"Saya dapat tahu,skuad Running main 'Sorok Dan Cari Berloceng' dalam institusi dulu,apa kata tunjukkan sedikit cara kamu bermain."Pemilik suara menggoyangkan loceng di tangannya.
"Apa?"Kwangsoo sudah tidak tahan lagi.Mengapa tidak berterus terang sahaja dan berlawan macam lelaki?
"Saya akan jadi penyerang..Dan awak semua perlu bertahan.Dalam Intitusi dulu,kamu perlu tarik tanda nama lawan kamu,bukan?Dalam permainan saya..Kita tak tarik tanda nama,kita tarik nyawa orang."Bulu roma mereka semua meremang.
"Dalam 5,4,3,2,1,Mula!!"Suara itu menjerit.
"Betul ke semua ni?"Haha panik.Mereka tertoleh toleh dan bersiap sedia dengan senjata di tangan.
Kedengaran bunyi kerincing dari arah tangga.
"Itu..dia ke.."Kwangsoo menelan liur.
Kelihatan bebayang dari balik tangga.
"Cepat,lari!!"Semua mereka bertempiaran lari ke ruang pusat karaoke di dalam bangunan itu dan meluru ke dalam sebuah bilik nyanyian kecil.Jongkook mengunci pintu dan meletakkan jari telunjuk di bibirnya bermakna 'senyap'.
Bunyi kerincing kedengaran di sebelah mereka di luar bilik nyanyian.Mata masing masing terbeliak.Mereka menahan diri dari menjerit.Song Jihyo sudah terasa ingin menangis bila 'dia' yang mengambil posisi penyerang menyeret pisau di pintu bilik mereka sedang bersembunyi.
Lama kelamaan,bunyi kerincing semakin perlahan.Mereka menghela nafas lega.
Selepas pasti,'dia' sudah ke ruang lain,mereka pun keluar.Lebih cepat mereka jumpa Gary dan Yoobi,lebih cepat mereka dapat meninggalkan bangunan ini.
Mereka memeriksa setiap bilik dan kedai di dalam bangunan senyap senyap dan sekali lagi kedengaran bunyi kerincing itu.Mereka cepat cepat masuk ke dalam sebuah bilik persalinan di premis baju wanita berdekatan mereka.Sekali lagi,Jongkook mengunci pintu.
'~Saya nampak rambut awak~"Nyanyi si psiko buatkan mereka lebih gementar.
"Saya tak tahan lagi."Bisik Haha di telinga Jongkook di dalam bilik sempit itu.
"Kami di bilik bercat hijau tingkat lapan!!"Kedengaran suara Yoobi dari corong pembesar suara.
"Bilik bercat hijau tingkat lapan??"Mereka saling berpandangan.
"Budak budak ni!!"Suara 'dia' kedengaran amat marah dan bunyi kerincing itu semakin menjauh.
"Masa kita!"Keempat empat mereka keluar dari bilik itu dan menembak belakang 'dia' yang membelakangi mereka.
'Dia' rebah ke lantai.Mereka saling berpandangan dengan mata bercahaya.
BAB 12-TAMAT
YOU ARE READING
RUNNING ZOMBIE
ActionSkuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)