Prolog

2K 39 0
                                    

LOCENG sekolah berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat. Seperti biasa, aku pergi ke perpustakaan sekolah apabila aku berasa seperti tak ada selera untuk makan. Perut tak rasa nak makan apa pun. Masalah betul. Buku sains setebal 320 muka surat itu aku peluk rapat ke dada. Pintu masuk perpustakaan sudah pun terbuka. Aku pilih tempat dihujung sekali. Tak ramai orang. Macam biasalah. Siapa saja yang nak pergi baca buku masa rehat? Aku sajalah kot. Aku pergi ke rak buku untuk mencari buku tentang kejadian bintang. Ah! Jumpa.

Apasal lah susah sangat nak tarik buku ni keluar? Ada gam ke? Aku tarik dengan kuat dan akhirnya aku jatuh kebelakang tanpa dapat mengambil buku itu. Haih.. Senget dah tudung aku!

"hey.. Sorry about that. I was checking through that book too. I don't know it was you. I thought it is my friends. They like to tease around." jelas seorang budak cina didepan aku. Wait. Budak? Lencana dia warna merah. Form five.. He's a senior. Daniel Lee? Cina? Sepet tapi kacaknya dia. Tak jadi aku nak sound.

"errr.. Dania.." eh.. Macam mana dia tahu nama aku? Tanda nama la..

"apa dia?"

"I erm... Mintak maaf.. Sebab langgar you." kata lelaki itu. Aku pandang ke kiri dan ke kanan, hairan. Tak ada pula budak lelaki cina. Yang ada cuma... Sekumpulan budak lelaki melayu?

Aku segera berdiri apabila dia menghulurkan tangan untuk memberi bantuan. Aku menggeleng perlahan.

"saya tak berhandshake dengan orang lelaki." jelasku. Daniel mengangguk laju. Wajahnya tercalit segaris senyuman.

"mana awak punya kawan?"

"itu yang duduk berkumpulan, tepi kaunter buku.."

What?! Cina ni berkawan dengan budak-budak melayu ni? Wah.. Terharu betul. Memang semangat patriotisme tu ada la.

"serius?" soal ku. Dia tersengih.

"betul lah? Kenapa? you tak percaya? Sebab I cina?" ah sudah.. Main serkap jarang pula si Daniel ni. Baru sahaja kenal buat macam dah lama kenal. Sungguh melayu. Patutlah boleh geng.

"eh.. Mana ada. Saya percaya, saya percaya."

Dia ketawa. Oh Tuhan! Inikah rasanya cinta pandang pertama? Mana mata awak? Kenapa mata awak hilang bila awak senyum? Kenapa saya tersuka mamat sepet macam awak ni? Sungguh once in a blue moon!

"awak ambil la buku ni dulu. Nanti saya ambil pula."

"tak apa, you can have it."

"ambil sahaja lah." aku masih menolak.

Daniel mengangguk tanda mengaku kalah. Dia senyum lagi.

"i will put it at the same place when I'd done with it. Give me 3 days and you can have it after that."

Aku sekadar mengangguk dan membalas senyuman manis itu.

Kringggggg!!!!

"errr Daniel, I got to go."

"hope to see you again."

"and i, you.. Bye." balasku sebelum mengambil buku sains dan terus berlari keluar dari perpustakaan. Bibir menguntum senyuman. Hati berbunga.

suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now