SKUAD PENYELAMAT

6.3K 367 36
                                    

Tahun 3001

Dunia kini diserang sejenis virus berbahaya.Kebanyakkan daerah di Korea telah ditutup atas dasar pengkuarintinan.Penduduk yang selamat telah dibawa ke tempat lebih selamat.Vaksin bagi virus ini masih belum dijumpai.Malah,seperti harapan itu mustahil.

Di sebuah daerah di Korea..

Lapan sukarelawan telah diturunkan oleh helikopter di atas sebuah bangunan tinggi di situ.Bukan calang calang sukarelawan.Mereka adalah skuad penyelamat Korea.Mereka akan cuba mencari sebanyak mungkin penduduk yang terselamat dari virus di daerah yang dikuarintinkan kerana dibimbangi masih ada penduduk yang tidak sempat keluar dari daerah tersebut.

Ketua skuad,Yoo Jaesuk yang pertama turun diikuti ahli ahli skuad yang lain.Di tangan mereka terpegangnya selaras senapang.Dia menjenguk ke bawah bangunan.Berduyun duyun 'manusia' yang terjangkit berada di bawah.Mustahil dapat diselamatkan lagi.Kebanyakkan hanya tinggal tulang.Malah,yang tidak punya kepala pun ada.Satu cara untuk membunuh 'mereka' ialah dengan menembakkan ke jantung.Itu sahaja.Mereka menggelarnya,'walkers'.Agak canggung untuk memanggil zombie kerana mereka agak kurang suka akan gelaran itu.

Kwangsoo,selaku ahli tertinggi dalam skuad turun paling akhir dan melambai pada juruterbang helikopter yang kini meninggalkan mereka.

"Ramainya!"Gary seakan akan teruja melihat beratus ratus 'walkers' di bawah.Mereka sudah terbiasa dengan situasi itu.

"Betul tu."Sukjin tergelak sama.

"Ada ke survival kat tempat macam ni?"Jongkook mengerling ketua skuadnya sinis.Sebenarnya,mereka tidak mahu ke daerah ni kerana,besar kemungkinan,semua survival telah berjaya ke tempat selamat dan mungkin yang terselamat dari jangkitan telahpun digigit.75'/, penduduk di sini telah dijangkiti.

"Kalau bukan kita selamatkan mereka,siapa lagi?"Jaesuk merenung ahli skuadnya itu tegas.

"Saya hanya cakap,ketua tak ada hak untuk halang mulut saya bercakap."Jongkook tersenyum sinis.

"Abang."Jihyo merenung abangnya kerana dia merasakan abangnya memang melampau hari ini.

"Apa?"Jongkook mencubit pipi adiknya lalu tangannya ditampar kuat gadis itu.Gary melirik adik beradik itu.

"Sudahlah.Mari kita turun."Jaesuk melangkah.

"Kwangsoo,Jihyo dan Joongki.Tunggu kami di atas ni.Tembak walkers dari sini.Kalau kami tak balik sampai pukul lapan malam,hubungi Ketua Pusat untuk hantar penyelamat.Walau apa pun jadi,jangan turun,faham?"Arah ketua skuad.

"Faham!"Joongki,Kwangsoo dan Jihyo tabik hormat.

Haha,Jongkook,Sukjin,Gary dan Jaesuk pun turun untuk memulakan misi.Gary sempat mengerlip sebelah mata pada Jihyo membuatkan gadis itu berpaling.

PART 1-Tamat

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now