"Besar dah puteri walid. Dah jadi isteri orang."
Tersentak aku yang sedang termenung memerhati orang menurunkan khemah dihalaman rumah. Kepala aku pusingkan untuk mencari arah suara walid.
"Eh walid, maaf ya. Wani tak perasan walid tadi." Aku terus merapatinya. Kerusi kosong disebelahnya ditepuk tepuk, isyarat supaya aku duduk disitu. Aku mengambil tempat disebelah walid dan memandangnya. Wajahnya tenang, seperti biasa. Namun aku dapat mengesan riak sedih diwajahnya. Walid tak gembira ke ? Tiba tiba tanganku digenggam.
"Dulu, tangan ini kecil sangat. Comel, macam si empunya. Si empunya inilah yang tiada siapa berani mengacau kerana walid dan abangnya sentiasa ada disisi melindungi. Si empunya inilah yang menyerikan hidup kami dengan telatah manjanya. Walaupun Wani sudah dewasa, dimata walid, Wani masih nampak seperti seorang kanak kanak yang sentiasa perlu dilindung."
Air mataku mengalir.
*******
Wow. Awkwardnya. Aku pandang muka dia, dia pandang muka aku. Tak ada apa kami boleh buat dekat bawah. Semua ahli keluarga aku paksa kami duduk dalam bilik. Mereka nak biarkan kami berehat untuk majlis dirumah Aiman pula esok. Kerja dekat bawah, mereka akan settlekan. Kami pun angguk sajalah. Sekarang bila duduk berdua ni, rasa lain macam pula malunya. Yang dia ni kenapa? Pandang je muka aku dari tadi, tak bosan ke? Nanti belum setahun dah meluat tengok muka aku kalau setiap saat tenung je gitu.
"So, hai. Nama saya Aiman Raykal." Tiba tiba yang sebelah ni berbunyi. Aik, ingatkan tak ada suara. Rupanya ada. Dah kenapa kenalkan nama dia ni? Aku tahulah nama penuh dia. Pernah sekelas dulu kan. Dahlah ayat macam time sesi perkenalan awal tahun dekat tadika. Ke, dia tak ingat aku?
"Hai, saya Naurah Izwani. Umur saya 20 tahun, dulu saya berjuang nak dapatkan sijil SPM saya di International School, Bangsar. Kalau Aiman perasan, saya sekelas dengan Aiman. Pernah datang jumpa ibu Aiman tapi saya rasa Aiman dah lupa saya. 3 years ago, kan?" Haa, kepoh kan? Kalau dia tak kenal aku, meh aku bagi biodata. Makanan kegemaran nak tahu sekali tak? Geram pulak aku. Nah, ambik kau!
Nampak dia tergelak tutup muka. Lah, kenapa gelak pula? Aku tak buat lawak. Serious gila ni. Cucuk lubang hidung tu kang!
"Firstly, ibu. Bukan ibu Aiman atau Umi Wani. Sekarang, ibu dan abah saya dah jadi ibu dan abah Wani juga. Same goes to umi dan walid Wani, dah jadi umi dan walid saya juga. Secondly, I never forget you. You are still in my mind. Sampai sekarang. Sebab tu saya suruh ibu meminang awak."
What........ is going on here? Aku salah dengar ke aku tak korek telinga betul betul? Dia ingat aku? Walaupun baru 3 tahun berlalu lepas kitaorang tinggalkan zaman sekolah, but still.... dia ingat? Aku mula gabra, tangan boleh tahan sejuk dah ni. Jap dehem dulu, betulkan suara dulu.
"Oh...."
Lah, tu je yang keluar ke Naurah Izwani? Berdehem punyalah kuat, ciput tu je? Nampak nau gabra habis lepas tahu dia yang suruh ibu masuk meminang kau! Maknanya dia memang suka aku ke ni? Ke... cane?"Oh je ke? Tengok tadi macam nak cakap panjang, sekali yang keluar ciput je." Aik? Awat sama apa mamat ni cakap dengan apa yang ada dalam kepala aku ni?
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...