Rabbi yassir wala tu'assir.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan olehNya. Dan semoga majlis yang sederhana ini mendapat berkat dari Allah. Amin.
Aku mengenggam erat tangan Yuni dan Kak Dena dikiri dan kanan tanganku. Biasan cermin yang menampakkan mukaku yang telah siap disolek tipis itu kutenung. This is the day. Hari yang dinanti nanti oleh semua terutama sekali umi dan walid. Kemudian aku berdiri, menilik jubah berwarna soft lavender yang tersarung ditubuh. Umi beri ini semalam. Jubah loose cut yang sangat cantik. Sedikit manik dikiri dan kanan lengan baju, juga di bahagian leher. Rekaan yang tidak menonjol. Sangat sesuai dengan warna kulitku. Pandai umi pilih. Dia kata, hadiah terakhir dari seorang ibu kepada anak bujangnya. Lepas ini dah bukan bujang lagi, kata walid. Dah ada suami, dah ada tanggungjawab yang perlu dijaga.
Tiara kecil diatas kepala yang bersarung wideshawl ungu lembut kuperkemaskan. Pintu bilik dikuak dari luar. Tersembul muka umi, walid dan abang. Automatik air mataku mengalir. Tak kisahlah kalau bedak ni nak comot ke apa, yang penting aku tengah sedih. Terbayang hidupku tanpa umi dan walid disisi. Tanpa abang yang sentiasa ada saat jatuh bangun aku. Tubuhku pantas dipeluk abang.
"Kenapa my princess menangis ni? Cheer, sayang. Today is your big day." Abang mendongak daguku agar mataku memandangnya. Pantas aku seka air mata yang mengalir tanpa henti.
"I just feel upset. It will never be the same as before after this."
"It is. Infact, it will be better than before. In 30 minutes, you'll have someone that will protect you, love you and guide you to His Jannah. Patut bersyukur tau sebab sekarang ni Wani dah ada 3 bodyguard. Walid, abang dan lepas ni, Aiman. Kak Dena pun ada dua je." Abang cuba menepis sedih yang sedang merundung hati aku sekarang. Dia cuba ketawa, tapi aku boleh lihat dari matanya, dia turut sedih seperti aku.
Walid menggamitku supaya mendekati dia dan umi. Tanganku digenggam utuh.
"20 tahun Walid lindungi Wani. Sejak Wani lahir hingga besar panjang. Wani sentiasa nampak seperti seorang bayi dimata Walid. Sentiasa nampak kecil dan harus dilindungi. Walid sedar sekarang, yang Wani sudah meningkat dewasa. Bakal menjadi isteri orang. Disunting oleh si mujahid agama. Walid harap Wani berjaya dunia akhirat, menjadi seorang isteri yang solehah untuk suami Wani. Taati dia sepenuh hati Wani. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Jadi seorang yang disenanginya. Insha Allah kami akan doakan kebahagiaan dunia wa akhirat buat satu satunya mawar agama kami, Naurah Izwani." Air mataku menitis satu persatu mendengar pesanan Walid. Tidak dapat menahan sebak didada mengenangkan setiap pengorbanan yang dilakukan Walid buat aku. Umi dan Walid sentiasa menginginkan yang terbaik buat aku dan Abang. Walau terpaksa bergadai nyawa untuk melindungi kami sekeluarga. Ya Allah, rahmatilah mereka dan ampunkan segala dosa dosa mereka. Berikanlah kepada mereka sebuah pengakhiran yang baik.
Umi tidak dapat berkata apa apa. Sebak dan hiba tetapi dia tetap menahan air matanya dari gugur dihadapanku. Umi dan Walid memelukku erat. Diikuti abang serta Kak Dena. Pintu sekali lagi diketuk, sepupuku mengisyaratkan agar aku bersedia, kerana si bakal suamiku sudah sampai dan menunggu masa untuk menerima akad. Yuni pantas mengesat air mata yang bersisa dihujung mataku dan mengenakan bedak disitu. Kemudian lenganku dipaut, dan telah bersedia untuk keluar menyusul keluargaku.
********
Bismillah."Aku terima nikahnya Naurah Izwani binti Mustapha dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai."
Saat kalimah 'alhamdulillah' dilafazkan oleh tetamu yang hadir menyaksikan ijabkabul kami, aku terus memeluk umi. Masih terkejut, masih terkedu. Tapi aku harus menerima kenyataan. Dia dah jadi suami kau, Wani. Walau macam mana sekalipun, dia dah jadi suami kau. Waktu sesi pembatalan air sembahyang, aku boleh pula buat kalut. Malu malu nak pegang tangan lelaki yang sudah selamat bergelar suami. Saat jari disarung cincin, aku pantas menarik tanganku dan kusorok dibawah tudung. Tergelak dia. Tetamu pun turut gamat ketawa. Bilamana tiba masa untuk aku sarungkan cincin dijari manisnya, aku cuba mengawal getaran ditangan. Getaran jiwa lagilah! Mahu nak terkeluar jantung aku dupdapdupdap dari tadi. Akhirnya boleh juga kawal. Time cium dahi tu lagi haru. Dah dia tengah cium dahi aku, aku pergi cengkam baju dia. Gabra punya pasal, malunya hanya Allah saja yang tahu. Yang photographer ni pun satu hal juga. Nak lama sikitlah, shoot banyak banyaklah. Oi, aku yang haru tau tak!
*******
Kejutan yang sangat tak aku sangkakan. Tulah, salah kau juga! Kenapa tak tanya umi nama penuh dia? Kenapa tak selidik betul betul pasal dia sebelum nikah? Haa kan dah tak kenal. Sempat ternganga juga waktu aku turun tangga untuk keruang tamu tadi. Kalau tak disiku lengan oleh Yuni, memang mengalir air liur. Mahu taknya, muka pengantin lelakinya aku kenal sangat, dan semestinya aku ingat sangat sangat! Aiman Raykal. Ya, classmate waktu aku disekolah dulu. Macam mana aku tak terfikir yang Aiman tu adalah Aiman Raykal?Tanganku kini sedang berada didalam genggamannya. Aku melihat saja dia menyapa tetamu dikiri dan kanannya. Kadang kadang aku turut sama menyapa dan menyambut huluran salam bagi yang perempuan. Sesekali dia tunduk memandangku. Bertanya sama ada aku okay atau tak menggunakan isyarat matanya. Aku mengangkat tangan, okay.
Tiba tiba pinggangku dicuit. Terhenjut bahuku akibat terkejut. Nasib baik tak buka kuda kuda. Bila aku pandang kebelakang, wajah Zu dan Ain menyapa mata. Ya Allah! They are here! Rindunya! Mahu saja aku menjerit disini. Tangan Aiman aku lepaskan seketika. Aku memeluk erat tubuh kedua dua sahabatku yang sangat aku rindui.
"Happy newlywed, Wani! Terkejut aku bila kau cakap kau nak kahwin. Terus aku tempah tiket flight balik Malaysia. Tak sangka, jodoh kau sampai lebih awal dari kami." Zu melepaskan pelukan dan menggapai tanganku
"Haah, aku pun sama. Terus aku fly balik sini. Nasib baik dapat attend wedding kau. Selamat pengantin baru ya. Semoga cepat cepat dapat baby. Cepatlah aku jadi makcik. Ouch!" Lengan Ain aku cubit. Kemudian mata meliar kearah sang suami yang sedang elok berdiri disebelah. Aik, kenapa dia tutup muka pakai songkok? Tiba tiba dadanya berombak perlahan. He's laughing, silently! Oh, gelakkan aku ya. Nanti kau!
"Kau ni kan, malulah aku haaa kau ni." Suara aku perlahankan. Taknak si suami yang sedang memasang telinga tu dengar. Malu kuasa dua aku! Zu dan Ain tergelak besar melihat muka gelabah aku. Kemudian mereka meminta diri, terpaksa balik terus ke sana kerana masih ada kelas yang perlu dihadiri. Tak apa, datang sekejap pun jadi. Asalkan aku dah lepaskan rindu aku pada mereka, dahlah. Sempat mereka berpesan pada Aiman dan Yuni, minta mereka tengok tengokkan aku di Malaysia. Ceit. Tahulah aku jaga diri sendiri.
Usai menghantar pemergian mereka dengan ekor mata, tanganku disentuh seseorang. Bila aku toleh, dia sedang memandangku dengan mata redupnya.
"Jom, pergi dekat ibu dan abah. Umi dan Walid sekali." Katanya sambil jari tangan kiri menuding kearah ibubapa kami yang sedang rancak berbual diruang tamu rumahku. Aku hanya mengangguk dan menyambut huluran tangannya.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.
Setelah 4 pasang tangan kami cium, Aiman duduk melutut dihadapan ibubapa kami dan memohon keredhaan mereka. Dia juga memohon doa supaya rumahtangga kami diberkati dan dirahmatiNya. Tersentuh hatiku melihat dia melutut begitu. Dia sangat taat pada orang tuanya, malah sangat menghormati ibubapaku. Aku dapat rasa, yang dia adalah orang yang baik baik. Moga Allah campakkan rasa kasih dan sayang dihati kami berdua diantara satu sama lain. Allahuma ameen.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...