Mangkuk laksa yang sudah kosong dihadapan aku tenung. Kemudian mata dialihkan kearah squad bola sepak sekolah yang sedang rancak berlatih di tengah padang. Respect aku dengan mereka ni. Matahari tengah tegak atas kepala pun, mereka masih gigih berlatih. Yalah, final tournament dah nak dekat. Kali ini lawan pula dengan International School kedua terbaik dekat Kuala Lumpur. Nak ambil tempat kami lah tu. Sekolah aku ni, International School terbaik di KL. Oh lupa, umi dan walid hantar aku kesini untuk buat aku rasa selesa nak belajar. Tak ada niat nak tunjuk kekayaan. Harta dunia, bukan milik kita.
Korang tahu jelah kan, kalau private school, international school, kebanyakan pelajar dalam ni anak orang orang kaya. Sekolah ni pun tak mewajibkan semua pelajar perempuan untuk bertudung. Kalau ada yang baik tu, aku bersyukur sangat. Tapi ada juga sesetengah yang layan aku teruk. Tak boleh tengok perubahan aku ni. Yalah, dari tudung pendek, tukar tudung labuh bidang 60. Dari singsing lengan, aku pakai handsock. Bila berjalan pun, mereka pandang aku pelik. Yang ejek pun ramai je. Tapi aku lebih suka pekakkan telinga. Zu dan Ain pun tak suka kalau aku layankan mereka. Biarkan katanya. Nanti mereka penat, diamlah tu.Bercakap pasal Zu dengan Ain... mana diaorang ni? Lama dah aku terpacak dekat kantin ni. Kata nak study sama sama, sebab tu aku gigih duduk sekolah sampai petang macam ni. Kalau tak, waktu waktu macam ni, aku dah duduk dekat rumah tolong umi.
"Hah, mengelamun!" Sergah Zu sambil menepuk meja kaca kantin itu. Terhenjut bahu aku kerana terkejut."Kau nak bagi aku mati cepat ke? Kalau ya, tembak je aku. Tak payah buat macam ni. Kalaulah gugur jantung aku tadi. Ish!" Bebelku sambil mengurut dada. Sebenarnya tak terkejut sangat pun. Cuma saja bagi effect lebih hehehe.
"Tulah makcik, dah kau berangan tadi. Sampai aku dengan Zu tarik kerusi depan kau pun kau tak perasan." Ain yang dari tadi terkekeh kekeh ketawa mula bersuara.
"Dahlah. Tak payah nak gelak sangat. Ni aku nak tanya, kenapa lambat? Aku dah habis makan, korang baru sampai. Adalah juga 15 minit macam tunggul duduk sini sorang sorang."
"Alahai aasif lah. Kami habis kelas lambat sikit hari ini. Cikgu bagi extra exercise sheets tadi. Lepas tu pergi solat. Tu jadi lambat. Dah, jom mula study. Karang makin lambat pula nak balik." Zu memberi alasan.
"Kut iya pun semangat nak SPM, order lah makanan dulu dey!"
********
Kaki melangkah kearah bilik mandi. Nak siapkan diri untuk tidur. Badan letih duduk tak bergerak atas kerusi meja study tadi. Baca pulak subjek sejarah. Lagi letih + mengantuk. Muka dibersihkan dengan menggunakan pencuci muka Tia Emilia dan kemudiannya ditepek dengan krim malam. Aku bukannya pandai sangat nak lawa lawa ni. Cuma kebersihan tu aku titik beratkan. Tak suka muka kotor berminyak. Sebelum tidur mesti kena mandi dulu. Tak selesa tidur kalau badan berpeluh. Aku orak langkah ke ruang rehat di tingkat satu. Banglo tiga tingkat milik walid kelihatan sunyi. Mungkin yang lain sudah masuk tidur usai solat isya' berjemaah tadi. Cuma aku saja, nak hilangkan bosan tengok televisyen. Ada movie apa yang best malam ni? Amboi Wani. Mentang mentang esok cuti. Kau ambil kesempatan ya.
Tiba tiba dari dapur, aku dengar sayup sayup bunyi laci dibuka. Kemudian bunyi peti ais ditutup pula kedengaran. Siapa yang tak tidur lagi waktu macam ni? Ada pencuri masuk ke? Ya Allah tangan dah mengigil. Kalau pencuri masuk, aku nak buat apa? Nak panggil walid, bilik umi dengan walid dekat tingkat 3. Kalau aku naik, dia pasti perasan. Okay tak apa, aku pergi tengok dulu. Kut iya bukan pencuri. Perlahan lahan aku menapak kearah dapur. Suis lampu aku petik kemudian cepat cepat aku buka langkah. Macam langkah silat pun ada tapi bukan langkah silat. Lebih kepada penumbuk kehadapan dan kaki terkangkang. Okay tak lawak. Takut punya pasal, takut dia apa apakan aku."Wani? Ni dah kenapa nak bersilat tengah tengah malam ni? Mengigau ke?"
Aik? Suara dia seperti kukenal. Tapi dimana ya? Ehhh itu suara Abang Iq. Mata yang dari tadi pejam, aku buka. Lah, Abang Iq rupanya. Aku gelak sendiri.
"Lah, gelak pulak? Ish menakutkanlah Wani ni. Dahlah sekarang dah pukul 12 lebih. Kenapa tak tidur lagi?" Abang Iq cuak tiba tiba.
"Tak payah buat muka macam tulah bang. Wani nak tengok movie tadi. Bila dengar bunyi dekat dapur, Wani ingatkan pencuri. Sekali, rupanya ada orang tu bangun duk selongkar peti ais malam malam macam tikus. Ey."
"Apa pula muka abang Iq yang hensem ni awak pergi samakan dengan tikus adik oi!" Bukan nak bangga diri, tapi muka Iq memang hensem pun. Ikut raut wajah Walid. Muka putih merah, sekali tengok macam Fahrin Ahmad. Dua kali tengok macam Aaron Aziz. Haa bayangkan hensem macam mana hahaha.
"Yalah bang Iq. Apa apa sajalah. Ni alang alang dah bangun ni, jom! Teman Wani tengok movie. Lagipun bukan senang abang nak tengok tv dengan Wani. Balik dari Mesir pun tak selalu kan. Cuti panjang nilah golden opportunity untuk adik abang ni habiskan masa dengan abang" Lengan Abang Iq aku paut. Dah sedia nak seret dia pergi ruang tamu dekat depan.
"Okay princess. Tak boleh nak tolak." Muka Abang Iq rela je bila aku tarik dia tengok cerita The Conjuring. Nasib baik tak tolak. Kalau tak, backhand hehehehe.
********
"Ni nak tarik abang pergi mana ni? Dahlah semalam dah dera abang sampai pukul 3 pagi. Nak dera abang lagi hari ini?" Ujar Abang Iq bila aku masuk ke biliknya dan ajak dia keluar. Saja saja aku ajak dia, nak pergi cari jubah lagi dekat butik yang pernah aku jejak dengan Kak Dena tempoh hari."Wani nak beli barang sikitlah bang. Alah Zu dengan Ain takboleh teman. Diaorang ada extra class. Jomlah bang. Okay?" Raut muka dah aku ubah seperti meminta simpati. Sengaja aku cebik cebikkan bibir dan kerlip kerlip mata depan Abang Iq.
"Okay okay! Nasib baiklah abang ni baik. Dan nasib baiklah abang ni cuti 3 bulan je. Kalau tak, memang gue ngak layan permintaanmu ini." Usik Abang Iq. Dia terus mengarahkan aku tunggu dihalaman rumah kerana dia hendak pergi bersiap dulu.
Rumput buatan dihalaman rumah aku kuis menggunakan kaki. Kemudian terlihat kelibat Abang Iq dipintu utama rumah. Terus badanku membolos kedalam keretanya sebaik sahaja dia membuka lock kereta. Dan kereta Mini Cooper milik abang Iq laju membelah jalan raya.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...