KAKI laju melangkah ke kelas. Oh no! The biology class will start anytime soon.. Matilah aku kalau Puan Sarimah yakni singa tu sampai dulu dari aku. Aku menjeling ke dalam kelas. Alhamdulillah! Line clear.
"Nia! Kau pergi mana?" tanya kawan baik aku, Farhana.
"library la.. Mana lagi?" balasku sambil mata ligat memandang luar kelas. Haihhh.. Mana pula Puan Sarimah? Tak masuk pula ke hari ni? Penat lari pecut tadi.
"ohh.. Ermm.. kau jeling-jeling apa kat luar tu? Cari Puan Sarimah? Dia cuti bersalin lah.." mata aku bulat memandang wajah mulus Farhana. Seperti tidak percaya mimpi menjadi kenyataan! Mulutku mula mengoyak senyuman. Senyuman kegembiraan. Ada ke senyuman lain?
"Serius ke Fana?" aku menggoncang bahu gadis itu mahukan kepastian.
"woi! Serius lah gila.. Tak kan aku nak tipu kau pula kan? Ada guru ganti rasanya. Cikgu baru. Dengar cerita... Dia lelaki."
Aku dah hilang fokus dengan kata-kata Farhana. Fikiran aku dah melayang terkenangkan momen yang indah di perpustakaan tadi. Erk.. Indah ke kalau kau tergolek, Dania?
"Nia!!!" jerit Farhana. Aku sudah ketawa mengekek. Tangan yang ditekup rapat aku goncangkan perlahan didepannya tanda maaf. Sorry lah ya?
"kau fikir pasal sapa tu haa? Crush baru? Tell me!" desak Farhana. Agaknya ada telepati kot di kepala kami berdua. Dia ni tahu saja.
"mana ada.."
"tipu!"
Apa lagi yang boleh aku buat?! Bukannya boleh pun simpan rahsia dari mak cik seorang ni. Lambat laun dia tahu juga.
"aku suka someone..." bibir ni tak reti cover betul lah... Tengok aku dah tersenyum simpul macam anak dara kena pinang dah!
"aku tahulah.. Tapi dengan siapa?"
"kau kenal ke Daniel Lee?"
Farhana tercengang. Tahu ke tak dia ni? Mulut saja nganga tapi tak ada reaksi. Sawan? Nak telefon ambulans ke tak payah?
"Daniel Lee?!" jerit Farhana.
Aku mengangguk laju. Rasanya dah bagitahu Daniel Lee tadi. Aku sebut Ah Chong ke? Erk.. Takkan kot. This is Dania Khadijah!
"wow.. Do you actually know who is he?"
Geleng. Baru jumpa sekali nak kenal apanya? Nama saja boleh lah. Kenapa? Dia ada rekod budak jahat ke? Tak kan lah kot. Farhana ni pelik-pelik aje. Aku dah pandang Farhana semacam. Cepat lah sambung ayatnya!
"dia tu one of the member of rugby team sekolah kita la! Dia berkawan dengan budak melayu. Tetapi dengan budak melayu yang.. Setaraf dengan dia. You know... educated and handsome. Kalau kau perasanlah kan, muka dia macam si Kim Woobin tu kan?" Farhana mula berangan.
"Kim Woobin tu siapa?"
Farhana menepuk bahu aku kuat. Geram agaknya. Aku ketawa kuat.
"lah.. Mamat korea yang kacak tu lah..."
Sekarang giliran aku pula yang nganga. Betul ke? Susah betul kalau jadi katak dibawah tempurung macam kau ni Dania. Tak apa, Balik nanti google saja! Dia memang berkawan dengan melayu.. Pandai dan kacak? Memang tak dinafikan. Kawan-kawan melayunya semua tadi pun not bad juga.
"eh, tu.. Cikgu baru dah masuk."
"bangun kelas," arahan daripada ketua kelas kami patuh. Aku menelan liur apabila mata aku tertancap tepat kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapan kelas itu. Gaya tak macam cikgu pun. Selekeh aje. Cukup umur ke nak jadi cikgu? Sekali tengok macam budak lepasan SPM. Hishhh, kau ni Dania. Behave! Nak berkat kena lah menghormati guru.
"okay as you all were informed, Puan Sarimah is on leaves due her pregnancy. So, i, Muhammad Nadim will be your temporary teacher. I teaches bio."
Semua di dalam kelas kelihatannya ada yang mengangguk. Aku pula diam saja buat hal sendiri. Tak berminat nak ambil tahu. Aku mula mencoret sesuatu di atas kertas.
"awak yang di sana tu, bangun. Saya bercakap awak tak dengar ya? Buat kerja lain lagi.."
Dia tujukan kat aku ke? Serius untuk aku?! Aku dah macam cacing kepanasan. Semua orang memandang aku. Ah.. Sudah. Dia datang dekat pula. Berdiri betul-betul di sebelah aku. Bau wangian dia pun aku boleh hidu! Pakai Burberry ke dia ni? Kuat betul baunya. Tumpah sebotol gamaknya.
"awak berangan dah sampai syurga ke?"
Amboi! Sedapnya dia bercakap. Pedas sampai ke ulu hati. Ya! Dah sampai syurga. Kenapa? Huh.. Sabar, Dania, sabar. Jangan bertindak bodoh. Aku menggeleng.
Dia ingat aku tak perasan ada senyuman nakal terhias dekat mulut dia tu? Dia memang sengaja aim aku!
"apa geleng-geleng? Awak bisu ke?" soalnya bertubi-tubi. Rakan kelas yang lain sudah galak mentertawakan aku. Farhana pun tak terkecuali. Kurang asam punya bff!
"saya tak bisu dan saya tak berangan. Saya cuma tengah memikirkan sesuatu.."
Dia tersenyum sinis dan mula buat stail memeluk tubuh. Fikir handsome?!
"apa yang awak fikirkan tu? Mind to share with others?"
"I'm thinking.. How can a person like you even become a teacher?" semua yang ketawa tadi terus senyap. Alamak... Macam dah kurang ajar saja? Merah padam telinganya. Aku menggigit bibir dan menunduk.
"saya nak jumpa awak lepas kelas saya. Siapa nama awak?"
"Dania.. Dania Khadijah." aku menjawab perlahan.
"i want to meet you after my class!" katanya tegas. Erk!
Aku anggukkan saja. Alah, paling teruk pun kena dimerit saja. Bukan aku pernah dapat markah dimerit pun sebelum ni... Tambah sikit angka tak apa kut. Tawakal saja lah, Dania!
"woi! Tu lah kau.. Cakap suka ikut mulut kau aje.. Kan dia nak jumpa kau lepas ni. Habis lah kau." kata Farhana selepas cikgu Nadim beredar.
Aku mengerut dahi.
"apa yang habisnya? Aku ada je."
"kau tengok tu.. Dia asyik usha kau je dari tadi. Aku rasa mesti dia geram gila dengan kau. Merah kut muka dia tadi bila kau cakap macam tu. Tapi, aku salute ah kat kau, Nia! Kau memang berani." aku ketawa perlahan. Apa-apa je la Farhana."class dismissed. Dania Khadijah, ikut saya."
Gulp!
YOU ARE READING
suka, sayang, cinta!
RandomTerlibat didalam kancah menyukai seseorang dalam diam membuatkan Dania Khadijah melupakan hasrat untuk bercinta. lain yang diharap, lain yang datang. Cinta yang tak sempat diungkap, dibiarkan sahaja. Dia tidak sanggup untuk menaruh harapan lagi. Bia...