Bab 5

816 26 1
                                    

"NIA, kau buat apa sekarang ni? Lamanya tak contact! Lepas SPM terus hilang eh? Dah 9 tahun tau! Rindu ni.." Farhana mula merenggangkan pelukan. Fuh! Tak bernafas aku.

Aku ketawa sahaja. Farhana! Kawan baik di bangku sekolah dahulu sudah berjaya menjadi seorang doktor. Muka makin berseri.

"mana tak hilangnya, kalau seorang ke Jordan, seorang lagi ke Auckland? aku pun rindu kau gila-gila ni!! Sejak bila jadi doktor pula ni?" soal aku. Farhana pula tersengih serupa kerang kena toksin.

"long-story sis!"

"pendekkan lah!"

Farhana senyum tak membalas. Dia menghirup air kopi latte yang dipesannya. Kemudian, dia menggeleng.

"no! Aku nak dengar cerita kau. Pergi Auckland 6 tahun, senyap sunyi je. Mention Twitter tak balas, iMessage tak reply! Apa kena beb? Ada sangkut pakwe kat sana ke?" gurau Farhana. Aku menggeleng saja. Boyfriend? Uhuksss...

"busy with life lah beb! Aku study gila-gila kat sana. Tapi sampai saja di Malaysia, aku tak tahu nak buat apa lagi. I'm just taking a break."

Farhana mencebik. Cemburu lah tu!

"untung lah... Aku ni sibuk betul tau! Hari ni pun aku ambik day-off just because of I wanna meet you, girl!"

Kami sama-sama ketawa. Alah.. Apa salahnya? Bespren kau jugak Fana.. Hihihi.. Aku menghirup hot choco dengan penuh nikmat. Pergh.. Kalau cuaca tengah hujan pekena pula hot choco di kafe ni.. Memang terbaik!

"Nia.. Agak-agaklah kan.. Si Daniel tu buat apa lah kan sekarang?"

Aku agak tersentak dengan soalan yang baru diajukan oleh Farhana. Namun aku beriak biasa saja. Forget him, Nia..

"hmm.. Betul juga. Aku pun tak tahu lah apa yang dia buat sekarang ni. Eh, kalau kau tengok muka aku ni kan.. Macam ada information pasal mamat cina tu ke? Macam aku tahu apa yang dia buat?"

Aku menjeling Farhana. Seperti tahu saja aku memerlinya dia terus meledakkan tawa. Aku pula hanya mampu menarik nafas. In, out, in, out!

Hmm... Tapi agaknya lah kan.. Apalah yang Daniel sedang buat sekarang? Berkerja? Dah kahwin ke belum mamat tu? Huh! Mesti dia dah seronok hidup dengan isteri dia sekarang. Kau aje yang selalu teringatkan dia, Nia! Entah-entah bila dia jumpa kau dia buat tak kenal aje tak?

"Hoi, hoi! Berangan apa tu? Snapped it out, Nia! Kau rindu dia ke? Hmm.. Kau patut move on Nia.. Dia tu mungkin dah berkeluarga sekarang. Tak akan kau nak kacau rumah tangga orang?"

"waish! Ada pula ke situ.. Aku ni nampak je macam ni, tapi aku berhati perut lagi okey?"

Arghh! Nak letup dah kepala aku. Kenapa Farhana lagi mengusutkan keadaan? Nampak sangat ke muka aku ni macam masih sukakan Daniel? Andwaeyo!!!

"tapikan Fana.. Muka aku ni obvious ke macam rindukan dia?" soal aku sambil memegang kedua-dua belah pipi dengan riak yang risau. Aku tak boleh terus-terusan macam ni!! Entah-entah dia dah jadi suami anak lima dah.. Oh no...

Farhana ketawa besar. Aku yang melihat, mula menurunkan tangan dan mencebikkan bibir. Hampehhh punya kawan. Ingat dah jadi doktor lulusan Jordan bertambah lah sikit kematangannya, rupanya masih tak hilang sifat tu.

"obviously!!! dari cara kau cakap, gaya kau termenung, semua tu obvious sangat. Aku salute betul dengan kau ni Nia, 9 tahun kau tak contact dia, kau masih ingatkan dia ya? Hebat betul cinta kau kepada Daniel Lee tu.."
Err.. Kalau lah Farhana tahu aku ni dulu selalu stalk akaun Twitter Daniel hari-hari mesti Farhana kata aku gila. Tapi 4 tahun lepas, Daniel mula deactivated akaun Twitternya. Langsung missing in action. Sampai sekarang tak tahu khabar beritanya. Haih.. Sedih betul. Aku mula menongkat dagu.

suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now