Chapter 13

31 5 0
                                    

15/2 7:45 a.m.

[Sekolah]

Suasana pagi semakin di hadiri oleh suara² yang datang daripada pelajar awal ke sekolah. Tidak ketinggalan juga Jun Hae dan Jin Hae untuk datang ke sekolah awal.

Jun Hae asyik melihat Jin Hae daripada tadi. Apa kena dengan adik aku ni?

"Pehal pelik sangat perangai kau hari ni?" Jun Hae melontarkan soalan tiba². Soalan itu mengejutkan Jin Hae yang di sebelah.

"Pelik? Apa yang peliknya?" hekelehh.. 'aku tanya, boleh pulak dia tanya balik' gumam Jun Hae geram.

"Boleh kau jawab soalan aku dengan jawapan tak? Bukan jawab dengan soalan!" Jun Hae mahu meletup. Haii.. minah ni!
Buat aku panas pagi².

"Aku biasa je.. mana ada pelik!" balas Jin Hae. Jun Hae mencebik.

"Kau tahu kenapa aku cakap kau pelik?" soal Jun Hae lagi sekali. Jin Hae mengangkat kening seakan² 'kenapa'.

"Daripada semalam, balik dari taman, kau tak berhenti sengih.. aku tanya kau sengih.. sampai rumah, bibik tanya kau sengih, omma tanya pon kau sengih.. sampailahh hari ni, kau buat perangai nak datang sekolah awal, sampai je sekolah, kau sengih.. apa masalah kau ni?" nahh.. bagai peluru soalan keluar dari mulut Jun Hae. Jin Hae juling.

"Apa masalahnya? Ehh.. kau tak pernah ke dengar slogan kata 'mulakan pagi anda dengan senyuman' hah?" Jin Hae menepuk paha Jun Hae yang duduk di atas seat motor.

"Kalau setiap masa senyum, tu gila namanya!"

"Pandai je kau! Siapa ajar?" Jin Hae mengangkat kening berkali².
"Hansol." sepatah perkataan keluar dari mulut Jun Hae.

"Iyelahh sangat dia yang ajar! Kau bukan betul sangat pon." Jin Hae sudah sedia maklum tentang pertemuan semula kakaknya dengan Hansol tempoh hari di taman. Awalnya dia agak teruja tetapi sedih kerana tak dapat jumpa.

Sedang asyik leka bersembang, satu susuk tubuh mendekati kembar itu di parking motor.

"Amboii.. rancak berbual.. sembang apa?" suara itu menghentikan perbualan kembar itu. Mereka berdua menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Ehh Jimin! Morning!" Jin Hae menyapa mesra. Kalau Jun Hae yang sapa, aku rasa korang tak akan percaya.

"Morning.." balas Jimin berserta senyuman di bibirnya. Jun Hae ketawa kecil.

"Aku rasa hari ni memang hari senyum sedunia lahh.." suara Jun Hae di sambut oleh tolehan Jimin ke arahnya. Jun Hae memusingkan kunci motornya di hujung jari sambil buat muka selamba.

"Cik Jun Hae, senyuman adalah penghias wajah.. kalau tak senyum, muka kita akan jadi cencaluk kecut.. macam 'sesetengah' orang tu.." mati sengihan sinis di bibir Jun Hae apabila mendengar perlian Jimin. Jin Hae sudah gelak gila. Sampai meleleh air mata.

Kunci yang di pusing hujung jari Jun Hae automatik di lepaskan ke arah Jimin. Dengan pantas, Jimin menangkap kunci itu sambil ketawa kecil.

"Panas hati aku duduk sini lama²! Aku blah dulu arr! Jin, kunci tu kau pegang! Hergh! Duduk sini lama², ada jugak yang kena ikat dekat ekzos nanti!" Jun Hae menjeling Jimin. Panas hati betul!

Jun Hae turun dari atas motor. Dia menggalas beg sebelah tali saja.

"Haii kak.. takkan terasa kot? Ada feeling jugak kau kan.." Jin Hae memujuk kakaknya. Kang tak pujuk, balik jalan kakilahh aku!

"Tolonglahh! Zaman bila nak terasa² bagai ni! Dah lapok lah! Terasa tu sesuai untuk kau je!" nafi Jun Hae. Tapi memang betul pon. Apa barang terasa ni! Tak rocklahh!

[Slow Update] H.A.T.E  [to]  L.O.V.EWhere stories live. Discover now