J

2.1K 168 0
                                    

"Apa?"Tanya semua mereka serentak saat Kwangsoo menunjukkan nota itu.

"Tak guna betul!"Jaesuk mengetuk kepala ke dinding.

Jihyo terdiam tanpa kata.Haha melopong.

"Yoobi.."Kwangsoo terduduk.Matanya mula berkaca.

"Kenapa Awak nak ambil semuanya dari saya??Kenapa!!"Kwangsoo menjerit kuat melepaskan kesedihannya.

"Abang.."Yuri memeluknya erat.Kwangsoo tidak memberikan reaksi apa apa.Cuma kesedihan terpancar di wajahnya.

"Awak tahu,saya tak sesakit ni pun waktu awak tinggalkan saya."Bisik Kwangsoo di telinga Yuri.Ternya,lelaki itu masih berdendam.Yuri melepaskan pelukannya.

"Jihyo,jangan sedih.Kita kena fikirkan sesuatu."Haha menggoncang bahu Jihyo yang kaku tidak bergerak.

"Jihyo.."Jongkook memeluk gadis itu.

"Lepaskan saya!!Kalau abang nak tahu,saya lebih sayangkan abang Gary lebih dari abang sendiri!"Jihyo meronta ronta namun masih erat pelukan Jongkook.

"Abang tahu.Tapi,hari ni,abang peluk kamu sebagai seorang abang kandung.Nangislah sepuas hati kamu."Jongkook enggan meleraikan pelukannya.Jihyo kekal memukul mukul bahu tegapnya tanpa henti.Seperti melepaskan bebannya yang selama ini ditanggung.

Dalam hati Jongkook,dia amat sakit.Ternyata,Jihyo mencintai Gary dan takkan pernah mahu menyayanginya.

"Abang mengaku,abang cintakan kamu selama ni.Tapi Gary lebih layak mencintai kamu."Dalam ketegangan itu,akhirnya Jongkook berani mengungkapkan segala galanya.Jihyo terhenti memukul Jongkook dan berhenti meronta.

"Maafkan abang..Mungkin sebab abang,Gary tak berani nak cakap dia sukakan kamu selama ni.Maafkan abang..Abang banyak buat silap pada kamu."Tanpa terduga,Jongkook pun menangis bersama dengan Jihyo.

"Abang tak salah apa apa..."Ucap Jihyo dalam tangisan.

"Mari,kita selamatkan teman lelaki kamu!Kita boleh buat.Jangan menangis lagi!Kita boleh buat!"Jongkook mengelap air matanya kasar dan memberi semangat pada semua.

"Kita boleh buat!"Jerit semua bersemangat.

BAB 9-TAMAT

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now