BAB 4

185 11 1
                                    

Lengan abang Iq aku paut. Sekali tengok, aku dengan abang dah macam pasangan suami isteri. Sweet couple! Aku pendek, dia tinggi. Lengan berpaut sesama yang lain. Kalau yang lain tak tahu dia abang aku, memang akan anggap kami ni best couple ever lah! Hehe perasan. Langkah kaki kami seiring menuju ke Butik Qalisya. Sekali lagi, mata aku rambang dengan rekaan jubah terbaru yang baru sampai dari Turki itu. Cantiknya! Hati dah tertambat, memang aku beli. Tak lupa juga, aku capai 3 helai tudung bawal bidang 60 berwarna hitam, pink dan unggu pastel. Aku tak banyak tudung labuh. Jadi nak tambahkan koleksi, aku beli banyak banyak. Saat aku nak keluarkan purse dari dalam beg tangan, abang Iq terlebih dahulu menghulurkan 3 keping not RM 50 kepada cashier itu. Aku pandang pelik abang. Abang pandang aku. Dia kenyit mata and buat gerak mulut "abang belanja" pada aku. Aduhai. Betullah apa orang kata.

"Bila kita ada niat nak berubah, Allah akan datangkan kepada kita orang yang baik baik untuk membantu penghijrahan kita"

Aku bersyukur urusan aku untuk menutup aurat dipermudahkan olehNya. Tempoh hari, Kak Dena belanja aku. Semalam, umi menghadiahkan beberapa helai jubah dan blouse labuh kepadaku. Katanya, dia beli sebagai hadiah penghijrahan aku. Hari ini, Abang Iq pula. Terima kasih Allah. Murah rezeki. Aku kemudiannya berterima kasih kepada abang. Kami meneruskan perjalanan. Tangan kanan masih memaut lengan Abang Iq. Tangan kiri pula menatang plastik jubah dan tudung yang dibeli tadi.

*******
Sementara menunggu Abang Iq keluar dari tandas, aku duduk dibangku berhampiran sebuah kedai didalam Mid Valley itu. Tiba tiba, bahuku ditepuk lembut oleh seseorang dari tepi. Terhenjut bahuku kerana terkejut. Bila toleh kesebelah, ya Allah aku terus bangun dan segera memeluk tubuh wanita itu. Kak Dena!

"Ya Allah Kak Dena! Rindunya dekat akak! Tak sangka boleh jumpa lagi dekat sini. Masha Allah kuat betul jodoh kita ya." Ujarku sambil mengenggam erat tangannya setelah pelukan dilepaskan.

"Hahaha akak pun rindu pada Wani juga. Maaf ya tak dapat nak contact Wani. Akak busy sikit dengan study. Ni baru lepas exam week, jadi free sikit. Singgah sini nak cari buku masakan, terserempak pula dengan Wani dekat sini, tu yang akak tegur tu. By the way, you look so beautiful in this kind of wearing" Kak Dena melarikan jarinya dari atas tudung labuhku hingga kebawah kasut Converse yang tersarung dikakiku sebelum mengambil tempat disisi. Kami ada bertukar tukar nombor telefon waktu hari perkenalan kami 3 minggu lalu dan berjanji untuk selalu berjumpa.

Perbualan kami dimatikan dengan deheman dari Abang Iq. Aku bangun diikuti Kak Dena. Aku kemudiannya memperkenalkan Kak Dena pada abang dan mempelawa dia ikut sekali minum petang bersama kami. Dan Kak Dena berbesar hati untuk mengikuti kami. Sampai sahaja di CAFE MINI, aku dan Kak Dena duduk sementara Abang Iq pergi ke kaunter untuk memesan minuman.

"So, taknak cerita macam mana korang boleh kenal?" Abang Iq mengambil tempat bertentangan aku yang duduk disebelah Kak Dena. Kak Dena memandang aku dan memberikan isyarat untuk aku ceritakan pada abang tentang perkenalan kami. Aku pun buka mulut dan ceritakan. Sekali sekala Kak Dena menyampuk dan nampak jelas abang Iq mengangguk angguk mendengar cerita kami.

"Murah rezeki adik saya ni. Haritu, Cik Dena belanja dia jubah. Hari ini, saya pula. Terima kasih sebab bantu dia jadi muslimah yang awesome. I'm impressed bila tengok Wani yang sekarang. Dah semakin lemah lembut dan menebal sifat malunya." Ujar abang. Aku pula dah tersipu sipu. Haa tengok, menebal kan malu aku ? Hehehe.

"Tak payahlah panggil Cik cik ni. Panggil Dena saja. Terasa janggal pula kalau ber cik cik." Kak Dena menutup mulutnya sambil ketawa diikuti senyuman dari abang.

Okay, J have an idea. Great idea! They look great together. Why not kalau kita jodohkan je diaorang berdua ni..... okay idea dah sampai. Kena cepat beritahu umi dan walid! Abang dah 21 tahun. Kak Dena pula 19 tahun. Maknanya, dua tahun lebih muda dari abang. Okay cantekkk. Perfect sangat dah ni!

"Apa yang duk sengih sorang sorang dari tadi ni Wani? Mengelamun je tahu budak ni!" Abang Iq melambai lambaikan tangannya dihadapan muka aku. Kak Dena pula mencuit lengan aku.

"Eh haha mana ada mengelamun. Idea best tiba tiba datang pula."

"Idea apa?" Soal Kak Dena dan abang Iq serentak.

"Ni cakap serentak ni dah kenapa? Haa elok nikahkan je korang berdua ni haaa." Aku mula tersengih sengih. Kak Dena dah tersipu malu sambil mencubit lengan aku. Tak sakit pun. Cubit manja je.

"Merepeklah dia ni. Karang tinggalkan dekat sini kang. Balik jalan kaki, nak?" Abang mula memberi amaran. Eleh, memang taklah dia nak tinggalkan aku. Abang jenis yang overprotective. Sejak kami kecil lagi, dia yang selalu jaga aku. Kalau aku kena buli dekat sekolah dulu, dia yang akan datang marah budak budak yang buli aku tu.

"Alah, tinggallah. Wani boleh balik dengan Kak Dena. Kan kak?" Ujarku sambil memaut lengan Kak Dena.

"Eh, akak taknak masuk campur. Haa, balik sendiri hehehe." Kak Dena berseloroh. Amboi, backup abang nampak. Ni mesti ada apa apa ni. Mesti ni! Muncung aku mula kelihatan. Kemudian aku dah berpeluk tubuh.

"Okay fine!" Marahku. Walaupun aku tahu abang takkan sesekali meninggalkan aku disini dan Kak Dena akan menghantar aku kerumah jika betul abang meninggalkan aku, aku tetap nak merajuk. Tak kira, abang dengan Kak Dena kena pujuk cepat!

"Hahaha alalala dah merajuk buah hati abang ni. Dah dah, jom balik. Nanti kita makan aiskrim okay?" Abang mengusap lembut kepalaku. Kak Dena pula sudah menarik narik hujung tudungku. Senyuman terukir kembali. Aku memang bukan jenis yang merajuk lama lama. Kalau ada yang pujuk, aku terus okay. Lagi lagi kalau abang datang pujuk. Memang sekejap je baik balik.

Setelah melambai pada Kak Dena, kami pun terus menuruni lif untuk ke basement. Kereta abang diparking disana. Sempat lagi aku berseloroh.

"Abang, Kak Dena cantikkan?" Dan abang hanya tersenyum dan mencuit pinggangku. Aku tergelak. Sesuai dah ni. Okay sangat dah.

El NaurahWhere stories live. Discover now