Chapter 2

90 7 0
                                    

Buk!

Tergolek dua makhluk berlainan jantina yang berlanggaran. Jin Hae menganga lalu pantas menghampiri Jun Hae yang terlentang di lantai koridor.

"Jun!! Kau okeyy?" kalut Jin Hae. Dia membantu kakaknya bangun.

"Adududududu.. aku rasa pinggang aku lari.." Jun Hae bangun lalu membetulkan pinggangnya. Tak mempedulikan gerangan yang di langgarnya tadi.

"Kau ni.. tak reti nak tengok kiri kanan depan belakang dulu ke? Kan dah dapat sakit.." Jin Hae memerli.

"Ewah² makcik ni! Bukan reti nak simpati.. perli depan² pulak tu!" rungut Jun Hae.

"Aku pulak yang ken....." belum sempat Jin Hae membalas, lelaki tersebut mencelah.

"Woii! Dah langgar orang buat cara langgar! Tak reti nak minta maaf ke?!" kasar percakapan lelaki itu. Dia dari tadi melihat perdebatan kembar itu. Kembar ke? Mungkin sebab muka mereka serupa. Hanya yang membezakan adalah warna anak mata mereka.

Agak lama dia terlentang di lantai kerana sakit di pinggangnya akibat di rempuh oleh seekor angry bird yang tak berdisiplin. Dia mengambil keputusan untuk bangun sendiri memandangkan 'angry bird' yang rempuhnya tadi tak perasan dirinya lagi. Nak harapkan bantuan, dua tahun lagi belum tentu dapat!

Jun Hae dan Jin Hae memandang manusia yang memandang tajam ke mereka sambil memegang pinggang kirinya.

"Kau sapa?" lurus Jun Hae.

"Aku sapa? Aku Lee Minho artis terkenal tu.. woii! Aku manusia yang kau langgar secara tak berdisiplin tadi! Boleh kau tanya aku sapa?!" tinggi suara lelaki itu. Jin Hae sudah berubah muka. Takut melihat muka tegang lelaki itu. Dia menyorok di belakang Jun Hae. Jun Hae pulak hanya buat muka selamba.

"Memang padanlah muka kau! sapa suruh jadi tugu negara dekat tengah² koridor ni!" Jun Hae membalas berani. Lelaki itu berang.

"Ewah².. aku pulak yang di salahkan! Kau tu teringin sangat nak pecut ke? Apa kau ingat koridor ni trek balapan?!" perli lelaki itu. Bengang kerana Jun Hae takde tanda² nak minta maaf. Kalau ye pun, sorry lah sikit!

"Memang salah kau pun! Apa kau teringin sangat ke nak jadi tugu tak berbayar dekat koridor ni? Kalau kau tak jadi tugu, aku tak langgar kaulah!" mereka masih tidak mahu mengaku kesalahan. Mahu jugak menang!

"Ishh! Dahlah Jun.. saya minta maaf bagi pihak kakak saya sebab langgar awak tadi.." Jin Hae mencelah walaupun masih takut. Dia membongkok sedikit badannya ingin meminta maaf.

"Sokeyylah! Salah saya juga jalan tak tengok depan." lelaki itu mengalah memandangkan Jin Hae meminta maaf. Tak mahu panjangkan cerita. Dia menjeling Jun Hae dengan tajam.

Dia membuat isyarat mata kepada Jun Hae dengan maksud siap-kau-nanti-

Jun Hae membalas dengan maksud ada-aku-kesah-

"Kami pergi dulu!" Jin Hae cepat² menarik tangan Jun Hae untuk beredar. Mereka dah lambat untuk ke bilik guru gara² pergaduhan Jun Hae dengan lelaki itu.

Lelaki itu hanya memandang dengan ekor mata kembar itu berlalu pergi.

"Pelajar baru? Mungkin~" kata lelaki itu perlahan. Dia berjalan semula gara² 'excident' tadi. Masih terasa ngilu pinggangnya.

'Tapi, asal familiar sangat muka dia? Takkan lah dia......'

Jun & Jin p.o.v

"Kau ni potong stim arr.. baru nak perang dengan mamat muka loji tu.." rungut Jun Hae masih tak puas hati.

"Kalau aku tak potong stim, melalutlah kau dengan mamat tu.. silap² sampai balik kau berdebat.." balas Jin Hae. Jun Hae mencebik.

"Apa² je lah.. hah! Tunggu apa lagi.. masuklah.. nak jadi makguard jaga pintu ke apa?" kata Jun Hae selamba. Kebetulan mereka sudah sampai di bilik guru. Jin Hae menjeling Jun Hae. Jun Hae buat tak tahu.

[Slow Update] H.A.T.E  [to]  L.O.V.EWhere stories live. Discover now