Chapter 3

70 7 0
                                    

"Eyyy! Malangnya nasib aku!" rungut Jun Hae. Dia asyik membebel sepanjang perjalanan menuju ke kelas. Jungkook pulak rimas dari tadi. Bukan apa, rimas + sebal mendengar rungutan Jun Hae. Jimin pula sedang membelek hpnya [handphone yee.. sy shortfom kn] buat apa? Tak tahu.

"Diam boleh tak? Aku selotep mulut kau kang! Membebel mengalahkan ahli sihir!" bebel Jungkook. Entah apa yang malangnya. Bergerak² telinga Jun Hae mendengar bebelan Jungkook.

"Suka aku arr! Mulut aku! Bukan mulut ahli sihir! Ada aku kacau life kau?" balas Jun Hae.

"Memang kau tak kacau life aku, tapi kau kacau ketenteraman aku! Hergh!" Jungkook mendengus lalu berjalan laju ke hadapan. Sakit hati betul!

Jun Hae buat muka. Dia berjalan seiring dengan Jimin. Jun Hae teringat sesuatu.

"Wey! Nama kau apa?" tanya Jun Hae spontan. Jimin terkejut lalu cepat² memasukkan hpnya ke dalam kocek seluar. Jun Hae pelik.

"A... apa?" Jimin soal kembali. Jun Hae buat muka. Bosan betul.

"Aku tanya nama kau apa? Kau takde telinga ea?" kutuk Jun Hae. Haishh!

"A... arrr ye³.. mian.. Park Jimin imnida.. kau?"

"Jung Jun Hae in da school! Nice to know you!" Jun Hae pamer wajah selamba. Jimin tergelak kecil. 'Macam budak²' kata Jimin dalam hati.

"Nice to know u too!" balas Jimin.

Jungkook yang di hadapan, mencebik meluat. Menyampah mendengar sesi kenal tak berapa nak mesra Jimin dan Jun Hae. Bibirnya herot mengajuk percakapan mereka. Dek di lihat Jun Hae, mahu kena balun dah!

"Nice to meet you! Nice to meet you! Berbulu telinga aku dengar. Dari berbulu telinga aku, lagi elok tumbuh rumput terus! Semak betul!" selamba Jungkook mengutuk tetapi perlahan saja. Tak cukup keberanian untuk cakap kuat². Mahu makan penampar jawa milik Jun Hae kang!

Kebetulan mereka sudah sampai di hadapan kelas 4A1. Jungkook pantas menoleh ke belakang.

"Weh minah! Ni kelas kita.. cuma satu aku nak tanya, apa benda yang kau sebut 'malang²' dari tadi?" soal Jungkook. Dia memandang Jun Hae. Jun Hae pandang Jungkook sama.

"Hah? Aku ke? Kau cakap dengan aku ke?" Jun Hae sengaja mencari bahana. Jungkook mahu meletup. Berasap kepalanya.

"Eh tak! Aku cakap dengan pasu bunga belakang kau tu! Nama dia Jun Hae juga!" balas Jungkook bengang.

"Kau panggil 'minah' okey! Bukan JUN HAE! So aku ingatkan, bukan akulah yang kau tanya tu! And satu lagi.. famous jugak kan nama JUN HAE.. sampai pasu bunga pun nama aku!" Jun Hae membalas dengan menekankan perkataan JUN HAE itu.
"Ehh kau! Aku caka......"

"Korang nak masuk ke tak?" Jimin memotong percakapan Jungkook. Jungkook menjulingkan mata ke atas lalu membuka pintu kelas. Jun Hae senyum sinis.

Slide!

Satu kelas mengalihkan mata mereka ke arah pintu. Jungkook dan Jimin tak menhiraukan mata yang memandang mereka. Jun Hae menunggu di luar sebentar. Jungkook dan Jimin berjalan ke arah Cikgu Rain dan bercakap sesuatu. Mereka berdua duduk di tempat masing² apabila Cikgu Rain mengangguk faham.

"Okeyy class.. ada seorang lagi pelajar baru.. kamu boleh masuk.." panggil Cikgu Rain. Jun Hae melangkah masuk. Satu kelas terbeliak apabila melihat Jun Hae. Mereka pandang Jun Hae dan Jin Hae silih berganti kecuali Jungkook dan Jimin. Jin Hae hanya tersenyum. Jun Hae hanya buat tak tahu.

"Kenalkan diri kamu.." Cikgu Rain agak terkejut juga, tetapi di simpan perasaannya. Semasa Jin Hae memperkenalkan dirinya, tidak pula dia menyebut pasal kembarnya. Hanya dirinya saja. Cikgu Rain hanya mengangkat bahu.

[Slow Update] H.A.T.E  [to]  L.O.V.EWhere stories live. Discover now