Bab 13

668 19 1
                                    

AKU menghela nafas lega sesudah sahaja menghempaskan tubuhku ke atas katil. Aku tersenyum sendirian. Kenapa aku rasa bahagia sangat ya? Nak kata bos tak bagi kerja, hai.. bertimbun kerjanya.

"Sebab hari tu ke?" Aku meneka seorang diri. Heiii... senyum lagi! Aku geleng kepala.

Dania, dania. Orang ajak lunch saja dah bahagia. Bos ajak pekerjanya makan tengahari.. normal lah tu! Lain lah kalau dia ajak makan malam. Itu baru abnormal! Tapi... kenapa layanan Thaqiff baik sangat pada aku? Bila bersama dengannya aku tak rasa bersama dengan seorang bos pun malahan seperti bersama dengan seseorang kawan. Kawan yang rapat. Ah Dania... ada ada je kau. Entah entah kau yang syok sendiri tak? Thaqiff tak rasa apa pun, kau saja yang melebih. Ya lah, mungkin ini sebab aku ni adik kepada kak Medine. Merangkap kawan dan kliennya sendiri. Mungkin sebab itu saja. Ah.. dia ada hati dengan kak Med tak?

"Sebab tu dia try nak rapat dengan aku. Yes, yes... voila!!! Kau memang pandai Dania," aku memetik jari dan tersengih. Memang masuk bakul angkat sendiri anak bongsu encik Farhan ni. Suka hati dia nak buat andaian. Entah sahih ke tidak. Tak apa tak apa. Kita cuba saja.

Aku kemudian menyemak akaun instagram aku. Dalam mengskrol dari atas kebawah, tak sedar aku tersenyum dengan sendirinya lagi. Ada yang mengepost gambar yang pointless tetapi dengan kapsyen kapsyen yang kononnya"deep", yang post selfie setiap 5 minit jangan dicerita! Oh ya, ada juga yang 24 jam mengepost tentang pasangan masing-masing. Ergh... meluat pun ada. Eh, eh.. kau cemburukan sebenarnya, Nia?

Aku mencebik dan menggeleng perlahan. Buat apa nak cemburu? Sebab aku tak ada pasangan? Hei... hal jodoh semua ni ditangan Tuhan. Kalau dia kata ada, adalah! Lagipun kalau kita sedang bahagia perlukah ditunjukkan kepada semua orang? Sangat kebudak-budakkan! Tak faham aku.

Tak lama kemudian aku melepaskan keluhan melihat gambar yang baru dipost Farhana. Gambar sebentuk cincin. Sangat berkilau. Cantik sangat! Aku turut tumpang bahagia.

"@fana_ameera: So Mr. N SURPRISING ME JUST NOW, I ALMOST CHOKE ON MY OWN CAKE. ITS OUR WEDDING RING!"

aku mencebik. "Mr. N? Nadim? Kelakarnya!" Aku ketawa kecil.

Guna taktik lapuk lagi. Zaman bila entah surprisekan orang dengan meletakkan cincin dalam kek. Nasib tak tercekik kawan aku sorang ni. Elok-elok majlis perkahwinan jadi majlis arwah pula. Hessyyyy mulut!

Sudahnya, aku mencampakkan iPhone ketepi dan membenamkan kepala kedalam bantal. Sedikit sebanyak, rasa cemburu itu tetap juga hadir di dalam benak hati aku. Akhirnya.. Dania mengangkat bendera putih. Mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

"Okey fine, siapa je yang tak cemburu.. ah.. tapi hal jodoh ni hal Tuhan.. biarlah Allah yang menentuk-"

"Adik! Dah kenapa kamu ni bercakap sorang-sorang dengan bantal tu?" suara itu! Aku segera duduk dan membetulkan posisi. Sengihan lebar aku berikan kepada wanita itu.

"Er.. ibu! Tak ada lah, Nia tengah baca novel melayu tadi.. so.. Nia ulang balik apa yang dia kata.."

Ibu mengerutkan dahinya dan berpeluk tubuh. Aduh! Rasanya manik-manik peluh mula memecah di dahi. Mana taknya. Malu beb kantoi cakap seorang diri!

"Sejak bila Nia baca novel melayu ni? Nia tipu ibu ya? Ibu tak nampak pun bukunya. Lagipun, Ibu tahulah anak ibu ni, kalau nak cover malu ayat mesti nak gempak saja.." bebel ibu sambil melabuhkan punggungnya dibirai katil. Aku tersengih sahaja. Ibu menggeleng melihat aku.

"Oh ya, kenapa ibu masuk bilik Nia? Ada apa-apa ke?"

"Tak ada lah, ibu nak cakap ni. Esok kan hari sabtu, Nia ada nak pergi mana-mana tak?"

Aku laju saja menggeleng. Tak ada aktiviti. I am all freee!!

"Tak ada. Kenapa, bu?"

Wanita itu kemudiannya tersenyum sambil memegang peha aku. Eh ibu ni kenapa?

"Ibu nak ajak kamu teman ibu dan ayah pergi ke kenduri kawan ayah kamu tu. Siapa ya nama dia.. Hairil.. ha ya, ya. Dato Hairil tu. Esok anaknnya berkahwin. Boleh lah ya?"

Kenduri kahwin? Maknanya ada makanan percumalah kan? Aku mengangguk laju. Boleh sangat!

"Boleh je ibu. Tapi Nia tak tahulah nak pakai baju apa..."

"Ada pula macam tu. Umur dah 26! Kena lah pandai buat keputusan Nia sayang.. pakai aje apa yang Nia rasa sesuai sebab Nia pakai apa saja pun nampak cantik. You are effortlessly beautiful." balas ibu berselitkan pujian juga.

Kata-kata itu membuat hidung aku mengembang dan mengempis menahan diri daripada terus terbawa-bawa dengan pujian. Ah.. duniawi saja ini semua!!! Dania oh Dania janganlah nak perasan sangat. Ramai lagi yang lawa daripada kau!

"Dah, dah, jangan berangan lebih. Pergi tidur esok kita kena gerak awal sikit."

"Yelah ibu, yelah ibu keluar dulu Nia nak-"

"Nia.. umur dah 26.. tak kan tak ada calon? Ibu teringin juga nak menimang cucu. Nak harap kan kak Med kamu tu busy manjang. Kamu tak ada boyfriend ke?" Ibu memintas kata kata aku dengan sebuah soalan maut. Aku yang sedang teliti mendengar kata-katanya terkejut beruk sudah! Itulah ibu ni banyak sangat tengok drama melayu.. tagline "mak teringin nak menimang cucu" tu pun dah sebati dengan dia pula.

"Calon?! Oh hoiii.. memang jauh panggang dari api,"

Ibu menepuk perlahan bahu kananku.

"Kenapa pula jauh?! Kamu tu bukan muka tak ada market, bukannya tak berpendidikan. Hairan ibu. Kamu cerewet sangat ya?"

"Aishhh ibu ni! Tak adalah. Nia tak jumpa yang sesuai lagi untuk Nia.. ibu ni, lagipun Nia tak mahu langkah bendul. Biarlah Kak Med dulu lepas tu barulah Nia menyusul. Tak gitu ibu?" gurau aku tak menjadi. Serta merta mati sengihan aku tadi.

Raut wajahnya masih lagi kelat. Kata-kata aku seolah olah angin yang berlalu sepi. Dia masih enggan menerima. Haihh ibu.. berkempunan nak bermenantu pula ke?

"Yalah, janji kamu kahwin cepat. Cari tu jangan nak memilih sangat. Kalau kamu rasa dia boleh bimbing kamu cepat-cepat suruh dia hantar rombongan."

"Ibu.. kalau Nia cakap Nia suka orang yang Nia suka tu bukan orang melayu tu ibu marah tak?"

Ekspresi wajahnya mula berubah. Matanya menyepet memandang aku. Muka nak terkam orang tu!

"Nia jangan nak cakap yang Nia suka orang yang bukan beragama Islam ya! Ibu melarang sekeras-kerasnya kalau Nia nak keluar dari agama kita ni sebab cinta Nia!"

"Eh bukan macam itu ibu, tak akan lah Nia nak murtad disebabkan cinta. Bodoh namanya tu! Ermm.. dia.. dia mualaf."

Mualaf? Aku tak sanggup untuk berterus terang dengan ibu. Daniel tetap berbangsa cina dan menganut buddha. Apa yang aku fikirkan sekarang ni? Ya Allah Dania..

"Oh mualaf.. kalau mualaf ibu tak kisah. Tapi baiknya dia masuk Islam kerana Allah lah dik. Jangan disebabkan cinta saja dia masuk Islam. Semata-mata mencintai kamu dia masuk Islam. Ibu tak suka. Dia mestilah ikhlas memeluk Islam kerana agama itu sendiri. Ibu tak mahu dia jadi Islam yang sia-sia. Tapi banyak pahalanya dik kalau adik dapat membimbing dia ke jalan yang benar. Sejujurnya, ibu tak akan melarang malah ibu lagi menyokong tapi itulah, jangan atas dasar cinta sahaja dia masuk Islam. Dia mestilah ikhlas dan beribadat kepada Allah." Panjang lebar ibu menjelaskan tentang pendapatnya terhadap seorang mualaf. Ya.. harus ikhlas demi agama Islam itu sendiri bukan atas dasar cinta.

Mengingatkan aku kepada.. Thaqiff.
"Dah, pergi mandi lepas tu tidur. Esok nak bangun awal."

Aku mengangguk sahaja sambil mata menyorot kearah ibu yang sedang keluar dari bilik.






suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now