"Apa yang awak menungkan,flower boy?"Tanya Kwangsoo bila melihat sahabatnya mengelamun jauh ke bawah bangunan.
Joongki tersengih.
"Sudah beratus ratus 'walkers' kita tembak,mungkin 50% peratus dari mereka,orang yang kita kenal."Kesal Joongki.
Kwangsoo terdiam,benar kata sahabatnya.Dia juga pernah terpaksa menembak ibunya sendiri yang cuba menggigitnya.Matanya berkaca dan dadanya berombak menahan kesedihan.
"Itu tugas kita."Ucap Jihyo tegas membuatkan kedua dua lelaki yang lebih muda darinya itu terangguk angguk faham.
Sewaktu mereka berborak,kedengaran suara sesuatu atau seseorang memanjat bangunan.Mereka tertoleh toleh mencari dari mana bunyi itu,kemudian,seseorang berlari laju ke arah mereka.Entah dari mana.Menjerit penuh ketakutan macam orang diserang histeria.
Dia berlari dengan laju sekali dan memeluk Kwangsoo hingga lelak ikurus itu terjatuh ke belakang.
"Tolong,tolong saya!!Tolong!!"Telinga Kwangsoo bingit bila mendengar suara gadis itu benar benar di sebelah telinganya.Joongki dan Jihyo menarik gadis itu kerana khuatir dia telah dijangkiti.
"Sabar,awak dah selamat."Jihyo mengusap rambut gadis itu dan memeluknya erat erat dengan harapan dia akan kembali tenang.
"Tolong,saya tak mahu digigit.Tolong."Gadis itu merayu sambil menangis teresak esak.
Joongki mencuit bahu Jihyo lalu menunding pada pakaian gadis itu yang diselaputi darah merah.Jihyo berkerut dan senyap senyap melihat belakan tengkuknya.Tiada simtom simtom seperti mereka yang telah dijangkiti iaitu ruam merah terang di belakang tengkuk mereka.
"Dia selamat."Bisik Jihyo pada Joongki.Kwangsoo masih belum boleh berdiri kerana terlalu terkejut.
"Kwangsoo!Ambil air suam dalam beg saya."Arah Jihyo.
Kwangsoo yang merasa lemah lutut berjalan perlahan lahan ke tempat penyimpanan beg.Disebabkan perangainya yang amat mudah terkejut,dia menjadi penembak jarak jauh sahaja di dalam skuad penyelamat.
"Nah,kak."Kwangsoo menghulur sebotol air pada Jihyo seperti yang diminta tadi.
"Abang!"Gadis itu menarik kaki panjang Kwangsoo membuatkannya menjerit kuat.
"Kwangsoo!Janganlah menjerit!"Marah Jihyo.
"Kenapa kejutkan saya macam tu??"Kwangsoo terasa ingin meluku kepala gadis berambut lurus itu.
"Saya minta maaf."Gadis itu tertunduk.
Kwangsoo merasa serba salah lalu duduk sama di sebelah gadis itu.Kelihatan tanda nama di dadanya.Lee Yoobi.Dari pakaiannya,dia pastinya seorang pelajar menegah tinggi.
"Abang pun minta maaf.Abang memang senang terkejut."Kwangsoo tersengih ramah.
"Terima kasih!"Yoobi memeluk Kwangsoo sekali lagi,jantungnya berdegup seperti mahu pecah.
Joongki dan Jihyo saling berpandangan sambil mengulum ketawa melihat wajah pucat Kwangsoo.
PART 2-TAMAT
YOU ARE READING
RUNNING ZOMBIE
ActionSkuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)