BAB 6

187 6 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Aidena Iris binti Mursyid dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Kak Dena selamat bergelar isteri kepada abangku. Abang tersenyum lebar tatkala melihat Kak Dena tersipu malu saat dia menyarungkan cincin dijari manis isterinya itu. Kak Dena ni, dengan suami yang sudah halal pun, dia malu malu. Sifat malunya sangat menebal dalam diri. Untung abang kerana mendapat seorang wanita yang sangat menjaga.

Majlis diadakan secara kecil kecilan. Kata umi, akad nikah itu yang penting. Majlis jangan besar besar sampai membazir. Cukuplah hanya dengan menjamu orang makan dan memberitahu jiran juga keluarga yang mereka sudah dinikahkan. Abang nampak ceria hari ini. Kak Dena pun sengih lebar lain macam. Aduh, sukanya tengok mereka. Bercinta selepas nikah.

"Hah mengelamun lagi!" Pipiku terasa dicubit sekuat hati. Aduiiii gila aaaa! Aku toleh kesebelah, melihat orang yang sudah mengambil tempat dikerusi kosong sebelah. Muka rasa panas. Ada yang mati harini karang.

"Kau ni kan Zu! Sakit kau tahu tak?" Marahku sambil mengusap pipi yang sudah merah dicubit oleh Zu. Muka dah cebik tahan menangis.

"Aku baru cubit sikit, kau dah lembik. Dey, kental sikit. Contohilah aku yang sado ini."

Malas nak layan minah ni masuk bakul angkat sendiri. Baik aku melayan perasaan tengok Kak Dena dengan Abang Iq yang tengah rancak berbual dengan umi dan babah Kak Dena tu. Lengan abang erat berada didalam pautan Kak Dena. Nampak berseri seri. Seri pengantin. Hati aku mula sayu tiba tiba bila mata dialihkan dan tertumpu pada abang.

Antara gembira kerana abang dah temui jodoh yang baik, dan sedih kerana perhatian abang akan tidak lagi tertumpu kepadaku. Dua perasaan itu bercampur aduk menjadi satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Sedih bila melihat abang, dia akan memulakan hidup baru bersama Kak Dena. Jauh dari sini di bumi Mesir. Sebak bila memikirkan yang abang tidak akan dapat lagi meluangkan masa bersamaku tiap kali dia balik bercuti ke sini. Yalah, abang dah ada isteri. Takkan nak berkepit dengan aku lagi.

Aku tak ada adik beradik lain. Hanya aku dan abang penyeri rumahtangga umi juga walid. Sepatutnya aku mempunyai seorang adik perempuan. Tetapi disebabkan umi keguguran, kami terpaksa redha akan pemergian adikku itu. Walid bersedih. Tambahan pula rahim umi terpaksa dibuang setelah keguguran. Bermakna peluang untuk umi mendapat anak lagi, hilang selama lamanya.

Abang, tempat aku bermanja setelah walid. Abang, pelindungku. Abang, penemanku. Abang, penyeriku. Abang, segala galanya buatku. Abang ada saat susah senang aku. Dia takkan berganjak dari sisiku.

Aku tahu aku tidak sepatutnya bersedih dihari bahagianya. Aku patut bergembira menyambut kedatangan ahli baru yang bakal menyerikan lagi keluarga besar kami. Senyuman cuba aku tampal kembali diwajah. Langkah mula diatur kearah walid dan umi.

Naurah Izwani, kau sado!

********
"Apa yang duk termenung dekat luar sorang sorang malam malam ni? Nak berkawan dengan pontianak ke? Taknak masuk dalam?" Soal suara yang amat aku kenali dari belakang. Suara itu yang menemani hari hariku sepanjang 17 tahun aku hidup diatas muka bumi milik Allah ini. Suara lembut tetapi tegas milik orang yang sangat bermakna dalam hidupku. Suara seseorang yang sentiasa melayanku dengan baik sekali. Tidak pernah berkasar, tidak pernah menjentikku walau sekali. Abang... suara abang.

Air mata pantas aku seka dengan hujung sweatshirt yang aku pakai sejak tadi. Tapi mata abang lebih pantas mengesan kesedihanku.

"Whats wrong? Hey, kenapa menangis ni?" Air mataku yang berjurai tadi abang seka menggunakan tangannya. Aku terus tunduk dan membisu.

Melihat kebisuanku, abang terus bertanya lagi.

"Beritahu abang, siapa buat adik abang sedih? Cepat beritahu." Matanya tajam merenungku. Air mata kembali membanjiri kelopak mata.

"Wani sedih. Abang kahwin, tinggal Wani." Nafas cubaku kawal. Tidak mahu tergagap gagap bila bercakap. Sendu cubaku hilangkan. Muka abang aku tenung. Raut mukanya tetap tenang.

"Wani rasa, lepas abang kahwin, abang akan tinggalkan Wani?" Angguk.

"Wani rasa, abang tak akan ada masa untuk Wani?" Angguk lagi.

"Then you still don't know me well." Abang mula beralih tempat ke hadapanku. Dia melutut dan tangannya memegang kedua tanganku.

"Abang bukan jenis orang yang akan tinggalkan orang lama kerana orang baru. Hadirnya seseorang yang baru itu membuatkan abang lebih menghargai yang lama. Wani kena ingat, kalau tak ada yang lama, takkan adalah yang baru. Wani perkenalkan abang dengan Kak Dena, kalau Wani tak ada, mungkin kami belum jadi suami isteri sekarang. Wani, abang hidup dengan Wani dah lama. Terlalu lama sehingga abang dah kenal Wani luar dan dalam. Abang tahu Wani akan sedih. Tapi tolong, abang tak akan lupakan Wani. Walau macam manapun, tiap kali abang balik Malaysia, kita akan keluar macam dulu dulu. Kita akan terus pergi makan cendol dekat tepi simpang tiga tu. Kita akan jalan jalan berdua, macam dulu. You will still be my princess. Always do. Tapi sekarang lainnya, dah tambah lagi satu princess lah. Kak Dena. Okay deal? " Abang membuat isyarat "pinky promise" dihadapanku. Dan aku tergelak dengan apa yang baru dia katakan tadi. Hulurannya disambut. Dan kami berpimpinan tangan masuk kedalam rumah. Abang, Wani sayang abang Wani sampai syurga. Abang the best!

El NaurahWhere stories live. Discover now