BAB 6-DAN...
Pagi ini,mereka dimaklumkan ketua pusat bahawa helikopter tidak dapat mendarat di kem asal mereka kerana angin kencang.Oleh itu,mereka perlu ke hujung bandar sekaligus mencari survival survival lain.Setelah sejam berjalan,mereka berhenti berehat di sebuah bangunan tinggal.Perjalanan pun terpaksa dihentikan kerana Ketua Jaesuk tidak sihat badan.Dari pagi tadi,dia muntah muntah dan wajahnya tampak amat pucat.
Setelah Gary dan Haha menembak beberapa walkers di ruang utama,tempat itu sudah selamat diduduki.Mereka bersila di dalam bulatan dan mula makan roti yang diagihkan kepada mereka sebentar tadi.
"Mungkin dalam bangunan ni ada banyak bekalan makanan dan senjata yang masih belum rosak."Ucap Jaesuk yang bersandar pada dinding keletihan.
"Biar saya pergi cari."Tawar Gary.
"Siapa nak temankan Gary?"Tanya Jaesuk.
"Biar saya pergi."Kata Yoobi.
"Kenapa awak pula?Bahayalah."Marah Kwangsoo.Kali ini,dia tidak lagi berpura pura dengan Yoobi.Dia betul betul jatuh cinta.
"Marilah,abang Gary!"Yoobi terus bangun dan berjalan ke ruang lain tanpa mempedulikan sesiapa.Kwangsoo mula bangun tetapi di tarik Jaesuk.
"Budak sekolah menengah tak boleh dihalang-halang."Jaesuk menasihati sambil berlawak.
"Pergi dulu!"Gary berlari mendapatkan Yoobi yang telah berlalu ke ruang lain.Seperti biasa,masih sempat mengenyit mata pada Jihyo.Jihyo menjelir lidah.
Gary berjalan beriiringan dengan Yoobi.
"Kamu bercinta dengan Kwangsoo,ya,Yoobi?"Usik Gary.
"Hehehe."Yoobi sekadar tergelak.Gary ternampak beberapa walkers di depan dan mula menembak.
"Wah,hebatlah abang!"Yoobi teruja.
"Hehehe."Kali ini,Gary pula tergelak.
"Yoobi,kamu ada sembang dengan kak Jihyo,tak?Ada dia cakap pasal abang?"Tanya Gary kerana dia kerap ternampak Yoobi,Jessica,Taeyon dan Yuri bersembang bersama.
"Ada!!"Jawab Yoobi.
"Apa dia??"Wajah Gary bercahaya.
"Dia sayang abang sebagai seorang abang.."Ayat Yoobi tergantung.Wajah Gary berubah.'Hanya sebagai abang??'Bisik hatinya.Dia mahu lebih dari itu!Dia betul betul cintakan Jihyo!
"Dan.."Sekali lagi ayat Yoobi tergantung.Wajah putih Gary kembali bercahaya mendengar perkataan 'dan' itu.
Tiba tiba,
'KELETANG!'
Sesuatu objek tumpul dikenakan ke kepala Gary dan Yoobi oleh seseorang dari belakang.Mereka pengsan tidak sedarkan diri.
Si pembuat angkara yang sedang memegang pemukul besbol tersenyum puas.
"Tahulah apa kami nak buat."Bisiknya.
BAB 6-Tamat.
YOU ARE READING
RUNNING ZOMBIE
ActionSkuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)