"Korang.. aku nak pergi toilet jap! Korang pergilah dulu!" Jun Hae pergi tanpa menunggu balasan mereka berdua. Mereka terpinga².
"Ehh.. h-heyy--" Jin Hae tak sempat menghalang kakaknya. Haish! Marah lagi ke?
"Dah lahh Jin.. kita pergi dulu.. Jun tak apa² tu.." pujuk Hanna. Jin Hae mengangguk lalu mereka pergi ke kantin tanpa Jun Hae.
**
"Suga!" Suga menoleh. Kelihatan Jin berlari anak mendekatinya.
"Haa hyung.. ada apa?" Suga menyoal apabila Jin sudah bersamanya.
P/s : macam yg sya cakap, diorang dalam cerita ni sebaya cuma lahir bulan yg berbeza.. mohon faham XD
"Nampak Namjoon tak?" soal Jin. Dahi Suga berkerut.
"Mana aku tahu! Hyungkan satu kelas dengan dia.. peliklahh hyung ni!" sanggah Suga. Jin menggaru kepalanya yang tiba² gatal.
"Tahu satu kelas tapi 10 minit sebelum rehat, dia keluar pergi tandas.. tak balik terus lepas tu! Hyung ingat dia pergi dekat korang terus.. cilake betul dia tu! Bukan reti nak tunggu!" rungut Jin. Dia mula membebel.
Suga sengih melihat Jin. Jangan kau ceramah dekat sini sudahlahh.. -,-
"Sudah hyung, jangan membebel! Jom!" Suga melangkah mendahului Jin.
"Woi! Tunggu!" Jin mengejar Suga yang meninggalkannya.
"Cepatlahh!" Laung Suga.
**
Splash!
Jun Hae menyimbah air sinki ke mukanya. Dia memandang cermin. Air minitik jatuh ke bawah. Dia merenung dirinya.
"Sampai bila aku nak macam ni.." Jun Hae bercakap sendiri. Dia mula mengelap mukanya dengan tuala yang di bawa.
Bang!
"Wah²! Dah lama tak bersemuka wahai musuh~" Jun Hae menoleh ke arah pintu tandas. Dia merengus. Mood dia agak tak baik sekarang.
"Kau siapa ye? Aku kenal kau ke?" Balas Jun Hae. Sengaja menaikkan marah minah itu. Hyuna tersenyum sinis.
"Ada hati nak melawan aku nampak? Sedar tak diri kau siapa?" Minah itu menyandar di pintu tandas.
"Aku...." Jun Hae menyudahkan lap wajahnya lalu memasukkan kembali ke dalam beg.
"....takde masa nak layan kau.." Jun Hae melangkah ingin keluar tetapi di tolak kembali oleh minah sengal itu. Jun Hae terdorong ke belakang.
"Kau nak apa, sial?!" tengking Jun Hae. Mukanya merah menahan amarah. Aku tengah takde moodlahh bodoh!!
Hyuna tersenyum sinis.
"Lantaklahh kau nak marah ke apa! Aku bagi warning! Kau cakap dekat adik kau tu, jangan sesekali dekat dengan Jimin!! Kau faham tak?!" Minah itu mencengkam kolar baju Jun Hae. Pelajar yang kebetulan ingin ke tandas, terhenti kerana melihat pergaduhan itu. Tak berani menghampiri. Mereka hanya melihat.
"Itu bukan masalah aku, bodoh!!" Jun Hae mencengkam kuat pergelangan tangan Hyuna yang mencengkam kolar bajunya. Hyuna merintih kesakitan. Dia meronta.
Jun Hae melepaskan cengkamannya. Dia melanggar bahu Hyuna lalu berlalu pergi.
Berkerut wajah Hyuna menahan kesakitan.
"Tengok apa?!" Hyuna melempiaskan marahnya kepada pelajar di situ. Dia berlalu pergi dengan amarah. Sudah dua kali dia kalah dengan Jun Hae. 'Kau tunggu minah! Aku takkan lepaskan kau!' sumpah Hyuna dalam hati. Dia nekad!

YOU ARE READING
[Slow Update] H.A.T.E [to] L.O.V.E
FanficJung Jun Hae, mempunyai seorang adik kembar, Jung Jin Hae. Kembar itu merupakan King perempuan pertama Busan Highschool. 2 tahun lepas, kembar itu menetap di England atas sebab tertentu dan balik ke tanah air semula. 3 tahun di Busan, sekali lagi ke...