Dewan itu penuh dengan orang dan suasana kedengaran amat meriah sekali..
"Sayang,nak makan apa apa lagi,tak?"Tanya Gary sambil meletakkan semangkuk hidangan di atas meja bulat majlis itu.
"Cukuplah tu.Nanti,saya ambil kalau saya nak makan."Jihyo tersenyum manis pada suaminya,Kang Gary.Sudah setahun lebih mereka berkahwin dan Jihyo merasa tempoh itu adalah kebahagiaan abadi pada dirinya.
"Perasan.Abang bukan cakap dengan awaklah.."Gary tersengih.
"Habis tu,dengan siapa?"Wajah Jihyo berkerut.
"Dengan Monday,lah."Jawab Gary sambil menjuihkan bibir pada perut Jihyo.
"Ish,abang ni!"Jihyo mencubit pinggang Gary geram.Monday ialah nama gelaran buat bayi mereka yang berada dalam kandungan Jihyo saat ini yang sudah berusia empat bulan.
"Eh,eh,eh.Orang lain kahwin,mereka pula yang lebih lebih."Usik Jongkook.
"Hehehe.Abang nak saya ambikkan makanan apa apa?"Tanya Gary pada Jongkook,yang kini sudah menjadi abang iparnya.
"Ambilkan abang kimbab."Arah Jongkook.Gary yang dari dulu memang takutkan Jongkook terus ke tempat mengambil makanan.
"Berani abang buli suami saya."Marah Jihyo ternyata olok olok.Jongkook tergelak besar.
"Tak ada ke pengganti saya dekat sini?"Bisik Jihyo.
"Takkan ada pengganti sebaik awak."Balas Jongkook.
"Tak sangka,adik yang abang cintai ni akan lahirkan seorang anak."Jongkook tersenyum bahagia yang amat.Ternya Jihyo bukan jodohnya,namun dia merasa,melihat Jihyo gembira dalam kehidupan lebih baik.
"Hai,semua."Sapa Haha dan isterinya yang sedang mendukung anak mereka serentak.
"Kenapa lambat?"Tanya Jongkook.
"Dream buat hal.Nak makan aiskrim."Jawab Haha sambil mencebik seperti merajuk dengan anak tunggalnya itu.
"Nah,abang."Gary meletakkan makanan di atas meja.
Setelah beberapa minit berbual,gerangan yang mereka tunggu pun sampai ke meja bulat mereka.
"Ketua!"Ucap mereka.
"Maafkan saya sebab lambat."Jaesuk tersenyum bersama isterinya di sebelah.
"Mana pengantin baru kita tu?"Tanya Jessica dan Taeyon yang baru sampai.Mereka ternyata sudah rapat dengan para ahli skuad Running kerana kejadian beberapa tahun lalu itu.
"Tak sabar mahu lihat mereka berdua."Minho dan Yuri yang berpegangan tangan teruja.Mereka sudah menjadi pasangan kekasih yang amat rapat dan manis.
"Mengumumkan ketibaan,pengantin kita.....
Kwangsoo dan Yoobi!"Umum Jaesuk yang menjadi pengacara majlis respsi Kwangsoo dan Yoobi yang sedang berdiri di atas pentas.
Semua bertepuk tangan melihat Kwangsoo dan Yoobi berjalan di atas karpet merah bersama sama dengan wajah berseri seri.
"Tak sangka,adik kita dah berkahwin."Ucap Haha sambil tersenyum.
Beberapa tahun lalu,Kwangsoo telah ditikam di perut sewaktu menjalankan tugas,nasib baik,skuad kecemasan sampai tepat pada masanya untuk menghentikan pendarahan yang boleh membawa maut.
"Abang,macam mana dengan pakaian saya hari ni,segak tak?"Tanya Kwangsoo pada Gary.
"Pakaian abang masa majlis abang lebih segaklah."Seloroh Gary.Semua tergelak.
"Tak sangka kamu terselamat,kan?"Jihyo memegang tangan Kwangsoo sambil mengimbas masa lampau.
"Sukjin dan Joongki pasti bangga dengan kamu."Kata Jaesuk sambil menepuk bahu lelaki itu.Yoobi memeluk tangan Kwangsoo erat.
"Maaf!"Seorang gadis terlanggar bahu Jongkook.
"Tak apa."Jongkook tersengih.Dia melihat tanda nama dan wajah gadis itu silih berganti.
'Cantiknya..'Bisik hati kecilnya.Tanda namanya tertulis Eunhye.
"Abang,mungkin itu pengganti saya."Usik Jihyo melihat Jongkook tergamam melihat gadis itu.
"Mengarut!"Jongkook meluku kepala Jihyo.
Akhirnya,mereka...SEMPURNA.
Epilog-TAMAT
RUNNING ZOMBIES-TAMAT.
YOU ARE READING
RUNNING ZOMBIE
ActionSkuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)