni dapat bertahan bekerja dengannya atau pun tidak. Saya cakap 'we will see about that' tapi dia buat muka masam pula. Saya tahu dia tak suka di jaga oleh nanny macam saya ni sebab dia rasa tak selesa bila di jaga oleh orang lain tapi saya dah bertekad hendak menjaganya kerana saya merasa kasihan apabila melihat keadaannya...", kata ziana panjang lebar. "Oh... kasihan ke atau sayang?.... hehehe....", soal lila separuh mengusik. "Hish... sayang tu lain ceritalah... kasihan tu maknanya simpati tau...", ziana bersuara sambil memandang wajah rakannya itu. "Yelah tu.... saya hanya bergurau sajalah kawan... jangan marah, nanti cepat tua.... tinggal gigi dua... hahaha...", usik Laila sambil ketawa di sebelahnya. "Whatever...", Ziana bersuara sambil beredar dari situ.
YOU ARE READING
KERANA KASIH (U)
RomanceSinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seor...