NOTA TERAKHIR

2.1K 188 1
                                    

Jongkook lihat Gary sedang berdiri berpegangan tangan dengan Jihyo,adik tirinya.Wajahnya berubah.Dari dulu,dia memang sukakan Jihyo walaupun gadis itu adik tirinya.Dia mahu bercinta,dia mahu disayangi,macam lelaki lain.Mungkinkah sikapnya ini buatkan adik tirinya bencikan dia.

"Abang Jongkook,saya lepaskan Jihyo pada abang.Tolong jaga dia,ya."Gary melepaskan pegangan tangannya pada Jihyo dan menolak gadis itu ke arahnya.

"Apa??"Jongkook terkedu namun masih menyambut adik tirinya.Sekaligus,ada lembaga hitam dari belakang Gary mengelar lehernya hingga darah lelaki itu terpercik ke mukanya.

"Gary!!!"Dia menjerit kuat.

Dia melihat keliling.Rupa rupanya dia bermimpi.Dadanya turun naik menstabilkan degupan jantungnya semula.

"Kenapa dengan kamu ni,Jongkook?"Tanya Jaesuk di sebelahnya.

"Maaf.."Ucap Jongkook sambil mencari cari kelibat Gary dan Yoobi yang masih belum sampai di perhentian mereka.

"Mana Gary dan Yoobi?Tak balik lagi ke?"Tanya Jongkook.Mimpinya benar benar buat dia tidak sedap hati.

Semua baru terperasan,sudah lebih sejam Gary dan Yoobi pergi mencari bekalan.Ke mana mereka pergi?

"Kwangsoo,ambilkan walkie talkie saya."Arah Jaesuk.Kwangsoo bangun dan mencari cari walkie talkie ketuanya.

"Ahh.Takkanlah!"Kwangsoo cemas.

"Apa dia?"Tanya Jihyo.

"Walkie talkie kita semua..Tertinggal di kem pertama kita.Di atas bangunan tu!"Kwangsoo menghela nafas berat.

"Apa?Kem tu tujuh kilometer dari sini,tau!"Jongkook mengetap gigi.

"Telefon kita semua pun tak ada isyarat."Kata Yuri sambil menunjukkkan telefon bimbitnya.Taeyon dan Jessica menangguk angguk.Minho memeriksa semua telefon.Sama sahaja.Tiada isyarat.

"Habis,macam mana ni?"Tanya Haha yang juga baru terbangun dari tidur akibat kepenatan.

"Seseorang perlu cari Gary dan Yoobi. Biar saya pergi.Kamu semua tunggu di sini."Jeasuk cuba bangun namun terduduk kembali kerana keadaan kesihatannya yang semakin teruk walaupun sudah disuntik ubat sebentar tadi.

"Jangan,ketua.Biar saya pergi"Kata Jongkook.

"Betul tu.Saya ikut abang."Kwangsoo juga bangun.

"Hati hati."Kata Yuri.Kwangsoo menjeling.Wajah Yuri merah.

Setelah beberapa tingkat naik,mereka masih belum menjumpai Gary dan Yoobi.

"Mana mereka ni?"Kwangsoo sudah mula cemas.Mana Yoobi??

"Eh,apa tu?"Jongkook terlihat secebis nota di bilik dengan nombor 307.

Tertulis di situ,

'PERGI KE BANGUNAN TINGGAL PASARAYA TALUKA KALAU NAK JUMPA KAWAN KAMU LAGI.'

Jongkook dan Kwangsoo saling berpandangan.Muka mereka berdua pucat.Apa lagi ni???

BAB 8-TAMAT

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now