AKU gelisah menaiki satu lif bersama Thaqiff. ahh.. seperti di dalam cerita-cerita novel melayu. Heronya ajak pergi makan, tapi heroinnya pula dilema nak naik kereta siapa. Lagipun, Aku pun bukannya kenal sangat Thaqiff ni. Rupa je baik tapi.. ye lah. Dalam hati siapa tahu.
"Nia termenung kan apa tu?" Hampir sahaja aku melatah di dalam lif itu. Main tegur je Thaqiff ni. Muka tu selamba dek. Tapi kacak tak hilang. Magik?
yang kau gemuruh tak pasal ni kenapa Nia? Itulah. Kerja asyik nak mengumpat saja!!! Dosa tu Nia oi.
Aku tarik sengih yang panjang.
"errr..nothing." aku jawab dengan lagak tenang yang dibuat buat.
Thaqiff pula yang tersenyum melebih. Haih.. ada yang kena serangan jantung kejap lagi nihhh.
Akhirnya, pintu lif terbuka luas. Aku menarik nafas lega namun tak lama selepas itu, aku kembali ke dalam dilema semula. Naik kereta aku aje lah? tapi dia nak makan kat mana? Aku tahu ke jalannya?
Nia.. stop playing silly. Nowadays we have that one application that we called Waze.
Oh ya tak ya juga kan?
"Dania,"
"Ya?"
"pergi sekali dengan saya?" Pelawa lelaki itu. Senyuman tak lekang betul dari bibirnya itu. Pemurah dari segala bentuk lah encik Thaqiff seorang ini. Perwatakan dia buat aku tertarik hendak mengenalinya dengan lebih teliti. Seorang lelaki yang mengkagumkan.
Aku perhatikan sahaja Thaqiff yang sedang membuka pintu keretanya untuk aku. Aduh.. gentleman pula mamat seorang ni. Ayah pun tak pernah bukakan pintu untuk aku. Tskk..
"terima kasih," ucapku sebaik sahaja dia memakai seatbeltnya. Dia mengangguk semula. Keadaan kembali rasa canggung seperti di dalam lif tadi. Aku bermain dengan jari jemari sendiri. Apa yang patut aku buat? Borak?
"Awak memang selesa berdiam diri ke?" teguran Thaqiff berjaya menyetakkan aku kedalam alam nyata dan sekaligus berjaya membuat aku gelabah.
"Eh, tak juga. Saya jenis banyak cakap tapi tak ada topik untuk dibualkan."
Sekali lagi, dia ketawa perlahan setelah mendengar respon dari kata-kata aku.
"okey macam ni lah, memandangkan jalan ke kafe saya lagi 10 minit, saya benarkan awak untuk menanya 10 soalan kepada saya. Anything you want to know or ask, just name it. I'll try to be honest with it." cadang Thaqiff. Dia memperlahankan keretanya apabila lampu merah menyala. Aku mengangguk setuju. What a brilliant idea!
"okey. Awak jawab ya?"
Dia hanya tersenyum lebar sambil menutup mata. Tanda setuju lah tu ya? Comel betul..erk.
"Umur awak berapa?"
"27 tahun."
Wah!! Muda lagi.
"Dah berkahwin?"
"saya tak ada girlfriend pun lagi,"
eh tiba-tiba secara automatik dan secara mistik dan logiknya aku rasa hendak melompat bintang 70 kali. Rasa bahagia tak semena-mena. Maksudnya aku ada can lah ni? Gelak jahat 3 saat.
"Next question pleeaaase,"
"awak mualaf kan? Since when awak convert to Islam and why?" Kali ini soalan aku agak sensitif dan aku pun tidak mengharap yang dia akan menjawab soalan ini.
"Since 4 years ago. Because.. of Allah. Ia sebenarnya sejak 5 tahun lalu. Pada mulanya saya berhijrah ke agama Islam kerana mencintai seseorang yang beragama Islam kerana saya fikir itulah cara terbaik untuk mendapatkan cintanya kembali tetapi selepas itu, baru saya sedar. Untuk mencintai seseorang itu kita harus mencintai tuhannya dahulu. selepas setahun menjadi mualaf, barulah saya mula mendalami sejarah-sejarah tamadun Islam dan sebagainya. Alhamdulillah sekarang urusan saya dipermudahkan olehNya." jawab Thaqiff panjang lebar dengan tenangnya. Aku sungguh terkesan dan tersentuh dengan kata-katanya. Whoever that girl in his story, she must be the luckiest girl ever.
"a..awak, jalan." Aku menunjuk lampu merah yang sudahpun bertukar hijau kepada Thaqiff. Dia segera menekan pedal minyak.
"Banyak lagi soalan yang belum awak tanya. Mind to ask more?" Soalnya sambil mengawal setereng kereta.
"apa kata kita jadi adil? Awak tanya saya lima soalan, saya tanya awak lima juga. Okey?"
Dia anggukkan kepalanya laju.
"Awak masih suka gadis yang dalam cerita awak tu?"
kali ini ada senyuman lebar terhias di mukanya. Thaqiff mengangguk.
okey... kenapa rasa ralat ni datang balik?"err.. okey, last question, selain mengurus syarikat ni, apa lagi yang awak buat?"
"for now, saya tengah menguruskan syarikat LWS Holdings dan sebuah kedai kafe. Isnin ke Jumaat saya bos di LWS Holdings but if you come to my cafe on weekend, you get to see the hottest barista ever." jelasnya sambil tersengih dengan kata-katanya sendiri.
Boleh tahan perasan jugak mamat ni ek? But he... he is a barista too?!
"Awak, barista?" sungguh tak percaya dengan situasi sekarang ni. Dia barista? Boleh ke buat kopi? Muka kacak boleh lah tapi kalau skil buat kopi sampai tahap barista? wah.. hebat, hebat.
"Kenapa? Awak tak percaya ke? Awak macam mama saya lah Dania. She's like that too. Bila saya nak buka kedai kafe, dia terkejut habis. Dia cakap saya buat kopi tapi rasanya macam air sungai. Saya cakap lah kat mama saya, 'ive never made one for you, how could you say that?' dan dia cakap dia dah boleh agak. Saya rasa tercabar, so i made one for her to taste and she forces me to do it everyday."
aku ketawa mendengar celoteh Thaqiff. Suka bercerita juga dia ni. Mama dia macam comel je. Aku harap dapat jumpa mama Thaqiff suatu hari nanti.
"Jadi.. kalau hari-hari biasa, siapa yang uruskan kafe awak tu?"
"Saya ambil orang bekerja lah,"
"Awak percaya seratus peratus pada mereka?" Aku tanya semula.
"Kenapa? Saya tahu mereka semua tu dan saya kenal mereka. Mereka orang-orang baik dan majoritinya semua boleh dipercayai."
Yakin sungguh dia mempertahankan pekerja-pekerjanya. Thaqiff ni agak-agak bos yang garang ke yang jenis mesra?
"Jauh sungguh kita melencong ya?" Lelaki itu ketawa kecil. Aku mengangguk dan tersenyum sahaja.
"Okay my turn but lets get inside first." Kata Thaqiff. Aku mendongak keluar memandang kafe yang dikatakan oleh Thaqiff itu. Okey.. selama ini aku minum hot choco di kafe dia rupanya... ni kafe favourite aku!
Jangan pengsan Dania, jangan!
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...