PERMAINAN SI PSIKO

2K 172 1
                                    

Akhirnya mereka menjumpai bangunan yang tertulis pasaraya Taluka.Usangnya mengalahkan rumah hantu.Beberapa walkers sedang mengunyah daging busuk di dalam dan berjaya ditembak Haha dan Kwangsoo.

Pertama kali,operasi mereka tidak diketuai Jaesuk.Demamnya makin teruk dan dia minta ahli skuad yang berbaki untuk pergi sahaja.Minho,Jessica,Taeyon dan Yuri tinggal di kem untuk menjaganya memandangkan keadaannya yang amat teruk kala ini.

"Pergi sahajalah dulu,saya okay di sini."Ucapnya tadi.

Berat hati mereka mahu meninggalkan lelaki itu namun,siapa mahu menyelamatkan Yoobi dan Gary kalau bukan mereka.

"Janji pada saya,yang kamu semua akan balik dengan Gary dan Yoobi.Saya percayakan kamu semua."Suara itu masih terngiang di telinga mereka.Demam apa yang menyerang ketua mereka itu?

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan itu,kedengaran suara kuat dari seluruh penjuru pasaraya itu.

"Skuad Running dah sampai!!"Suara itu kedengaran ceria sungguh namun mengerikan.Ahli skuad tertoleh toleh.

"Cari barang hilang??"Tanya suara itu.

"Kamu cari ni??"Sambung suara itu dan kedengaran suara Yoobi menangis.

"Abang Kwangsoo!Selamatkan saya!!"Jerit suara Yoobi kuat.

"Yoobi!!Jangan apa apakan dialah,tak guna!"Jerit Kwangsoo pula dengan wajah yang merah.

"Hahahaha!!"Suara itu ketawa persis seperti ketawa orang jahat di dalam filem adiwira.

"Kat mana kamu!Cakap cepat sebelum saya pecahakan kepala awak!"Ugut Jongkook.

"Keluar cepat!!"Sambung Haha pula.Jihyo terkedu tidak terkata apa bila memikirkan Gary dalam genggaman orang gila seperti itu.

"Nak main permainan dengan saya tak??"Tanya suara itu lagi.

"Kami tak nak main apa apalah!"Bantah Kwangsoo.

"Awak dah masuk dalam rumah saya..Dan awak kena main dengan saya!!"Sejurus itu,pintu di kiri dan kanan mereka terbuka dan berduyun duyun walkers keluar dari situ.Keempat empat mereka melopong.

"Selamat berjaya!"Sinis suara itu memberi semangat.

Keempat mereka berhempas pulas menembak berpuluh puluh walkers di situ sehingga berpeluh dingin.

"Macam mana walkers walkers ni boleh dikumpul di sini??"Tanya Jihyo hairan sambil memijak dada seorang walkers dan menembaknya.

"Psiko ni memang tak boleh dimaafkan!"Jongkook melepaskan amarahnya pada dua walkers dalam genggamannya dengan menikam jantung mereka.

Akhirnya,selepas beberapa puluh minit bertempur,bilangan walkers sudah habis.Mereka berempat menghembus nafas berat.

"Dah penat ke?Itu cuma aktiviti panaskan badan,budak budak."Suara itu muncul lagi.

Haha terduduk penat sambil mengisi peluru senapangnya.

"Kali ini,dengar suara kawan awak ni pula."Suara terhenti beberapa ketika dan kedengaran suara lemah Gary yang teruk dibalasah tadi.

"Jangan datang...Balik,hubungi ibu pejabat..Balik..Tinggalkan saya di sini.Jangan bahayakan diri sendiri."Suara Gary benar benar lemah membuatkan lutut Jihyo longlai dan dia mula menangis.

"Abang Gary!Tunggu kami."Jihyo menggenggam buku lima sekaligus semangatnya berkobar kobar bagaikan seorang pejuang.

BAB 11-TAMAT

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now