Bab 14

683 20 1
                                    

"NIA, Nia!! Bangun cepat, matahari dah tegak atas kepala dah tu!" aku serta merta terjaga apabila suara ibu mula memetir dari luar bilik. Mata aku terjaga luas. Hah? Matahari dah tegak atas kepala? Gimik lebih lah ibu ni.

Aku pun satu! Bagaimanalah aku boleh terlajak lagi ni? Padahal dah kunci jam banyak kali malam tadi. Aku mengagau tangan kedalam selimut mencari iPhone. Patutlah.. tak ada bateri! Selepas mengecas iPhone, aku segera membuka langkah ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Baju kurung kedah berwarna hitam dan kain songket Terengganu aku padan kan dengan selendang chiffon berwarna putih.

Aku menilik penampilan aku sekali lagi di cermin. Pucat! Macam manalah aku nak pergi kenduri dengan muka pucat lesi macam ni? Aku pun satu. Dah pakai selendang baru teringat nak pakai makeup. Akhirnya, aku segera mencalitkan lipstick berwarna light-pink dan menepekkan sedikit bedak dan juga blusher. Makeup ala kadar. Sekadar nampak tidak pucat saja.

Sekali lagi ketukan bergema di muka pintu bilik aku. Tak lain dan tak bukan lagi, ibulah. Beg tangan Kate Spade kegemaran aku capai. Pantas Dania, pantas! Tak pasal-pasal kena tadah telinga mendengar bebelan ibu.

Sebaik sahaja aku masuk kedalam kereta, ibu memandang aku kegeraman. Oh tidak..

"Itulah Nia.. ibu dah kata, semalam tidur awal. Tengok dah kalut pagi macam ni. Ayah kamu ni setengah jam dah menunggu kamu. Nasib lah dia okey tak banyak bunyi macam ibu.."

"sudahlah tu Pia. Tak usahlah awak nak membebel. Lambat lagi kendurinya mula. Saya rasa kita ni memang elok sangat keluar pada waktu ni. Ngam-ngam aje masanya sampai nanti." Ayah mula menyebelahi aku. Aku kembali tersenyum tenang. Ayah sangat memahami! Ibu ketawa perlahan. Terkedu juga puan Sophia kita. Heii.. puan Sophia dan encik Farhan ni. Aku geleng kepala. Sungguh hectic pagi ini!

TETAMU yang hadir mula memenuhi perkarangan ballroom Hotel Shangri-La Putrajaya. Lampu neon berwarna light pink dan putih saling merwarnakan dan menaikkan lagi majlis yang bertemakan floral ini. Sangat cantik! Lagu-lagu instrumental yang dimainkan mewujudkan suasana romantik majlis ini. Nanti aku kahwin pun pasang lagu instrumental jugalah. Tapi bukankah alunan-alunan zikir munajat lebih baik?

Terais dan terkedu pula aku.

Ya, itulah yang sebaik-baiknya. Tapi tak salah juga kalau kita guna instrumental dan adakan bacaan zikir. Aku mula memasang angan-angan. Kemudiannya aku mengeluh. Riuh nak kahwin, pasangan pun tak ada!!!

Aku toleh ke tepi namun ibu dan ayah tidak kelihatan. Pastinya ibu meneman ayah untuk berjumpa kawannya, Dato Hairil. Sampai hati tak bawak aku sekali! Aku memerhati sekeliling. Ramai yang sibuk berselfie sana sini. Aku? Aku lebih rela pergi mengambil makanan. Sejujurnya, aku bukanlah jenis yang suka mengambil gambar sendiri di depan lensa kamera. Kalau ada pun mungkin kerana aku sedang syok sendiri sahaja. Aku pergi ke bahagian makanan yang masih lagi tidak lekang dikunjungi orang ramai. Selepas selesai mengambil makanan, aku ke bahagian mengambil air pula.

"Air kosong, air sirap limau atau teh tarik..." aku berdesis seorang diri.

"Ambil air pun awak bercakap seorang diri ya?"

Aku terkedu melihat gerangan yang menegur aku kini. Hampir tak percaya dengan mata aku sendiri. Macam mana dia boleh ada di sini?

"hot choco tak ada minumlah air kosong saja. Much better." sambungnya lagi setelah tiada respon yang aku berikan tadi. Mungkin dia pun tahu yang aku benar-benar terkejut dengan kehadirannya.

"Sempat lagi awak perli saya ya?"

"Dah awak dari tadi tercengang tengok air-air tu, saya tegurlah." Thaqiff tersengih. Beria betul dia tersengih sampai nampak barisan gigi dia yang teratur dan putih itu. Aku jadi tersipu pula. Aduh. Caught in action. Aku pura-pura ketawa untuk menutup malu.

suka, sayang, cinta!Where stories live. Discover now