BAB 10

144 6 0
                                    

"Tapi umi.."

Langkah kakiku jadi tak tentu arah. Kepala ligat berpusing mencari idea untuk membantah keputusan umi dan walid. Bukan untuk menjadi anak derhaka. Tapi aku tak bersetuju dengan keputusan mereka. Ini soal masa depan. Bukan benda kecil yang kami sedang bincangkan sekarang.

"Naurah Izwani, umi tahu Wani anak yang baik. Wani tak pernah bantah cakap umi dan walid. Umi dan walid cuma nak tengok Wani bahagia, sayang. Apa yang kami buat ni, semuanya untuk Wani. Tak salah Wani terima keputusan kami." Umi menggamitku supaya duduk disebelahnya. Aku mengeluh, tapi kaki tetap juga melangkah kearah Umi yang sedang duduk disebelah Walid. Walid diam membisu dari tadi.

"Tapi Wani belajar lagi umi. Biarlah Wani habis belajar dulu. Tak lama. Lagi dua tahun nak habiskan medic tu Umi. Walid.." Tangan Walid aku gapai. Cuma meraih simpati. Air dikelopak mata cuma aku tahan. Tak mahu menangis depan kedua orang tuaku.

"Wani, umi dan walid buat ni bersebab. Walaupun Wani belum habis belajar, lepas nikah nanti boleh sambung lagi. Tak ada halangan untuk Wani. Wani kan anak yang baik? Ya sayang." Tangan aku pula digenggam erat oleh Walid.

Ya, bernikah. Kahwin. Diusiaku yang baru mencecah 20 tahun, umi dan walid menyatakan hasrat mereka untuk melihat aku berkahwin. Itulah sebab mereka menelefon aku dan menyuruh aku balik kerumah kami di Bangsar. Hanya untuk menyampaikan bahawa aku, Naurah Izwani akan bernikah tak lama lagi.

Aku mengeluh lagi. Sedaya upaya aku lembutkan suara dan menyusun ayatku supaya setiap apa yang bakal aku perkatakan tidak akan menyinggung perasaan kedua orang tua yang amat aku cintai ini. Air mata yang sudah jatuh aku seka dengan hujung lengan jubah. Aku tahu, jika mereka terluka dengan kata kata aku, aku bakal berdosa. Berdosa kerana telah menyakiti hati mereka yang sudah banyak berjasa denganku.

"Boleh bagi Wani masa? Untuk fikir. Perkara ni perkara besar. Wani tak dapat fikir sekarang. Dalam dua tiga hari lagi, insha Allah Wani bagi keputusan."

"Boleh, sayang. Umi dan Walid sedia mendengar keputusan Wani. Umi tahu, anak umi ni tak akan hampakan harapan kami. Anak umi anak yang baik. Buatlah solat istikharah, minta petunjuk dari Allah Azza Wajala." Muka umi aku tatap. Bersilih ganti dengan muka walid. Lama. Air mata yang dari tadi mengalir, aku sapu lagi. Kemudian meminta diri untuk naik keatas membersihkan diri.

"Apa yang kita buat ni, adalah yang terbaik buat anak kita kan bang?" Hajah Maisarah menatap wajah suaminya. Senyuman manis dibalas.

"Insha Allah. Kita ikut apa yang Allah dah tetapkan buat dia. Perancangan Dia lebih baik."

El NaurahWhere stories live. Discover now