Kakiku menuruni tangga perlahan lahan. Dalam hati galak berdoa supaya segala urusanku selepas ini dipermudahkan olehNya. Mata umi dan walid tidak berkelip melihatku. Begitu juga dengan Abang Iq. Mereka melihatku dari atas hingga kebawah kemudian serentak memelukku erat. Kalimah 'alhamdulillah' berulang ulang kali kedengaran dari mulut mereka.
"Cantik anak umi pakai macam ni. Sejuk mata memandang. Kan bang?" Ujar umi.
"Semoga istiqamah ya anak kesayangan walid. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian walid untuk tengok Wani pakai macam ni."
"You look great, Wani. Much better and abang suka. Teruskan dengan cara pemakaian macam ni. Abang support Wani." Abang Iq mengusap kepalaku yang bersarung tudung bawal labuh bidang 60 berkali kali. Abang memang suka buat macam tu dari kami kecil lagi. Suka menyakat aku yang jauh beza ketinggian dari dia. Bila diperhatikan, tinggi aku tak melepasi bahu dia pun. Stress kadang kadang kalau nak bercakap dengan dia. Terpaksa mendongak, baru boleh pandang muka.
"Insha Allah umi, walid, abang Iq. Doakan Wani. Wani dah lambat ni. Majlis Perpisahan Encik Rahmat mula pukul 8. Wani pergi dulu ya." Tangan umi, walid dan abang aku salam. Kemudian segera menyarung stokin pada kaki dan masuk kedalam kereta yang bakal dipandu oleh pemandu walid, Pak Mat kesekolahku. Malam ini, akan ada majlis bagi meraikan persaraan Encik Rahmat, Pengetua International School Bangsar.
Sebaik sahaja kereta yang dipandu Pak Mat memasuki pintu pagar sekolah, debaran yang kian hilang sebentar tadi mula dirasai kembali. Jari aku genggam erat. Kaki mula aku goyang goyangkan. Itu cara untuk aku menghilangkan gemuruh. Pelbagai persoalan mula muncul dalam mindaku. Mereka terima ke? Mereka okay? Mereka akan terkejut ke? Tapi persoalan persoalan itu satu persatu aku tepis. Be positive, Naurah Izwani! Allah ada. Dia akan bantu kau.
*******
Pintu dewan aku tolak. Dan kaki mula melangkah masuk kedalam dewan perlahan lahan. Mata mata yang meliar memandang cuba tidak aku hiraukan. Aku butakan mata dan pekakkan telinga dari melihat dan mendengar bisikan juga tundingan jari saat aku mengambil tempat disebelah rakanku, Zu. Dia juga bereaksi yang sama dengan mereka, terkejut tetapi sepantas kilat dia memelukku erat dan mengucapkan syukur, seperti apa yang dibuat oleh keluargaku sebentar tadi.
"Wani, I'm happy for you! Kau nampak cantik gila bila pakai macam ni! Ya Allah happynya aku!" Lenganku dirangkul erat oleh Zu. Dan aku membalas rangkulannya sambil tersenyum.
"Wow, sejak bila kau jadi ustazah ni Wani?" Erisa, teman sekelasku mula datang dan duduk dimeja kami. Erisa Airina binti Dato Hussien, terkenal dengan kekayaan dan kecantikannya. Salah satu kerja utama dia disekolah itu adalah, membuat aku tak senang duduk. Ada saja perkara yang dia tak puas hati dengan aku. Bila tak dilayan, mulalah melenting tak tentu pasal.
"Tak payah layan." Bisik Zu disebelah. Aku membalas dengan isyarat tangan 'okay' padanya.
Imej baru aku mula mendapat perhatian isi dewan malam itu. Yalah, siapa tak terkejut bila melihat Naurah Izwani yang dulunya bertudung pendek dan sangat tidak kisahkan aurat juga agamanya kini sudah bertudung labuh, lengkap dengan pakej stokin dan handsock lagi. Semuanya bermula sejak detik pertemuannya dengan Kak Dena di sebuah kedai buku tiga minggu lalu.
*******
Beg dan segala isinya segera digagau untuk mencari tisu bagi mengelap air yang tumpah dan terpercik pada pakaian milik wanita dihadapannya. Rasa serba salah kian menebal didada kerana terlanggar wanita itu dan menyebabkan bajunya basah terkena air kopi. Tulah Wani, lain kali jalan tengok depan. Bukan tengok phone pada tangan! Kan dah terlanggar orang. Ish. Disebabkan rasa bersalah yang terbuku didada, aku mengajak wanita yang memperkenalkan diri sebagai Kak Dena tu untuk minum bersama. Nak ganti air dia yang tumpah ke lantai tadi. And dia pun okay je. Senyum je. Dahlah cantik. Cair aku tengok. Kami ke sebuah cafe dalam Mid Valley."Lah, ni kenapa Wani pandang akak macam nak telan masuk dalam perut ni? Takut akak tau." Kak Dena buka mulut tanya sebab nampak mata aku tak lepas dari pandang dia.
"Kak, may I ask you a question?" Soal aku sebelum membuka mulut untuk bertanyakan soalan seterusnya.
"Silakan sayang. Tanya apa apa. Insha Allah akak jawab semantap boleh hehe." Kak Dena tersengih menayang giginya.
Walaupun baru berapa minit kenal, tapi aku boleh rasa Kak Dena ni lain dari yang lain. Aku rasa aura dia. Dia senang mesra, tak kisah berkawan dan duduk semeja dengan aku yang bertudung pendek ni. Baru kenal, dah boleh bersayang sayang. Selesa. Tu yang aku rasa. Bila nampak aku mengelamun tu, dia terus cubit pipi aku.
"Tanyalah adik manis. Kalau tak, akak cubit lagi pipi pau tu. Nak?"
"Hehehe okay. Akak jangan kecik hati tau dengan soalan ni. Nak tanya, kenapa akak pakai tudung labuh?" Matanya aku renung dalam.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...