Chapter 1

128 8 0
                                    

"Jun Hae! Jin Hae! Turun cepat! Bile nak breakfast? Kamu berdua dah lambat ni!" jerit Pn. Jung dari bawah. Dia sedang menghidang makanan di atas meja. Sesekali, Pn. Jung mengerling jam di dinding menunggu kedatangan si anak untuk turun breakfast.

Kedengaran derap kaki menuruni tangga dengan ganas. Siapa lagi kalau bukan si kembar. Kelam kabut turun kerana sudah terlewat untuk ke sekolah.

"Pagi, omma!" si kembar bersuara serentak. Mereka duduk di meja makan.

"Pagi." balas Pn. Jung. Dia menuang air ke dalam cawan sebelum di hulurkan kepada mereka berdua.

"Thanks, omma!" serentak lagi! Mereka bersuara dengan mulut penuh dengan roti. Sumbat aje sebab dah lambat.

"Slow².. tercekik nanti." Tegur Pn. Jung. Mereka berdua tersengih². Bersusah payah mereka menelan makanan yang di sumbat. Air yang tinggal setengah, di teguk sehingga habis.

Jun Hae bangun terlebih dahulu. Dia berjalan menuju ke dapur untuk mencuci tangan di ikuti Jin Hae.

"Omma, kitorang pergi dulu!" mereka menggalas beg sebelum berjalan menuju ke pintu utama rumah mereka. Pn. Jung membuntuti dari belakang.

"Hati² jalan tu.. Jun, ingat pesan omma ye.." kata Pn. Jung kepada Jun Hae. Jin Hae hanya menjadi pendengar. Jun Hae mengangguk sedikit.

"Ingat, omma." Mereka berlalu sambil melambai ke arah Pn. Jung.

//skip//

Jun & Jin p.o.v

"Ehh Jun.. omma pesan apa?" tanya Jin Hae. Mereka dalam perjalanan menuju ke sekolah. Jarak rumah mereka beberapa meter saja dari sekolah. Mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja.

"Macam biasalah.." Jun Hae menyepak batu ada di jalan. Jin Hae hanya mengangguk.

"Kau masih belum boleh lupakan ke hal tu?" penuh berhati² Jin Hae menyusun ayat. Takut kalau Jun Hae makan hati dengan soalannya. Bukan apa.. dia mahukan hidup kakaknya kembali seperti dulu. Dulunya Jun Hae seorang yang periang, peramah, senang bergaul, senang buat kawan. Tetapi, sejak kejadian 'itu', Jun Hae berubah watak seratus peratus. Jun Hae dulu dan Jun Hae sekarang sangat beza. Sekarang, Jun Hae mudah baran. Senang cerita, kakaknya sering kali bergaduh. Dengan perwatakannya yang kasar. Raut wajah selalu saja beku tanpa perasaan. Susah hendak baca apa yang terlintas di benak kakaknya.

Jun Hae tersenyum kecil. Dia berhenti lalu memandang langit yang mula di sinari cahaya suria. Langit yang membiru, menjadi tatapan matanya.

"Tipulah kalau aku kata, aku dah lupakan benda tu.." Jun Hae memandang sekilas ke arah Jin Hae lalu meneruskan perjalanan.

"Hmmm.." gumam Jin Hae. Jun Hae memeluk bahu adik kembarnya.

"Stoplah cerita pasal hal tu.. buat serabut kepala aku je.. heyy! Sekolah baru, hidup barulah!" sempat Jun Hae membuat jenaka. Jin Hae tersenyum simpul. Sifat sebenar Jun Hae akan terserlah apabila dengan dirinya atau family saja. Kalau dengan orang lain, masam aje mukanya. Beku saja tanpa perasaan.

"Dah².. lambat dah ni.. cepat!" gesa Jun Hae lalu menarik tangan Jin Hae. Jin Hae hanya menurut.

//skip//

[Seoul Highschool]

Jun Hae dan Jin Hae selamat sampai di sekolah baru mereka. Jin Hae melihat sekeliling manakala Jun Hae sibuk membetulkan ikatan rambutnya.

"Weyy Jun.. asal semua pandang kita? Pelajar baru, takkan popular secepat ni?" Jin Hae mencuit tangan Jun Hae. Sempat Jin Hae membuat jenaka.

Jun Hae menjeling adik kembarnya. Jin Hae tersengih sambil membuat lambang peace.

[Slow Update] H.A.T.E  [to]  L.O.V.EWhere stories live. Discover now