Flashback..
"Alaaa cikgu.. kenapa tiba² je? Sebelum ni takde pon!" protes Minji a.k.a penolong ketua kelas. Hampir satu kelas mengiakan.
"Bukan cikgu yang tetapkan tetapi pengetua.. kalau kamu tak setuju, pergi protes dekat pengetua.. cikgu hanya menjalankan tugas saja.." selamba cikgu Kim membalas. Dia menyemak nama² pelajar.
Terkunci mulut² pelajar kelas itu. Gulp! Dengan bersusah payah mereka menelan air liur.
"Dah kenapa dengan diorang?" Jun Hae berbisik kepada adiknya. Tangan adiknya di cuit sedikit.
"Entahlahh.. asal takut sangat dengan pengetua? Aku tengok pengetua biasa saja.." kata Jin Hae. Jun Hae hanya mengangkat bahu. Dia kembali menyandar di kerusi miliknya sambil berpeluk tubuh. Terasa bosanlahh pulak!
Dia kembali baringkan kepalanya di atas meja beralaskan lengan. 'Tidur lagi baik!' Gumam Jun Hae. Sedar tak sedar, Jun Hae terlelap tanpa disedari adik kembarnya. Yelahh.. fokus 100% dekat cikgu agaknya!
"Dah².. cikgu nak kamu semua pilih tiga acara yang kamu betul² confident boleh buat.. had maksimum, dua! Lagi satu acara adalah saringan.. cikgu bagi masa 10 minit untuk discuss.. bincang sekarang!" cikgu Kim memerhati setiap wajah pelajar. Macam² ekspirasi ada! Tak sanggup mungkin~
Mata cikgu Kim singgah pada tempat anak buahnya. Buntang matanya melihat Jun Hae terlentok sedap di atas mejanya. Cikgu Kim berjalan ke arah meja guru. Dia mengambil sesuatu dia dalam laci.
1 saat
2 saat
3 saat..
Pok!
"Arrrggghhhhhh!" Meraung Jun Hae. Terus tegak badannya di tempat duduk sendiri. Dia memegang kepalanya yang pedih.
Satu kelas terperanjat dengan raungan Jun Hae. Adiknya turut terkejut. Hampir tercampak pen yang di pegang.
Jun Hae tak mengendahkan mereka. Melilau matanya memandang meja. Kapur?!
Automatik dia melihat hadapan kelas. Cikgu Kim sedang berpeluk tubuh melihatnya sambil tersenyum. Jun Hae juling.Jun Hae berpeluk tubuh lalu menyandar pada kerusinya. Dia mengeluh kasar.
"Cik Jun Hae, bosan sangat ke kelas saya?" cikgu Kim menyoal. Dengan pantas, Jun Hae mengangguk.
"Sangat bosan, cikgu!" Jun Hae membalas berani. Satu kelas melopong dengan keberanian Jun Hae kepada cikgu disiplin itu. cikgu Kim sebaliknya. Dia senyum. Jun Hae tahu ada makna di sebalik senyuman itu.
"Bosan ke? okeyy.. cikgu ada 'sesuatu' yang akan membuatkan kamu tak jadi bosan.." cikgu Kim mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Pendrive?
Terkebil² mata Jun Hae melihat gelagat unclenya itu. Pelajar lain berpandangan sesama sendiri. Nak buat apa dengan pendrive tu?
"Hanbin, mari sini!" panggil cikgu Kim. Hanbin berkerut dahi tapi di turutkan jugak panggilan itu.
"Kenapa cikgu?" Hanbin berdiri di sebelah cikgu Kim.
"Tolong pasangkan projektor.." Hanbin turutkan saja. Dia memasang projektor lalu di halakan ke arah tempat tayangan. Dia memasukkan pendrive di tempatnya seperti mana di arahkan oleh cikgu Kim. Selesai kerjanya, dia kembali ke tempat.
"Terima kasih.." ucap cikgu Kim lalu mengambil satu remote kawalan projektor. Dia membuka satu file folder di dalam pendrive itu.
Klik!
"Sukan Tahunan kali ke 17, Busan Highschool.." cikgu Kim membaca tajuk video itu. Terbeliak mata Jun Hae. Manakala Jin Hae, pandang tak percaya.
"Habislahh kau, kak!" Jin Hae menepuk bahu kakaknya. Jun Hae menelan air liur. Dia tahu, uncle memang licik membuatkan dia tak senang duduk.
"Alahh cikgu.. apa ni?! Ni cerita lamalahh cikgu!!" Jun Hae sudah panas punggung. Dia tahu jugak yang dia bakal di timpa malapetaka sekejap lagi.
"Lama ke? Baru dua tahun lepas.." balas cikgu Kim. Jun Hae kematian kata².
"Cikgu--"
Klik!
"Sukan tahunan Busan Highschool kali ke-17!!!" Bergema suara pengacara sebaik sahaja video di mainkan. Melopong pelajar kelas itu melihat acara sukan sekolah itu. Sangat meriah!
Klik! Klik!
Cikgu Kim melajukan video itu. Sampai pada satu acara, dia mula memainkan.
"Acara seterusnya, 100 meter katogari perempuan kelas satu! Para atlet sila masuk ke lorong masing².." satu kelas senyap melihat video itu. Jun Hae sudah mahu pitam.
"Sedia.."
Mereka tidak dapat melihat kerana video itu di rakam agak jauh. Tidak jelas wajah² pelari.
Pang!
Kedengaran tembakan permulaan.
"Woahh!!!!!" Gema sorakan sangat kuat kedengaran. Para peserta mula pecut.
Zup!
Terkejut mereka melihat kelajuan seorang peserta lari itu.
Pitt~!!
"Nampaknya, queen balapan telah mencipta rekod baru dengan masa 9.79 saat!!!!!" Terlebih semangat pengacara mengendalikan acara itu.
"Woahhh!!! Jung Jun Hae! Jung Jun Hae! Jung Jun Hae!" Para penyokong melaung nama itu.
Klik!
Video di hentikan.
Satu kelas tergamam melihat wajah yang di rakam itu. Jun Hae?!
Jun Hae meraup wajahnya. Haaa.. apalahh nasib aku!
"Masih bosan dengan kelas saya?" cikgu Kim mengangkat kening menyoal Jun Hae. Jun Hae mendengus kasar.
"Memandangkan kita ada queen balapan, cikgu dah tetapkan.. kamu akan masuk 4 acara.. 100 meter, 100 meter berpagar, 4X100 meter dan lompat tinggi.." cikgu Kim bersuara selamba. Satu kelas melopong. Biar betik! Heol! Pelajar tidak dibenarkan masuk acara lebih daripada tiga! Sekarang, apa cerita?! 😨
"Nnnnnnoooooooooo!!!" bergegar sekolah dengan jeritan Jun Hae.
End flashback
°tbc°
Heheheheh.. chap kali ni hnya untuk flashback XD jngan marah~~ nnti cepat tua XD takut husband korang lari pulak XD kahkahkahkah
YOU ARE READING
[Slow Update] H.A.T.E [to] L.O.V.E
Hayran KurguJung Jun Hae, mempunyai seorang adik kembar, Jung Jin Hae. Kembar itu merupakan King perempuan pertama Busan Highschool. 2 tahun lepas, kembar itu menetap di England atas sebab tertentu dan balik ke tanah air semula. 3 tahun di Busan, sekali lagi ke...