Bab 17

961 33 18
                                    

HARI ini aku berpenampilan biasa sahaja. Solekan juga sangat tipis. Sekadar tidak nampak pucat. Kenapa? Ya, kerana aku tak ada semangat hendak ke ofis.
Kalau aku pergi ke ofis, aku harus berdepan dengan Daniel Lee a.k.a Thaqiff, kalau aku tak pergi nanti.. apa pula kata ibu? Dah ibarat keluar mulut singa masuk ke dalam mulut buaya. Ibu mesti membebel punyalah! Sungguh, sungguh aku dilanda dilemma sekarang ni.

Apa masalahnya kalau kau ke ofis sekalipun Nia? Ignore je lah dia! Kan boleh? Mana Dania Khadijah yang confident dan professional tu?

Banyaklah professional! Masalahnya keadaan sekarang semakin rumit. Ia melibatkan hati dan perasaan. Conflict of interest, i see! Be professional Nia, you can do it.

Akhirnya, kereta aku berdesup pergi juga ke LWS Holdings. Aku tak boleh macam ni! Aku kena jadi professional. Aku menolak daun pintu bilik ofis aku yang bersebelahan dengan bilik Thaqiff. Okay, lelaki itu masih juga tak kelihatan lagi. Erk. Awal sangat ke aku datang?

Semangat lain macam kau hari ini Nia. Tiba tiba rasa pelik dengan diri sendiri. Malas nak datang atau sebenarnya terlebih excited?

"Aaaaaah.." luah ku geram dengan diri sendiri.

Pintu bilik diketuk dari luar. 2 kali sebelum terbuka. Gerangan yang muncul di hadapan aku memang panjang benar umurnya. Baru disebut, sudah datang. Ada sixth sense ke apa? Dan... macam mana boleh tersama dresscode lagi? Aku pakai tudung biru cair, dia pakai kemeja biru cair. Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan aku dengan tenang dan selesa. Kakinya bersilang.

"Stress sangat ke?" Soalnya dengan suara yang serak.

Aku mengerut dahi dan pura-pura sedang sibuk membuat kerja. Mengelak untuk membuat eyecontact dengan Thaqiff. Kemudiannya dia memangku kepala di meja aku beralaskan tangannya. Fokus aku serta merta terganggu.

"Awak kenapa? Tak ada kerja ke?"

"Awak tu lah kenapa. Dari luar saya baru nak masuk bilik saya terdengar ada orang jerit. Mana tak terkejutnya saya." balasnya semula dengan suara yang ada tak ada. Dah kenapa???

"Kenapa dengan suara awak?"

"dah 5 minit saya dalam ni baru awak nak tanya?"

Aku mengetap bibir. Eleh. Fikir aku nak sangat ke tanya ha?

"jawab je lah Daniel."

"Thaqiff,"

"Eh ya. Maafkan saya, Thaqiff."

Bodoh Dania!! Macam mana kau boleh tersasul? He is not Daniel anymore. Kau terlebih excited ke apa? Rasa nak picit aje mulut dengan penyepit baju.

Thaqiff masih beriak tenang. Matanya tertutup.

"Saya rasa saya tak sihat lah. Sejak semalam lagi." balasnya lemah.

Bergallon2 rasa kesian aku tumpah kepada mamat sorang nih. Tak lama kemudian, aku tersengih keseorangan. Siapa yang culture shock sebenarnya? Saya ke awak ya Thaqiff? *gelak jahat*

Tangan aku secara automatik menyentuh dahi lelaki itu. Damn hot!

"Thaqiff, bangun! Jom pergi klinik sekarang. Badan awak panas sangat ni!"

"Taknak. Tak pe lah."

"Awak jangan degil boleh tak?" Untuk kali pertama, aku memarahi Thaqiff. Uups. Dia bos aku. Tapi lantak lah, kalah kena pecat sekali pun aku tak kisah. As long as dia sihat.

Dia mengangkat kepala dan senyum.

"Baiknya Dania Khadijah saya ni.."

Meremang bulu roma 4 saat.

Dania Khadijah saya????

Oh, my!

Rileks Nia, jangan tunjuk sangat gelabah dan gedik tu! Aku menyembunyikan senyuman.

Aku akhirnya bangun bersama Thaqiff dan segera membawa Thaqiff ke klinik berdekatan.

"Doktor cakap apa?" Soalku sebaik sahaja lelaki itu keluar daripada bilik doktor.

"Demam panas."

"Awak banyak minum ais dengan tidur dengan aircond ya?" Tebak aku. Dia memandang aku dari ekor matanya. Kepala elok bersandar di kerusi menunggu nama untuk dipanggil.

"Pandai awak teka. 5 points for you. By the way, kenapa awak pakai tudung warna biru cair ni? Awak spy saya ya?"

Aku menepuk bahunya, perlahan. Dia ketawa dan tersengih.

"Hello, tak kuasa lah saya nak spy-2 awak. Awak ingat saya obses dengan awak ke?"

"Memang pun kan?"

Belum sempat aku membuat serangan balas, nurse sudah memanggil nama Thaqiff. Kami berdua bergegas ke kaunter.

"okey puan, suami puan tak mengalami demam panas yang serius jadi saya-"

"Err.. dia bukan suami saya," aku tersenyum kekok.

"Eh apa sayang cakap ni? Kecil hati saya. Maaflah cik, isteri saya memang macam ni. Saya rasa dia demam jugak kot tu yang cakap merapu tu."

Mata aku membulat mendengar penjelasan Thaqiff. Entah bila entah aku ni isteri dia. Pandai-pandai aje! Nurse tadi kemudiannya menggeleng sambil ketawa kecil melihat telatah kami berdua.

Sebaik sahaja kami berdua sampai kedalam kereta, aku mencubit lengan Thaqiff. Dia mengaduh sakit. Memandang aku dengan mata yang meminta penjelasan.

"Aww.. sakit tau..."

"Serve you right! Sakit2 pun boleh lagi mengusik saya,"

Kemudian Thaqiff ketawa besar.

"Ohh sebab tu ya? Lah memang awak isteri saya pun. Soon to be."

"Saya tak pernah cakap pun saya nak kahwin dengan awak"

"Oh habis tu, tak nak kahwin dengan saya lah ya?"

Dia main tarik tali pulaaaaa!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now