BILIK BERCAT HIJAU

1.8K 150 0
                                    

Mereka saling berpandangan.

"Siapa tembak tadi?Saya belum tembak lagi,tapi dia dah jatuh."Kwangsoo keliru lalu mendekati lelaki yang telah rebah itu.

"Saya pun,kamu berdua ke?"Haha bertanya pada Jongkook dan Jihyo yang juga membuat wajah tidak tahu menahu.

"Saya belum tembak lagi pun."Jawab Jihyo lalu mereka bertiga melihat wajah Jongkook.Dia pun menggeleng.

Kwangsoo yang berada di tepi tingkap tempat lelaki itu rebah, melopong.

"Kenapa?"Haha mengambil tempat berdiri di sebelahnya dan merenung ke luar tingkap.Dia tersengih dengan mata membuntang.Jihyo dan Jongkook berjalan ke situ juga dengan rasa keliru melihat dua ahli skuad mereka begitu.Barulah mereka perasan,yang menembak lelaki itu sebentar tadi ialah Minho dari bangunan sebelah.

Mereka melambai tangan sambil tersengih.Minho,si doktor yang mahir menggunakan pistol itu mengangkat ibu jari pada mereka.

Setelah meneliti mayat 'si Psiko' itu,rupa rupanya dia ialah seorang senior mereka dari institusi dulu.Dia memang sudah dibuang institusi dahulu kerana telah membunuh seorang pelajar.Mereka berasa agak kasihan dengannya.Mungkin kekangan hidup buat dia jadi seperti ini.

Mereka cepat cepat ke tingkat lapan seperti yang telah diberitahu Yoobi sebentar tadi.Beberapa walkers menghalang laluan mereka namun mereka hanya membiarkan sahaja.Masing masing sudah muak dan lelah mahu menghadapi makhluk makhluk itu.

Akhirnya,mereka telah sampai di tingkat lapan.Boleh pengsan juga kalau perlu naik tiga tingkat lagi.

"Yoobi!!"Jerit Kwangsoo dan Haha.

"Gary!!"Panggil Jongkook dan Jihyo.

"Yoobi cakap..Bilik tingkat lapan bercat hijau.."Kwangsoo mengingati kembali apa yang dikatakan gadis itu sebentar tadi.

"Macam mana dia tahu bilik tu bercat hijau..kalau dia dikunci di dalam."Telah Haha hairan.

"Mungkin,cat dalam bilik tu,berwarna hijau.Betul tak?"Teka Jihyo bernas.

"Kalau dalam bilik tu gelap,maksudnya dia tak akan nampak cat bilik tu berwarna hijau!Maksudnya,bilik tu ada sumber cahaya dan dekat dengan tingkap sebab eletrik di daerah ni telah dipotong sebulan lepas."Rumus Jongkook.

"Dah jumpa satu klu."Kwangsoo teruja.

Jongkook menendang setiap pintu bilik yang berdekatang dengan tingkap yang ditemuinya.

"Hiyah!!"'KEDEGANG!'Pintu itu jatuh ke lantai.Wajah masing masing hampa bila melihat bilik bilik itu kosong dan gelap.

"Yoobi!Gary!!"Mereka meneruskan memanggil.

"Abang!!"Mata semua terbeliak bila mendengar suara itu dari hujung sudut.

Mereka berlari seperti tidak jejak tanah ke arah itu dan merempuh bilik itu bersama sama.'KEDEGANG!' Pintu itu bertemu dangan lantai dan kelihatan Gary dan Yoobi di dalam.Mereka tidak terucap kata. kerana terlalu gembira dan pada masa yang sama kesedihan melihat keadaan mereka berdua yang lemah tidak bermaya.

"Abang Gary,apa dah jadi pada awak."Jihyo meneliti wajah Gary yang sudah lebam lebam dengan mulut yang berdarah.Mulut Gary dan Yoobi disumbat.

Gary menjegilkan mata seperti berkata 'keluar dari sini!'.Yoobi juga begitu.

"Kenapa dengan kamu berdua?"Tanya Haha.

"AHH!!"Kwangsoo jatuh ke tanah sambil memegang perutnya.

"Kwangsoo!!"

BAB 13-TAMAT

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now