Haha bangun dari tidur yang kurang nyenyak semalam.Mayat Sukjin dan Joongki masih di hujung bangunan itu.Ternyata bukan pemandangan yang indah untuk mulakan hari.Dia mengeluh.
Kelihatan Kwangsoo masih di situ.Sudah tertidur sambil duduk menyandar di dinding.Haha merasa simpati yang amat sangat.Apa akan jadi kepada budak itu?
Dia melihat telefon bimbitnya.Hologram 20 Ogos terpancul dari telefon bimbitnya.Dua puluh hari bulan?Tarikh apa ya?Dia pun kurang ingat.
Dia mendapat satu idea.Dia membawa telefon bimbitnya dan duduk di sebelah Kwangsoo.Dia menyentuh aplikasi piano hologram yang telah dimuat turun beberapa hari lalu dan mula memainkan lagu dengan sumbang dan kuat.Kwangsoo terjaga.
"Abang,apa awak buat??"Kwangsoo menguap.
"Abang tak pandai main piano.Apa kata nyanyikan abang Sukjin dan Joongki satu lagu?Abang nyanyi dan awak main piano.Nak tak?"Haha menghulurkan telefon bimbitnya pada Kwangsoo.
Dan Kwangsoo mula menyentuh hologram piano itu,dan kedengaran alunan lagu 'Bertemu dan Berpisah.
Air mata bertakung di dalam mata dua lelaki itu.Akhirnya,Kwangsoo menangis.Teresak esak hingga kedengaran seperti meraung.Entah kenapa,Haha merasa lega setelah dia menangis.Dia tidak mahu rasa sedih Kwangsoo ditelannya sendiri.Dia memeluk Kwangsoo erat erat.Lelaki yang selalu dibulinya,lelaki yang dianggap adiknya...
"Menangislah lagi.Jangan simpan seorang diri."Nasihat Haha sambil menepuk nepuk belakang Kwangsoo.
"Terima kasih,abang Haha."Ucap Kwangsoo walaupun belum berhent menangis.
Semua terjaga akibat bunyi raungan Kwangsoo dan alunan piano itu tadi.Mereka tersenyum melihat Kwangsoo memeluk Haha.
Sarapan pagi itu kelihatan lebih ceria dari makan malam semalam.Semua seperti sudah dapat menerima keadaan bahawa Sukjin dan Joongki sudah tiada.
"Hari ini berapa hari bulan?"Tanya Gary pada Jihyo.
"Dua puluh hari bulan.Kenapa?"Jawab Jihyo.
Gary tersenyum.Jihyo juga teringat sesuatU lalu tersenyum juga
"Selamat Hari Jadi,abang Haha!"Ucap kedua dua mereka serentak.
"Selamat Hari Jadi!"Ucap yang lain pula.
"Apa?"Haha membuat wajah hairan yang amat.Rupa rupanya hari ini hari jadinya!Sepuluh Ogos!Dia pun terlupa akibat terlalu banyak hendak difikirkan.
Dia tergelak.
Telefonnya berdering bermaksud ada panggilan hologaram masuk.
"Abang!"Sapa isterinya Byul sebaik sahaja dia menyentuh butang hijau.
"Sayang."Haha tersenyum gembira.
"Ayah!"Panggil anaknya,Ha Deu Rim (Dream).
"Anak ayah dah pandai bercakap."Senyuman Haha tidak lekang dari wajahnya.
"Selamat hari jadi!!"Ucap Isteri dan anaknya.
"Terima kasih."Haha terasa ingin menangis.Rindu sungguh dengan dua insan ini.Setelah apa terjadi pada Sukjin dan Joongki,dia pun terasa takut sesuatu yang buruk akan terjadi padanya.Siapa akan menjaga dua insan ini?
Inilah dia kisah dua puluh hari bulan..
TAMAT-BAB 5
YOU ARE READING
RUNNING ZOMBIE
ActionSkuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)