Stress betul dengan minah dua orang ni! Kalau ikutkan hati, dah lama aku tarik tarik rambut so called ikal mereka tu. Kalau satu hari tak menyusahkan kerja aku, tak boleh ke? Tak aman hidup? Aku duduk semeja dengan Raykal, sebab nak bincang tentang slideshow kumpulan. Bukannya saja saja nak menggedik dengan lelaki pojaan hati kauorang ni. Aku pun tak hingin lah! Lagipun kami bukan duduk berdua. Ada Zu dengan Ain sekali sebelah aku tadi. Kalau berdua, kalau cakap lagha, kalau saja saja, aku tahu salah. Ni tak! Untuk kebaikan kumpulan kita juga.
Ni apa ni Wani? Mengamuk ni?
Semua sebab Erisa, Qairina dan konco konco mereka tulah. Jeling jeling lepas tu bisik bisik lepas nampak aku duduk dengan Raykal. Sebenarnya, Raykal yang ajak berjumpa untuk selesaikan sikit kerja kumpulan kami. Dia tak akan minta tolong pada Erisa sebab dia pasti Erisa tak akan selesaikan kerja kerja ni sebelum deadline. Sebab tu dari pukul 2.30 petang tadi, aku, Zu dan Ain dah tercongok dekat meja kantin sekolah kami. Eh jap, fuyo. Pecah rekod dunia betul bila Raykal text whatsapp aku suruh jumpa. Pelik juga dari mana dia dapat nombor aku, tapi bila Zu sengih kerang busuk, aku dah boleh agak siapa yang bagi.
Dia kata, kalau tak keberatan, dia jemput aku kerumahnya untuk menghabiskan sisa sisa kerja kami. Dia juga ada jemput Zu dan Ain, tujuan untuk temankan aku agar aku tak rasa malu dekat sana nanti. Elok juga, tak adalah aku keras sangat. Kehadiran kami disambut baik oleh umi dan babah Raykal, Puan Humaira juga Encik Uthman. Aku tersengih sengih bila umi Raykal memelukku. First time jumpa, confirm awkward punya! Aku ada perasan juga, umi dan babah Raykal berbisik bisik sesama sendiri memandangku bila aku melintas depan mereka untuk ke dapur meletak piring kuih muih tadi. Entah apa yang mereka bualkan, aku pun tak tahu.
Akhirnya, siap juga slideshow kumpulan kami. Tinggal nak email kan pada cikgu saja, dan sudah pasti itu merupakan kerja aku sebagai ketua kumpulan. Harap harap tugasan kami ni diterima baik oleh Ustazah Maria. Sebelum berangkat pulang, sekali lagi Puan Humaira memelukku dan mempelawa kami datang ke rumah mereka lagi. Raykal yang sejak dari tadi membisu, mengukirkan senyuman nipisnya kepadaku. Okay, hari ini aku dapat tengok senyuman dia. Walaupun nipis, tapi hm macam mana nak cakap eh, tapi manis. Dan menenangkan.
Eh Naurah Izwani, kau dah kenapa?
******
Pagi itu disekolah, puan pengetua kami yang baru, Puan Salmiah menasihati calon calon SPM untuk melimitkan masa belajar kami. SPM tinggal seminggu, dan ini bukannya masa untuk memerah otak dan memasukkan fakta fakta yang belum diketahui kedalam kepala. Tetapi ini adalah masa untuk bertenang dan membaca, mengingati nota nota poket yang telah disediakan. Otak perlukan rehat dan ia perlu bersedia untuk memuntahkan segalanya diatas kertas peperiksaan nanti. Selain itu, cikgu juga mengingatkan untuk sentiasa melakukan solat hajat, memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Kami sudah berusaha dari awal tahun, maka sekarang adalah masa untuk bertawakal kepada Allah.Aku menumpukan perhatian kepada buah bicara pengetua. Debaran SPM kian terasa. Perasaan aku bercampur baur. Antara takut dan tidak sabar untuk menempuh Sijil Pelajaran Malaysia. Aku mula merangka dalam kepala apa yang bakal aku lakukan setelah tamat kertas terakhir SPM. Universiti mana yang bakal aku jejaki, kerja apa yang bakal aku lakukan. Tetapi satu yang aku selalu ingatkan, aku merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Dia adalah yang terbaik. Setelah aku berusaha, kini segalanya aku letakkan diatas tanganNya. Kerana aku percaya, Dia mempunyai perancangan yang lebih baik dari perancanganku.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...