AKU menilik lagi sekali kad yang diberikan oleh Thaqiff semalam dengan bangunan yang berada dihadapan aku sambil silih berganti. Betullah kut, syarikat dia yang ni. Tapi.. LWS Holdings? tengok kad itu sekali lagi, ermm.. Ya. Betul lah yang ini!
"Bismillahirahmanirrahim..." aku membaca bismillah sebelum mengorak langkah kedalam bangunan yang kelihatan minimal dan elegan itu.
"ya, cik cari siapa?" tanya seorang gadis di kaunter pertanyaan dengan sebuah senyuman. Aku turut menghadiahkannya sebuah senyuman juga.
"encik Thaqif," balasku perlahan.
"ada buat appointment? Nama apa ya?"
Erk! Kalau jumpa semalam kira buat appointment juga tak ya? Ah.. Angguk sajalah!
"Dania, Dania Khadijah."
"tunggu sebentar ya, cik?" pinta gadis itu sopan sambil menundukkan kepalanya sedikit.
Aku mengangguk sekali lagi.
"okey cik, encik Thaqiff tengah on the way, tapi dia suruh cik tunggu dia di depan bilik ofisnya. 6th floor."
Kali ini aku terus sahaja menekan butang lif dan menunggu lif terbuka. Haihh.. Lambatnya.
Ting! Lif terbuka. Kosong sahaja, baiklah cik Dania, tarik nafas... Aku tekan butang lif dan lif tertu..
"sorry!" ada tangan menghalang lif dari tertutup. Aku dengan kalutnya menekan butang lif supaya terbuka dengan segera. Lelaki itu segera menyelinap masuk kedalam lif.
"encik Thaqiff?"
"eehh... Cik Dania! What a surprise!" balas lelaki itu dengan ledakan tawa yang kedengaran pelik di telinga aku. Mungkin atmosfera di dalam lif ni lain sikit kut. Jantung aku pun tengah buat kerja lebih masa ni.
"kejutan apanya encik, encik tahu tak encik hampir tersepit tadi?" balas aku semula. Lelaki itu ketawa lagi.
"nasib saya baik,"
"err ya, nasib encik memang.. Baik,"
Lepas itu aku tak toleh lagi ke arah Thaqiff yang segak berpakaian kemeja biru dan kot hitam. Tali leher pula terikat kemas di kolar bajunya. Bau wangian Thaqiff benar-benar bermasalah! memang menusuk rongga hidung aku. nervous punya pasal, aku menggigit bibir. Lambat pulalah lif ni.
Ting! Pintu lif terbuka. Thaqiff dengan sifat gentleman-nya, menunjukkan jalan ke biliknya. Aku cuba mengawal rahang aku daripada terjatuh kerana hiasan bilik lelaki itu memang impressive! Sangat elegan, minimal dan moden. Besar pula tu. Aku mengambil tempat di hadapan Thaqiff dan mengeluarkan resume dari beg.
"so tell me more about you, cik Dania." pinta Thaqiff. Aku menelan liur dahulu sebelum mengangguk.
"jadi, seperti yang encik Thaqiff tahu, nama saya Dania Khadijah binti Farhan. I'm just 26. Graduasi dari Auckland. Saya memang berminat dengan perniagaan dan perdagangan." dengan sekali lafaz sahaja aku menjelaskan semuanya.
lelaki itu tersenyum kecil sambil mengangguk.
"awak dah kahwin?"
Eh, eh.. Soalan apa ni?
"belum."
"baiklah, so welcome to LWS Holdings, make yourself comfortable and your room is beside to mine. If you have anything to ask, feel free to come and see me. I'm counting on you cik Dania."
Alamak! gelabah lah pula bila dia cakap macam tu. Kalau lingkup syarikat dia memang matilah aku.. Aku toleh ke sebelah kanan, dimana terletaknya bilik aku. Wah semuanya dah ada. Macam mana aku boleh nampak? Huh.. Yang pisahkan bilik aku dan bilik Thaqiff hanya dinding gelas lutsinar saja. Aku korek hidung pun agaknya dia tu boleh nampak. Bahaya!
"okay.. Thanks encik Thaqiff."
"Thaqiff will do."
"then, Nia would be fine too."
Kami berbalas senyuman sebelum aku bergegas ke bilik sebelah.
Huh... Kenapa ya lelaki itu sebijik muka dia dengan Daniel tu? Kembar 7 kah? Kacak betul dia hari ini!
Kerja Dania, Kerja!
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...