BAB 2

261 11 0
                                    

Kak Dena terdiam lama. Dan aku masih setia menunggu jawapannya. Air didepan mata tidak berusik dari tadi. Tak sabar nak dengar buah bicaranya.

"Wani tahu tak, pakai tudung tak wajib." Ujar Kak Dena sambil mencapai gelas dihadapan mata dan menyedut sedikit air bagi menghilangkan dahaga.

Muka aku berkerut. Eh, pelik!

"Wait wait. Bukan pakai tudung wajib ke?" Aku melepaskan persoalan yang terbuku sebentar tadi.

"Bukan pakai tudung. Pakai tudung tu tak wajib. Tapi tutup aurat yang wajib. Pakailah apa apa saja, asalkan tutup aurat. Nak pakai tuala, silakan. Tapi dah diberi kemudahan, dah disediakan tudung berlambak jual dekat kedai. Jadi, gunakan kemudahan itu dengan sebaiknya. Tapi kena ingat, waktu pilih tudung, kita kena pastikan, tudung tu elok. Tak jarang tak pendek semua. Senang cerita, tutup apa yang perlu ditutup. Dan, tutup aurat bukan sekadar tutup rambut. Kena ingat, lengan dan kaki juga aurat. Bila keluar, pastikan pakai stokin, pakai handsock. Disebabkan itu adalah tuntutan, jadi akak ambil jalan senang, pakai tudung labuh. Sebab banyak je zaman sekarang ni, tudung tudung yang dipakai semuanya tak menepati syariah. Jadi bila nak tutup aurat, tutup aurat betul betul. Ambil langkah jaga jaga." Panjang lebar penerangan dia. Dan aku hanya mampu mengangguk dan mengiyakan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Kak Dena. Ya, semuanya betul. Dan i wonder kalau...

"Dik, jom. Nak ikut akak tak?" Soal Kak Dena tiba tiba.

"Pergi mana?"

"Pergi syurga. Hehehe jomlah. Akak nak belikan something. Sebagai balasan belanja akak minum ni."

"Eh, Wani belanja sebab nak ganti air akak yang tumpah tadi. Ni akak nak belanja Wani pulak?"

"Ikut jelah adui awak ni." Lenganku ditarik perlahan dan aku hanya mengikuti langkahnya yang laju tapi tenang itu. Sampai saja didepan butik pakaian Muslimah, mataku mula rambang melihat jubah dan tudung tudung labuh. Eh, cantik. Semua cantik. Lagi cantik dari tudung tudung pendek yang selalu aku pakai.

"Pilih cepat. No worries. Akak belanja." Ujar Kak Dena.

"Aduh tak payahlah kak. Menyusahkan je." Dahlah baru sehari kenal. Ni dah nak belanja aku pula. Malu pula dengan Kak Dena.

"Alah, ambil je. Anggap ni hadiah dari akak, tanda ukhuwah yang baru kita jalin tadi. Okay?"

Okay, aku tak mampu nak tolak tawaran Kak Dena. Kaki mula menapak disetiap penjuru butik itu. Jubah hitam bermanik menarik perhatianku. Cantik, manik tak banyak. Tak menonjol dan tak sarat. Kalau manik sarat, pasti akan tarik perhatian orang yang lalu lalang. Tapi ni, just nice! Kak Dena dah capai satu tudung labuh warna cream dan diletakkan diatas jubah itu. Cantik kombinasi. Pandai Kak Dena pilih. Dia tanya aku suka ke tak, aku angguk je lepas tu dia terus letak dekat kaunter. Tangannya cepat mencapai sehelai handsock hitam dan juga stokin berwarna cream, diletakkan bersama jubah dan tudung labuh diatas kaunter tadi. Siap, masuk beg plastik dah.

Dan malam ini di Majlis perpisahan pengetua kami, aku memakai jubah dan tudung bawal pemberian Kak Dena itu. Sama macam apa yang dia pakai waktu kami mula mula jumpa dulu. Berjubah dan bertudung labuh. Sangat cantik, sangat selesa. Dan cara pemakaian inilah yang menarik perhatian semua. Kerana imej Naurah Izwani yang berubah 360°, kerana Naurah Izwani yang dahulu dah tiada. Yang tinggal kini, Naurah Izwani baru yang mempunyai azam untuk kembali kepada fitrahnya. Untuk kembali mencari Tuhannya. Umi dan walid pasti sangat bersyukur. Merekalah orang yang sangat menginginkan anak tunggal perempuan mereka ini berubah kearah yang lebih baik. Satu satunya anak perempuan mereka, pasti mereka mahukan yang terbaik. Alhamdulillah, aku dapat tunaikan hasrat mereka.

El NaurahWhere stories live. Discover now