BAB 11

136 7 0
                                    

Credit to: Hanisalysa
Syukran khairan for the cover photo.

Usai membersihkan diri, cermin yang membiaskan diri kutenung lama. Kalau boleh, dah tembus dah cermin tu. Berlubang besar dek pandanganku. Tangan pantas mengagau isi beg silang yang terdampar elok diatas katil. Iphone dicapai dan nombor abang ditekan. Abang, please answer my call. I really need you right now. Seketika kemudian, salam kedengaran dihujung talian sana. Alhamdulillah.

"Waalaikumussalam, abang. Wani ada benda nak cerita dengan abang. Wani tak tahu macam mana Wani nak mulakan. Tapi umi dengan walid panggil Wani balik sini bukan saja saja. Wani dah buntu ni, abang. Wani tak tahu apa Wani nak jawab dengan umi dan walid dua tiga hari lagi ni. Wani.."

"Cup cup cup. Slow slow cerita, Naurah Izwani. Kejap. Abang nak save assignment abang kejap. Lepas tu Wani cerita ya." File assignment pantas Iq simpan. Kalau laptop terpadam, selamatlah assignment dia. Tak payah dia bersengkang mata buat lagi satu copy. Bila urusannya sudah selesai, tumpuan kembali dialih pada Wani yang tengah berserabut tu. Dah tahu sangat dah apa yang sebenarnya berlaku. Umi dan walid dah cerita beberapa hari lepas.

"Okay, you may proceed now." Mendengar greenlight dari abang, aku terus menghamburkan segala cerita. Dari awal aku melangkah kembali ke Bangsar, hingga ke perbincangan kami sekeluarga. Tiada satu pun yang tertinggal. Abang mendengar dengan khusyuk. Kadang kadang diselangi dengan bunyi aku mengeluh, dan diiringi dengan bebelan abang. Katanya tak baik mengeluh. Ini semua aturan Allah.

"Okay listen. Firstly, abang dah tahu pasal ni. Umi dan walid dah cerita pada abang beberapa hari lepas. Satu yang abang boleh cakap, this is all for your own good. Wani sendiri tahu kan, semua yang terjadi ni atas kehendak Dia. Jadi bila benda ni jadi pada Wani, mesti ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Apa apapun, berbaliklah pada Dia. Wani buat solat istikharah macam apa yang umi suruh. Minta pada Allah." Lembut suara abang menutur kata.

"Tapi abang, semua ni tiba tiba. Drastic sangat. Wani tak tahu apa nak buat. Wani kena jaga hati umi dan walid. Tapi Wani betul betul tak bersedia, abang."

"Wani, apa yang abang nak cakap ni mungkin sama dengan apa yang umi dan walid cakap. Wani dah besar, dah pandai dan faham selok belok rumahtangga. Ini semua untuk kebaikan Wani. Umi dan walid taknak tengok Wani kehulu kehilir keseorangan. Walid risau. Umi lagi risau. Zaman sekarang ni Wani, macam macam berita mereka dengar. Mereka nak, anak mereka ada pelindung. At least bila Wani dah kahwin, dah ada suami, suami Wani boleh protect Wani. Hilanglah sikit kerisauan umi dan walid. Wani anak yang baik kan? Adik yang baik juga."

"Tapi bang, Wani tak kenal dia. Kalau Wani tak kenal dia, macam mana Wani nak cintakan dia?" Lirih suaraku mengadu pada abang.

"Cinta boleh dipupuk selepas nikah, Wani. Itu lebih berkat. Wani tahu kan, tak wujud couple couple sebelum nikah. Haram semuanya. Wani tengok contoh terdekat, abang dan Kak Dena sendiri. Kami tak pernah keluar berdua duaan, bersembang dalam phone pun tak pernah sebelum nikah. Tapi bila dah kahwin, bahagia je. Elok je, hidup ke kami. Siap dah ada dua anak lagi. Haa." Abang Iq tergelak dihujung talian. Saja nak girangkan hati adiknya yang sedang berduka lara itu.

Yeah. Abang was right. Umi dan walid buat semua ni untuk kebaikan aku. Cinta tu, insha Allah aku boleh pupuk untuk suami lepas nikah nanti. Tanggungjawab, insha Allah aku akan pikul sebaik mungkin. Apa yang penting sekarang, umi dan walid. Aku nak mereka happy dengan keputusan aku.

Redha Allah terletak pada redha ibubapa.

Dan ya, kalau aku bahagiakan mereka. Aku akan dapat redha mereka.

"Insha Allah, Wani akan cuba yang terbaik. Apa apapun, Wani serahkan pada Allah. Terima kasih, abang." Kalau abang ada depan mata, memang dah lama aku peluk dia. Tapi apakan daya, abang beribu ribu batu jauh dari aku.

"Okay, no biggie sweetheart. For you, anything will do. Can I go to sleep now?"

Okay, aku terlupa! Jam dinding disudut bilik aku pandang. Cuba mencongak perbezaan waktu Mesir dan Malaysia. Ya, 6 petang di Malaysia sekarang. Ini bermakna, di Mesir sedang tengah malam. Ya Allah, kesiannya pada abang. Dia sanggup teman aku dan gadaikan waktu tidurnya. Aku meminta maaf padanya beberapa kali sebelum menamatkan talian.

"Like what I said before, for you, anything. Don't feel guilty. That is my job. I'm your brother. Okay little sister, I have to go. Missing you. Can't wait to be back in Malaysia. Send my regards to umi, walid and Kak Dena. Ciumkan anak anak abang untuk abang sekali. Take a good care of yourself. Goodbye. Assalamualaikum."

Talian dimatikan selepas salam Abang aku jawab. Rasa sesak yang sejak tadi berbuku didada hilang serta merta. Benarlah, abang ada aura memikat. Memikat orang dengan nasihatnya yang sangat lembut. Untung Kak Dena.

Siapapun dia yang bakal menjadi suamiku, aku akan belajar mencintainya dengan sepenuh hati. Aku akan belajar mentaatinya, dan insha Allah menjadi isteri yang solehah buatnya. Amin. Semoga Allah membuka jalan kepadaku.

El NaurahWhere stories live. Discover now