KEHILANGAN

2.7K 245 21
                                    

Di atas bumbung itu senyap sunyi.Keadaan tegang membuatkan tiada seorang pun mampu mengucap sepatah kata.

Jihyo sedang menyapu ubat pada lebam di pipi Gary.Lelaki itu tersengih.

Jihyo merenung pada abangnya yang menjadi angkara wajah comel Gary ini lebam.

"Macam berani sangat."Sindir Jongkook.

"Jadi,Yuri.Ke mana kamu dah pergi sepanjang jadi pramugari ni?"Kwangsoo bertanya dengan nada sinis kerana dia tahu salah satu sebab Yuri ingin menjadi pramugari adalah untuk melancong ke seluruh dunia.

"Australia,London,Malaysia,Thailand.Pendek kata banyaklah tempat saya dah pergi."Jawab Yuri dalam nada tinggi diri.

"Kamu rasa mana tempat paling bagus untuk berbulan madu?Saya dan Yoobi nak melancong ke luar negara selepas berkahwin nanti.Kan,sayang?"Kwangsoo mencubit pipi gadis muda di sebelahnya.Gadis itu ketawa manja.Semua di situ melopong.Kwangsoo mahu berkahwin dengan gadis yang baru empat jam ditemuinya?

Sebenarnya,Kwangsoo sudah merancang dengan Yoobi untuk membuat Yuri cemburu.

Wajah Yuri serta merta berubah.Dia pun tidak pasti perasaan ini.Adakah ini namanya cemburu??

Dalam keadaan itu,

Tiba tiba beberapa lelaki muncul dari arah tangga.

"Angkat tangan kamu semua ke atas!!"Jerit salah seorang dari mereka.

Skuad penyelamat dan semua survival hanya menurut.

"Mana ketua kamu semua??"Lelaki itu mengacukan pistol tepat ke kepala Minho yang paling dekat dengan tangga yang dinaiki mereka tadi.

"Saya."Jaesuk pantas berdiri tanpa gusar.

"Mana semua bekalan makanan?"Sasaran kini berubah arah,kepala Jaesuk pula diacukan pistol.

"Kami takkan bagi makanan kami tanpa pertukaran."Jawab Jaesuk tegas.

"Cepat bagi,sebelum kepala awak pecah."Ugut lelaki yang seorang lagi.

Yuri,Taeyon,Yoobi dan Jessica sudah mula menangis ketakutan.

"Kami takkan bagi bekalan kami tanpa pertukaran!"Ulang Jongkook kuat.

"Tak guna!"Lelaki itu menarik picu ke kepala Jongkook.

Tanpa disangka sangka,Sukjin berdiri tegak di depan lelaki itu.Tanpa sengaja,peluru sudah mengenai tepat dada Sukjin.Lelaki itu rebah ke lantai.

"Abang Sukjin!!!"Jerit sebahagian dari mereka manakala ada yang terdiam,tangisan Yuri,Yoobi,Jessica dan Taeyon semakin kuat.

"Tak guna!"Joongki berlari untuk mengambil pistol di tempat penyimpanan beg mereka.Sesaat selepas pistol sudah digenggam dalam tangannya,dia pula ditembak penyangak penyangak tersebut,namun takdir menyebelahi mereka bila Joongki sempat menembak ketiga tiga lelaki itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Joongki!!!"Jerit Kwangsoo.

Malam itu,mereka semua tidak dapat tidur.Lagi lagi Jongkook.Dia menangis di sebelah mayat Sukjin dengan hati yang sudah mahu pecah.Abang yang selama ini selalu mengalah dengan mereka,kini sudah tiada.

Paling menghairankan,antara mereka,Kwangsoo tidak menangis walau sedikit pun.Dia cuma merenung mayat Sukjin,abang yang rapat dengannya dan mayat sahabatnya,Joongki silih berganti.

Hari ini memang hari untuk kehilangan..

BAB 4-TAMAT.

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now