Lukisan inai yang menghiasi pergelangan tangan aku pandang. Esok. Esok aku bakal menamatkan zaman bujang aku. Lepas ni dah tak boleh keluar sesuka hati. Lepas ni dah tak boleh malas malas. Dah tak boleh manja dengan umi macam selalu. Dah kena matang. Kena jaga makan minum suami. Suami? Aku tak fikir pasal bakal suami aku langsung. Siapa dia, nama penuh dia pun aku tak tahu. Yang aku tahu, nama dia Aiman. Tu je. Perlu ke aku whatsapp dia? Number dia aku ada. Umi bagi. Tapi dalam tempoh sebulan ni, tak pernah sekali pun aku whatsapp atau call dia. Entah, aku tak rasa nak tahu pun. Mungkin aku kena contact dia. Tanya khabar, dan tanya dia sendiri macam mana keadaan disana.
Bismillah, iphone kucapai hati hati. Takut terkena inai diatas tangan ni. Cacat nanti, jadi tak syok. Nasib baik jari jari ini belum diinai. Katanya malam ni, bagi merah sikit. Kalau inaikan awal awal, esok dah cair warnanya. Itu kata Kak Denalah. Aku pun ikut saja mana mana. Nombornya aku cari di contact whatsapp. Ada, dan online. Alamak, tak ada gambar pula. Hanya gambar pemandangan di sebuah pantai menghiasi default picture nya. Okay bismillah.
"Assalamualaikum. Ini Aiman kan? Mungkin awak tak kenal siapa saya, jadi saya perkenalkan diri. Saya Wani. Naurah Izwani. Bakal isteri awak."
Terketar ketar jari aku untuk type benda ni semua. Lagi lagi bila tiba part "bakal isteri" tu. Eh, bluetick. Okay, typing pula. Jari dah terketar balik. Sekali tengok, macam parkinson pun ada. Gabra.
"Waalaikumussalam. Ya, saya kenal awak. Umi awak ada beri number awak pada saya."
-Aiman.Wow. Umi dah bertindak dulu dari aku. Goodjob, umi. Senang kerja Wani.
"Boleh saya tanya, macam mana persiapan belah sana?"
"Dah hampir siap. Cuma masak masak saja yang belum. Lepas majlis esok dirumah awak, terus gotong royong belah sini pula."
-AimanOkay, he's nice. Alhamdulillah. Tiba tiba dia typing lagi.
"How about you? Dah sedia untuk jadi isteri saya?"
-Aiman.Gulp. Tertelan terus air liuq den. Kenapalah dia boleh tanya soalan maut macam ni? Tak tahu aku nak bagi respond apa pada dia.
"Sedia tak sedia, I have to be your wife juga by hook or by crook. Ada pilihan lain ke? Rasanya tak. Haha."
"Good answer. Jangan terkejut esok. Okay, I got to go. There's something that I have to settle down. They need my help. See you tomorrow, insha Allah. Assalamualaikum."
Terus last seen. Aku tak sempat respond apa apa lagi. Jawab salam dia pun dalam hati. Jangan terkejut? Apa maksud dia? Okay curious dah nak tahu ni. Tak tahu nak korek rahsia dari mana. Umi? She will never tell. Walid? Dapat sengih kerang busuk jelah. Mereka dah komplot awal awal dengan Aiman lah tu. Suprise apapun, nak tahu, kena juga tunggu esok.
Iphone ditangan aku tatap. Hati dapat rasa yang he is a nice guy. Cara percakapan dia pun, okay. Tak kekwat. Wallahualam lah kalau dia cuma berlakon untuk impress bakal isteri dia acewah sampai kesitu pula hang fikir, Wani! Tak apa, apa apapun, aku percaya Allah. Aku percaya umi dan walid. Mereka tak akan beri sesuatu perkara yang tak dapat membahagiakan anaknya. Umi dan Walid setuju mesti ada sebab. Mesti punya.
Dah, nak pergi jenguk apa yang patut dekat luar. Nak bantu, tak boleh sebab tangan berinai. Kelihatan sepupu sepupuku sedang membantu memasukkan goodies kedalam bagnya. 80% siap dah tu. Tinggal tunggu disusun dalam kotak saja. Khemah dah sedia terpasang diluar. Sukalah budak budak berlari bawah khemah tu.
Tiba tiba rasa satu perasaan yang aneh menyusup masuk kedalam hati. Rasa sayu dan bahagia bercampur aduk. Semoga Allah permudahkan segalanya esok. Aku hanya bergantung harapan padaNya. Sebab Dialah yang mengetahui segalanya.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...