Aduh aku nak buat apa ni? Macam mana aku nak duk berinteraksi dengan dia? Dahlah aku tak pernah bercakap langsung dengan dia. Macam mana nak settlekan kerja dengan dia kalau kami tak pernah bercakap? Confirm awkward nanti!
Kenapa kau ni, Naurah Izwani? Semuanya sebab waktu Pendidikan Islam tadi. Ustazah Maria minta kami buat satu slide powerpoint tentang Masyarakat Jahiliyah Arab sebelum dan selepas kedatangan Islam. Okay, itu tak ada hal sebab aku memang minat topik Sirah. Tapi.... kenapa aku kena satu kumpulan dengan mamat tu? Mamat pendiam, Aiman Raykal? Aduh gawat! Dahlah ahli lain dalam kumpulan aku semuanya peminat si Raykal ni. Tak ke bertambah gawat tu?
Macam mana nak bekerjasama dengan baik kalau tugasan pilih ketua kumpulan pun, kami berbalah? Eh, bukan aku yang mulakan. Erisa yang asyik mempertikaikan mengapa aku dilantik oleh Ustazah Maria untuk memegang jawatan ketua kumpulan itu. Aku tak kisah, tapi tolonglah tunjuk hormat depan Ustazah. Takkanlah nak tunjuk ketidakmatangan depan ustazah? Aku malu.
"Tak apalah. Kalau erisa taknak saya jadi ketua, pilihlah orang lain. Awak pun boleh jadi ketua. Mungkin awak lebih hebat handle kumpulan." Ujar aku sambil tersenyum sehabis ikhlas. Kalau ikutkan ego dan perangai aku yang dulu, memang dah aku cili cilikan mulut dia ni. Ish, istighfar Wani.
Erisa membalas dengan cebikan dan muka tak puas hati. Dan jarinya pantas menuding jari pada Raykal yang sedari tadi tunduk diam sambil tangannya membelek buku "Untuk Kita Pendosa". Mungkin malas mahu melayan perbalahan kecil kami.
"Pilih je Raykal jadi ketua. Dia hebat dalam semua benda kan? Bukan macam kau. Tak tahu apa apa. Kang hancur slide kita. Time tu, haa gelabah kau." Cebik Erisa. Qairina yang dari tadi terjeling jeling Raykal juga mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Erisa.
"Maaflah. Saya rasa Naurah lebih layak. Mesti dia akan senang berurusan dengan kamu berdua sebab kamu sama sama perempuan. Kalau saya jadi ketua, mungkin akan susah untuk saya berhubung dengan kamu semua." Terang Raykal. Pelik aku, dalam ramai ramai orang dalam sekolah ni, semua yang kenal aku, akan panggil aku dengan panggilan "Wani". Tapi dia seorang je yang gelar aku "Naurah". One in a million. Eh wait. First time kut aku dengar suara dia secara depan depan macam ni. Selama ni, memang dia takkan bercakap dengan aku atau didepan aku. Wah, pecah rekod! Finally!
Ustazah Maria terus mencatat nama aku sebagai ketua kumpulan 2. Mungkin dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Raykal tadi. Atau mungkin dia tak mahu melambatkan tugasnya.
"Okay, Wani akan jadi ketua kumpulan 2. Tugasan ini, saya bagi masa 3 minggu untuk siapkan. Bila dah ready nak present, inform saya seminggu sebelum. Saya nak booking bilik presentation awal awal." Terang Ustazah Maria sebelum beralih ke meja kumpulan lain. Aku mengangguk dan mencatat info info itu didalam notebook ditangan. Pandangan tajam Erisa dan Qairina sejak dari tadi tidak kuhiraukan. Ah, lantak! Asalkan, slide kumpulan kami siap dengan bergayanya. Raykal juga aku tak pandang sejak dari tadi. Nak buat apa pandang? Nak kena telan?
*******
Lengan abang aku paut erat. Begitu juga dengan lengan Kak Dena. Berat hati aku untuk melepaskan mereka pergi. Tempoh cuti abang sudah habis. Dan dia perlu kembali menyambung pengajiannya disana. Kali ini bukan keseorangan, tapi berdua bersama cinta hatinya, Kak Dena."Wani, kami pergi tak lama. 6 bulan tu sekejap je. Pejam celik pejam celik, abang dengan Kak Dena dah terpacak depan rumah kita untuk cuti semester." Abang Iq mengusap kepalaku yang sedari tadi elok terlentok dibahunya. Aku mengeleng beberapa kali.
"Wani, nanti kami balik ya sayang? Tapi ambil masa sikit untuk kita kembali skype macam dulu sebab akak kena uruskan kemasukan akak disana." Kepalaku kembali diusap. Kali ini bukan Abang Iq, tapi Kak Dena.
"Aaaaa tengok tu! Jangan tinggal Wani!" Mataku mula berair. Sedikit masa lagi, mesti bocor empangan ni. Aku sudah merengek dibahu abang. Keriuhan orang disekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini tidak aku hiraukan. Yang penting, aku sedih!
Pandangan Kak Dena dan Abang Iq bertemu. Mereka kemudiannya tersenyum lebar melayan kerenah kebudak budakanku. Umur dah 17 tahun, dah layak jadi mak budak dah. Tapi perangai macam budak umur 7 tahun! Wani, oh wani.
Mata yang sedari tadi pejam, kubuka. Aku dapat merasakan yang abang sedang ketawa kerana bahunya terhinjut hinjut dari tadi. Takkan menangis pulak sebab aku dengar dengan jelas bunyi tawa halusnya yang cuba ditahan tahan. Bila aku toleh ke kiri, Kak Dena sedang menutup mulutnya dengan tudung. Toleh kedepan, umi dan walid sudah tersengih sengih. Okay fine, lengan abang aku lepaskan. Badan kemudiannya aku peluk menggunakan kedua dua lengan. Mulut dah muncung. Pujuk cepat!
"Wani sayang, tak baik menangis teruk macam ni. Rasulullah tak suka. Nak menangis, boleh. Tapi jangan meratap. Kami pergi takkan lama. 6 bulan tu sekejap. Abang dengan Kak Dena akan pasti balik kesini jika diizinkan Allah. Bila kami balik Malaysia nanti, kami janji kami akan luangkan 100% masa dengan Wani. Wani nak pergi mana, kami bawa. Wani nak makan apa, kami belikan. Tapi sekarang, apa yang kami minta dari Wani ialah, Wani doakan kami disana. Doakan kami baik baik saja dan dipermudahkan segala urusan kami oleh Allah. Boleh sayang?" Abang Iq kembali merangkul erat bahuku. Okay, abang tak pernah gagal memujukku. Aku redha lepaskan mereka. Moga mereka balik membawa kejayaan dan dapat membantu ummah. Amin.
Pengumuman flight kapal terbang dari Malaysia ke Mesir kedengaran. Sampai masa untuk aku lepaskan mereka pergi.
Abang dan Kak Dena bersalam salaman dengan umi dan walid. Aku dapat merasakan yang umi berat hati untuk melepaskan anak lelaki tunggalnya pergi. Dan tidak seperti sebelumnya, kali ini double kesedihan kerana dia juga harus melepaskan menantunya pergi. Walid nampak tenang.
Sampai saja mereka didepanku, aku mencium tangan abang dan Kak Dena . Abang membalasnya dengan mengucup ubun ubunku. Ciuman dipipi Kak Dena juga tidak aku lupa. Sebelum mereka melangkah pergi, aku memeluk kedua dua mereka erat. Kalau boleh taknak lepaskan. Biar mereka tertinggal flight dan duduk je dekat Malaysia and we will live happily ever after. Ah berangan! They will go no matter what. Kau kena terima hakikat yang mereka takkan ada dengan kau selama 6 bulan ni.
Mataku kembali berair apabila abang bercakap sesuatu dari gerak bibirnya sambil jalan mengundur ke belakang. Gerak mulutnya dapat kufahami dengan jelas.
"May happiness be with you, princess."
Tangan tidak berhenti melambai sehingga susuk tubuh mereka hilang disebalik balai berlepas KLIA itu. Wani, kau sado.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...