PENGHUJUNG

1.9K 163 3
                                    

Semua terkedu bila melihat baju Kwangsoo telah diseliputi darahnya sendiri.Kelihatan objek bersinar tertembus ke perutnya.Pisau!

"Cuainya!"Kedengaran suara gadis dari sudut gelap di hadapan mereka.Dia tersengih seronok melihat keadaan lelaki tinggi itu.

"Yoona!"Jihyo menutup mulutnya yang terbuka kerana terlalu terkejut.

"Kakak kesayangan saya masih ingatkan saya.Alangkah bagus."Yoona menepuk tangan dalam sindiran.

"Kenapa kamu buat macam ni,Yoona?"Haha yang sedang memangku kepala Kwangsoo di atas ribanya bertanya.

"Nak tahu kenapa?Sebab saya benci sangat dengan korang!!"Yoona mengeluarkan pistol dan mengacukan kepada mereka semua.

"Yoona,dengar cakap kakak.."Jihyo perlahan lahan mendekatinya dan cuba mengambil senjata api di tangannya itu.

"Saya tak ada kakak.Korang yang bunuh kakak saya."Wajah Yoona merah,jelas sekali terlalu marah.

"Kami bunuh kakak awak?"Tanya Gary,lemah.

"Sewaktu kamu semua lulus peperiksaan di institusi,meninggalkan saya seorang sahaja yang gagal,kakak saya yang sangat kecewa dengan saya telah membunuh dirinya sendiri."Yoona terduduk sambil meraung.

Semua sebak melihatnya namun,kenapa mereka pula yang dikatakan bersalah?Salahkah mereka lulus ujian?

"Dan kakak,Jihyo dah rampas teman lelaki saya!"Yoona bangun semula dan mengacukan pistol tepat ke kepala Jihyo.

"Bertenang,Yoona.Siapa rampas teman lelaki kamu?"Tanya Jongkook berbaur sedikit rasa marah.

"Gary,dia sukakan Jihyo.Bukan saya!"Yoona menghentak kakinya.

"Kalau macam ni,biar saya bunuh awak semua dan bunuh diri saya lepas tu!Takkan ada sesiapa pun tahu tentang kita."Yoona tersenyum dalam keadaan yang mengerikan.

"Bertenang Yoona!"Jerit Jihyo.

Yoona tanpa kata menyasarkan pistolnya ke kepala Jihyo dan jarinya mula menekan picu perlahan lahan..

Namun,tiba tiba ada seseorang menariknya dari belakang dan peluru tidak mengena Jihyo tetapi ke syiling.

"Jangan nak lepaskan kegaagalan awak pada orang lainlah!"Jaesuk yang baru sampai meluku kepala gadis itu.

"Ketua!"Sorak ahli ahli Skuad Running lega.

Jaesuk menggari tangan Yoona dengan garinya.

"Lepaskan!!"Yoona meronta ronta.Jaesuk mengikat kaki gadis itu dan diletakkan di perjuru bilik itu.

Sekarang,mereka mengelilingi Kwangsoo yang sedang berbaring di ribaan Haha.

Bajunya basah dengan darah.Jongkook menekan tempat tikaman di perutnya dengan tangan buat menahan pengeluaran darah.

"Mungkin Joongki dan abang Sukjin bosan di sana.Sebab tu saya terpaksa temankan mereka."Ucap Kwangsoo sambil tersenyum.

"Sekali lagi kamu cakap macam tu,abang tumbuk muka kamu!"Ugut Jongkook

"Kakak jagakan Yoobi untuk saya,ya."Kwangsoo mengenggam tangan Jihyo.

"Abang,janganlah cakap macam tu!"Yoobi memarahi Kwangsoo.

"Selamat tinggal."

BAB 14-TAMAT

RUNNING ZOMBIEWhere stories live. Discover now