"Mari,kemasakan barang kamu.Kita perlukan banyak tenaga untuk tolong Gary dan Yoobi."Jongkook menolong mengangkat beg berat Jihyo di penjuru ruang tersebut.
"Tak apalah,abang.Saya boleh angkat sendiri."Jihyo tersenyum padanya.Tiba tiba,Jongkook merasa sesuatu.Beberapa tahun dulu,dia dengar ayat ini dari adik kesayangannya itu.
IMBAS KEMBALI LIMA TAHUN LALU...
"Tak apalah,abang.Saya boleh angkat sendiri."Jihyo menarik beg bajunya kasar dari tangan Jongkook.
"Kamu marah abang ke,sayang?"Jongkook mencubit pipi adik tirinya.
"Ish,abang!"Jihyo menampar tangan Jongkook.
Hari ini,mereka bakal menjadi pelajar di Institusi Ketenteraan Penyelamat Korea.Sepatutnya,Jongkook yang patut datang ke sini berseorangan hari ini.Atas sebab peribadi si Jihyo mahu mengikut abangnya sekali.Pagi tadi dia bergaduh dengan ayah dan ibu tirinya kerana sikapnya yang kasar macam lelaki dan dia telah nekad dia mahu menyertai abangnya sekali hari ini.
Dari kejauhan,mereka dapat lihat seorang lelaki yang tingginya mengalahkan ayah mereka berdua.
"Mungkin tu tenaga pengajar agaknya."Teka Jongkook.
"Sudahlah,jom kita daftar."Jihyo masuk ke dalam dewan.
Setelah pendaftaran dan taklimat,mereka dibenarkan ke bilik masing masing.Jihyo dapat menduduki bilik asrama dengan seorang gadis cantik bernama Yoona.Mereka berbual sakan walaupun baru berjumpa.Sesungguhnya Jihyo memang peramah.
Keesokannya,mereka dibahagikan kumpulan.Tanpa sengaja,Jihyo dan Jongkook masih dalam satu kumpulan.Jihyo seperti malu untuk mengaku abangnya ialah Jongkook dan sekadar membuat wajah tidak kenal mengenal dengan lelaki itu.
Dia dan Jongkook di tempatkan ke dalam sebuah kumpulan yang sudah sedia ada iaitu Skuad Running.Beberapa ahli dari kumpulan itu telah terkorban dan Jihyo,Jongkook serta orang orang lelaki lagi perlu memenuhkan tempat kosong kumpulan itu.
Dari hujung,dia nampak seorang lelaki lewat tiga puluhan bercermin mata yang dikenali sebagai Ketua Jaesuk.Seterusnya,Ji sukjin yang merupakan ahli paling tua antara mereka namun kelihatan amat kacak di mata Jihyo.Di sebelahnya,Haha,si lelaki yang sama tinggi dengannya yang dirasakan comel seperti seekor penguin.Akhir sekali,Kang Gary.Entah kenapa,lelaki ini merenungnya seperti tidak mahu lepas selepas Jihyo tersenyum padanya.Jongkook sudah seperti mahu merempuh lelaki itu dengan bahu namun masih menahan sabar memandangkan hari ini hari pertama dia di dalam skuad.Dua lagi lelaki yang baru sampai ialah Lee Kwangsoo dan Song Joongki yang sebaya umur.Barulah mereka tahu,lelaki tinggi itu bukannya tenaga pengajar,tetapi Lee Kwangsoo yang beberapa tahun lebih muda dari mereka..Jihyo dan Jongkook tergelak dalam diam.
"Baiklah,ahli skuad kami yang baru,kita ialah satu keluarga dan satu keluarga tugasnya untuk saling melindungi.Oleh itu,walau sesiapa pun yang dalam kesusahan.Jangan tinggalkan mereka."Nasihat Ketua Jaesuk.Ayat pertama keluar dari mulut ketua baru mereka itu setakat ini.
"Abang Jongkook,Ketua Jaesuk..Demamnya dah makin teruk."Lamunan Jongkook terhenti saat Kwangsoo menyentuh bahunya.
"Demam ketua makin teruk??"
Bab 10-TAMAT
YOU ARE READING
RUNNING ZOMBIE
ActionSkuad Running ditubuhkan untuk selamatkan manusia dari ancaman Zombie Tapi tiada siapa cakap mereka selamat dari ancaman manusia. :)