TEGANG

3.1K 242 8
                                    

Sudah pukul lapan malam,derap kaki ahli skuad yang meninggalkan bangunan sudah semakin lemah.Beberapa survival telah berjaya diselamatkan. Minho,seorang doktor,Yuri,Taeyon dan Jessica, pramugari jelitawan dari kapal terbang yang terhempas di lapangan terbang.

Akhirnya,mereka sampai ke bangunan tempat kem didirikan.

"Haish,saya perlu bersara hujung tahun ni.Rakan sebaya saya semua sudah berada di tempat selamat sekarang."Sukjin yang kepenatan mengurut ngurut bahunya sendiri.

Gary dan Haha tersengih.

"Tak meriahlah skuad running tak ada abang Sukjin."Bodek Haha.

"Macam macamlah ,Haha."Gary memusingkan bebola mata ke atas.

"Kalau nak bersara sangat,kami tak kisah.Bukan abang banyak tolong kami pun."Ucap Jongkook selamba.

Jaesuk geram.Mulut Jongkook ini memang tak ada insuranskah??

Semua mereka akhirnya sampai ke tingkat atas sekali.

"Selamat pulang."Ucap Joongki,Kwangsoo dan Jihyo.

Makanan sudah tersedia di atas lantai di tengah tengah ruang itu.

"Abang Kwangsoo."Yuri terbeliak.

"Yuri?"Kwangsoo juga begitu.SuatU saat dulu,Yuri ialah teman wanita Kwangsoo tetapi hubungan mereka tidak lama kerana Yuri ingin menumpukan perhatian pada kariernya sebagai pramugari.

Mereka terdiam tidak terkata apa.

"Siapa lelaki tinggi tu?"Tanya Taeyon.

"Bukan sesiapa.Saya tak kenal dia."Ucap Yuri penuh amarah sambil merenung wajah putih Kwangsoo.

"Abang,siapa tu?"Tanya Yoobi di sebelah Kwangsoo.

"Bukan sesiapa.Dia sesuatu yang abang pernah kenal."Jawab Kwangsoo lalu mendakap bahu Yoobi.Wajah gadis sekolah menengah itu merah padam.Yuri yang menyembunyikan cemburunya muncung.Taeyon dan Jessica memandang rakan sekerja mereka pelik.

Lain pula di hujung bangunan

"Jihyo,abang ada hadiah untuk awak."Kata Gary.

"Apa dia?"Tidak teruja langsung Jihyo kerana sememangnya dia gadis yang matang.

"TA-DA!"Gary mengeluarkan gelang nipis berloceng dari poketnya.Bunyi kerincing buat Jihyo tersenyum manis.

"Buat apa loceng ni?Bells Hide and Seek?"Jihyo memasangkan sendiri gelang itu di tangannya.

"Suka tak?"Tanya Gary.

"Terima kasih,abang Gary."Jihyo meneliti gelang itu.Nampak sesuai di tangannya.

"Eh,eh,eh..Buat Apa budak budak ni dekat sini."Jongkook melangkah ke depan mereka.

"Abang,jangan sibuklah."Jihyo rasa terganggu dengan abang tirinya itu.

"Apa ni?"Jongkook menggenggam pergelangan tangan Jihyo dan merenung gelang barunya.

"Sakitlah!"Jihyo menarik tangannya kuat kuat.

"Abang,lepaskanlah dia!"Gary merenung Jongkook berani.

BAB 3-TAMAT

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now